Kesan jerawat, bintik hitam dan wajah kusam boleh menjadi isu besar dan beban fikiran kepada setiap wanita yang mengalami masalah ini. Walaupun kesan jerawat ini dianggap tidak berbahaya tapi ia termasuk dalam kategori masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.
Namun, tidak semua wanita memiliki wajah berseri, cerah dan bebas jerawat. Apatah lagi dengan ‘jelmaan’ bintik-bintik hitam membuatkan anda kurang yakin pada diri sendiri. Bahagianya bila setiap wanita mempunyai kulit yang sihat dan menawan.
Penggunaan produk tertentu belum menjamin untuk anda memiliki wajah yang sihat dan berseri, bebas jerawat serta hilangkan bintik hitam yang dihadapi. Kadang-kadang, tidak semua produk serasi dengan kulit wajah dan memberikan hasil yang diinginkan.
Kesan Jerawat, Inilah Penyelesaian Terbaik Dari HADO LABO
Sabar, jangan mudah putus asa! Masalah yang anda hadapi ini mampu di atasi dengan rangkaian produk HADO LABO Premium Whitening yang menjadi pilihan terbaik untuk mencerahkan kulit kusam, mengurangkan bintik hitam, kesan jerawat serta mencerahkan tona kulit anda.
Menariknya, rangkaian produk ini yang terdiri daripada:
a) Premium Whitening Face Wash
b) Premium Whitening Lotion
c) Premium Whitening Water Gel
Produk ini diperkaya dengan campuran seperti vitamin C, asid hyaluronik, arbutin (agen pencerah kulit) dan niacinamide. Ia membantu mengekalkan kelembapan wajah dan menyerikan kembali kulit yang kusam dengan kuasa pencerahan tiga kali ganda.
Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, tak perlu risau sebab ketiga-tiga produk ini tidak mengandungi alkohol, sumber haiwan, pewarna, pewangi atau minyak mineral. Juga sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan dalam rutin harian.
Tentu sekali anda teruja untuk mencuba sendiri rangkaian produk HADO LABO Premium Whitening ini, kan? Tak ambil masa yang lama dan hanya dengan 3 langkah saja.
Langkah 1: Cuci muka HADO LABO Premium Whitening Face Wash
Bahan yang digunakan ini mengandungi 3 jenis Hyaluronic Acid untuk penghidratan yang mendalam dan tidak mengeringkan kulit selepas dicuci. Hasilnya, kulit terasa bersih dan lembut.
Langkah 2: Gunakan HADO LABO Premium Whitening Lotion selepas mencuci muka
Penggunaan secara rutin boleh membantu mengurangkan bintik hitam & parut jerawat dengan berkesan. Ia turut mengecilkan pori, menghidrat & mencerahkan kulit. Sekaligus dapat membantu penjagaan kulit seterusnya menyerap dengan lebih baik.
Langkah 3: Premium Whitening Water Gel
Tekstur gel yang ringan, mudah menyerap ke dalam kulit dan tidak melekit. Sesuai digunakan sebelum memakai mask. Keberkesanannya, dapat meratakan tona kulit & mencerahkan kulit.
Apa tunggu lagi! Inilah set lengkap perlu anda gunakan jika mempunyai kulit kusam, bintik hitam & tanda jerawat. Seramai 95 % wanita mendakwa ia dapat mengurangkan bintik-bintik gelap & mencerahkan tanda jerawat dalam 14 hari.
Dapatkan segera rangkaian produk HADO LABO Premium Whitening di farmasi terpilih, WATSONS, LAZADA, SHOPEE. Untuk maklumat lanjut, ikuti di laman web rasmi dan Facebook HADO LABO.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI