cikgu

Mak ayah pastinya gembira bila anak cepat dan lancar membaca seawal usia. Namun nak realisasikan hasrat ini bukanlah sesuatu yang mudah. Selain ketekunan dan kegigihan mak ayah sendiri untuk mengajar, kegunaan alat bantuan yang berkesan juga diperlukan untuk memudahkan dan mempercepatkan kemahiran membaca pada anak.

Menurut Cikgu Norishah Jaafar Full  yang merupakan Guru Pemulihan Linus NKRA yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Sg Marong, Bentong, Pahang, terdapat alat bantu mengajar yang berkesan untuk melatih anak mengeja, membatang perkataan dan membacar seawal usia.Hanya menggunakan ‘telefon bacaan’ yang diinovasikan daripada PVC pipe dan PVC elbow dengan kos serendah RM 4 sahaja namun paling murah dan mudah.

Menurut cikgu ini lagi, idea asal telefon bacaan ini telah dikongsikan oleh guru pemulihan senior dan ilmu ini dikongsi bersama supaya murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih berkesan.Selaku guru pemulihan, mereka berusaha mencuba kaedah terbaik dan paling mudah untuk diaplikasikan kepada murid.

Berikut merupakan perkongsian oleh cikgu ini yang boleh dijadikan panduan buat mak ayah;

“Sedikit perkongsian untuk ibu bapa yang nak melatih anak-anak mengeja, membatang perkataan dan membaca seawal usia 5-6tahun. Boleh pakai pvc pipe ni yang kami guru pemulihan panggil telefon bacaan. Modal murah je. Pergi kedai hardware minta dia potong ikut size anak dan beli pvc elbow tu 2pcs. Bila ia diletakkan di telinga, anak membaca ia akan pantulkan bunyi ke telinga seperti telefon.”

Kaedah ni sangat bagus untuk anak yang sukar mengeja dan membatang perkataan serta membaca. Tak percaya?? Cubalah dulu. Anak memang akan suka main dengan “telefon” ni. Kami guru pemulihan ramai yang guna ni sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Pic ini saya ambil dengan salah seorang murid Sekolah Kebangsaan Felda Lurah Bilut di program khidmat bantu guru pemulihan linus NKRA .

Boleh guna kreativiti masing-masing untuk cat/hias bagi cantik. Kami ni tak sempat lagi nak menghias sebab murid ramai. Hehehe.

IKLAN

Kalau rasa susah nak pergi beli meh pm saya.Saya tolong belikan kedai hardware tepi rumah saya jer. Tahan lama. Berbaloi-baloi.Kos satu ni RM4 sahaja.

*Sekiranya gusar / risau dengan risiko pvc kepada anak-anak tuan/puan boleh cuba menggunakan material lain yang lebih selamat. Untuk info ia hanya digunakan pada masa yang perlu sahaja bukan sepanjang masa dan setiap hari bagi anak mengeja dan membaca guna telefon ni. Anak hanya bercakap dan mendengar balik menggunakannya pada masa yang singkat pd satu-satu waktu. Bila anak dah mahir tak perlu dah pakai ni.

IKLAN

Kemahiran pemulihan perkataan KV +KVK . Jadi nama jamal dan gitar digunakan kerana ia adalah perkataan kv+kvk.

Posted by Norishah Jaafar Full on Thursday, 8 March 2018

Panduan Saiz:

Panjang telefon ini boleh buat dalam 10-12cm mengikut saiz anak.Ukuran panjang tu bergantung pada ukuran pvc pipe.

20mm pvc elbow +.pvc pipe 20mm
15mm pvc elbow + pvc pipe 15mm

IKLAN

Untuk anak kecil boleh boleh gunakan panjang saiz 10cm.

Jadi, mak ayah tak perlu bimbang lagi anak sukar untuk membaca, boleh cuba buat sendiri ‘telefon bacaan’ ini dan praktikkan kaedah ini dirumah.

Semoga bermanfaat, selamat mencuba dan kongsikan juga buat mak ayah yang lain yang mempunyai anak mengalami masalah ini.

Sumber:Norishah Jaafar Full