Berita

Guru Wanita Didakwa Amang Seksual Pelajar Tingkatan 2, Berdepan Hukuman Tak Kurang 20 Tahun & Sebat

Share

Guru wanita didakwa amang seksual pelajar tingkatan 2, perbuatan terjadi di bawah pokok & dalam rumah. Seorang guru wanita, Nurul Asyikin Sutan Shahril hari ini  didakwa di Mahkamah Sesyen  atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki tingkatan dua  sejak tahun lalu.

Guru wanita berusia 42 tahun ini bagaimana pun mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Siti Aishah Ab Rashid.

Guru Wanita Didakwa Amang Seksual Pelajar Tingkatan 2

Guru wanita didakwa amang seksual pelajar tingkatan 2. Hadir ke mahkamah ditemani ibu bapanya.

Dirinya menghadapi tiga pertuduhan yang dibacakan secara berasingan  di mana dalam dakwaan itu, guru wanita ini  telah melakukan amang seksual fizikal termasuk melakukan seks oral terhadap mangsa yang mana tertuduh mempunyai hubungan amanah dengannya sebagai guru kelas.

Memetik laporan Sinar Harian, perbuatan tersebut dilakukan di bawah pokok di hadapan Taman Apartment Arowana Seremban 2 dan di sebuah rumah di Taman Nusa Intan, Seremban antara 12 September 2025 hingga 7 April 2026.

Berdepan Hukuman Tak Kurang 20 Tahun & Sebat

Dirinya ditemani peguam hadir ke mahkamah pagi tadi

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] dan dibaca bersama dengan Seksyen 16 Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah peruntukan seksyen-seksyen tersebut.

Tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan [Akta 574] dan dibaca bersama dengan Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak dan boleh dihukum di bawah peruntukan seksyen-seksyen tersebut.

tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] dan dibaca bersama dengan Seksyen 16 Akta yang sama
Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan sebat.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 16, boleh dipenjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa dengan cara menunjukkan gambar alat sulitnya melalui aplikasi Whatsapp bagi maksud seksual dan turut mendorong mangsa menghantar gambar sama antara 13 September 2025 hingga 10 April 2026 di sebuah bilik apartment di Seremban 2.

Published by
Almaswa Haji Che Ros