Hamil Kembar Tak Seiras, Ainan Tasneem Bersyukur Dan Teruja

Share

Masih ingat lagi dengan penyanyi 150 Juta, Ainan Tasneem. Selepas mendirikan rumah tangga Ainan ambil keputusan mengundur diri dalam bidang seni. Biarpun tak lagi bergelar penyanyi, ramai peminat Ainan masih mengenalinya.

Biarpun ketika Ainan memakai purdah, masih ada yang kenal Ainan. Malah peminatnya itu turut mengenali suami dan anak perempuan sulung hasil perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati, Mohamad Ariffuddin Mohammad Swaimi.

Diam tak diam, Ainan kini sedang hamil bayi kembar tak seiras. Akuinya sudah pun memasuki trimester kedua. Dan dah empat bulan usia kandungannya itu.

Ujar Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, jantina anaknya kelak ada kemungkinan bayi lelaki dan perempuan, atau bayi-bayi perempuan, atau bayi-bayi lelaki. Ini kerana kantung dan uri bayi kembarnya itu berbeza.

Teruja Hamil Kembar Tak Seiras – Ainan Tasneem

Kongsi Ainan pada Hari Raya Aidiladha yang lalu,

Btw ramai yang tanya haritu tentang pregnancy Ainan kali ni. InshaaAllah It’s gonna be a fraternal twin! Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Twin ni kembar tak seiras. DCDA type. Dorang berbeza kantung & berbeza uri. So gender pon boleh jadi antara boy and girl, both boys or both girls.

Syukur sangat. Tak sangka juga ada rezeki boleh dapat twin. Mula-mula dapat tau news ni macam terkejut sangat tapi excited! Salsabiela pon excited bila dapat tahu dia bakal dapat 2 adik.

Alahan Teruk Sepanjang Trimester Pertama

Haritu 1st trimester loya teruk sangat, tapi Alhamdulillah dah masuk 2nd ni dah beransur okay. Now dah 4 bulan lebih. Selera pon dah makin banyak sampai berat naik mendadak.

Ainan nak mohon doa daripada semua supaya kandungan Ainan sentiasa sihat & selamat. Ada ke followers Ainan kat sini yang pregnant twin? Jom share pengalaman sepanjang pregnancy dengan Ainan

.”

Ainan mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2017 dan dikurniakan seorang puteri sulung, Ainan Salsabeila Binti Mohamad Ariffudin pada Mac 2018.

Selepas tak aktif menyanyi, Ainan memulakan perniagaan dalam bidang berlainan.

Sumber/Foto : Ainan Tasneem

IKLAN