Sudah acapkali media memaparkan kemalangan meragut nyawa angkara permukaan jalan yang rosak. Terbaharu, seorang guru wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dipercayai akibat melalui permukaan jalan rosak di Jalan Gapam-Bemban Melaka.
Nahas berlaku kira-kira jam 11.20 pagi ketika mangsa, Siti Sarah Mohamed Nuwawi,32, yang juga guru kanan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Jasin Bestari sedang menunggang motosikal menghala ke Gapam dari Bemban.
Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata mangsa disahkan meninggal dunia empat jam kemudian, ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.
Ads
“Hasil siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dipercayai terlanggar kawasan yang tidak rata kerana terdapat kerosakan pada permukaan jalan hingga hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di kiri jalan.
“Akibatnya mangsa cedera parah di kepala dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.20 petang di unit kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Jamil berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan saksi kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan hadir atau menghubungi balai polis berhampiran.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ads
Sementara itu, berita nahas berkenaan tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen apabila dikaitkan dengan keadaan permukaan jalan yang rosak.
Isu Jalan berlubang, Isu Lapuk!
Menurut Aktivis jalan raya yang juga pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood), Azlan Sani Zawawi, yang lantang memperjuangkan isu jalan berlubang di negara ini, menggesa keluarga atau waris mangsa mengambil tindakan undang-undang berhubung kejadian itu.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Impian Jadi Kenyataan. Ayra Medina, Pesakit Kanser Dirai Sebagai Puteri Duyung Yang Memukau! Ayra Medina Fizrullah, kanak-kanak berusia sembilan tahun sememangnya mempunyai semangat yang kuat untuk melawan neuroblastoma tahap empat, sejenis kanser yang jarang berlaku yang berkembang dalam tisu saraf.
Dalam diam, Ayra Medina menyimpan impian untuk melihat dirinya sebagai puteri duyung. Dan, kini dia telah menjadi kanak-kanak ke-1000 yang mendapat impian yang ditunaikan oleh Make-A-Wish Malaysia.
Make-A-Wish Malaysia telah bekerjasama dengan Sunway Malls dan Taman Tema untuk menganjurkan Pearl of Hope: A Royal Celebration bagi merealisasikan impian Ayra baru-baru ini.
Perjalanan Ayra bermula dengan pertabalan diraja di Pulau Pink di Sunway Lagoon, di mana dia ditabalkan secara rasmi oleh Puteri Selangor, YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Penaung Diraja Make-A-Wish Malaysia. Dia kemudian diberikan tongkat mutiara rasmi oleh Encik Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, untuk melengkapkan pertabalannya.
“Misi kami di Make-A-Wish Malaysia sentiasa untuk membawa harapan baru, kekuatan dan dorongan kepada setiap kanak-kanak dan keluarga yang kami layani melalui impian kami.
“Impian yang ditunaikan tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan daripada penderma, rakan kongsi dan komuniti kami,” kata ketua pegawai eksekutif Make-A-Wish Malaysia, Irene Tan.
Make-A-Wish Malaysia adalah organisasi bukan keuntungan yang didedikasikan untuk memenuhi impian kanak-kanak berumur 3 hingga 18 tahun dengan penyakit kritikal.
Organisasi ini berakar umbi sejak tahun 1980 di Arizona apabila Chris Greicius, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang sedang melawan leukemia, ingin menjadi seorang pegawai polis untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa.
Sejak itu, Make-A-Wish telah menunaikan lebih daripada 500,000 impian di seluruh dunia, melayani kanak-kanak dengan penyakit kritikal di hampir 50 negara di lima benua, termasuk Malaysia.
Info Neuroblastoma:
Neuroblastoma adalah sejenis kanser yang biasanya menyerang kanak-kanak, terutama mereka yang berusia lima tahun ke bawah. Ia berasal dari neuroblasts, iaitu sel-sel saraf yang tidak matang yang ditemui dalam kelenjar adrenal, berhampiran tulang belakang, atau dalam tisu saraf tertentu. Tumor ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain, seperti tulang, sumsum tulang, hati, dan kulit.
Gejala neuroblastoma boleh berbeza-beza bergantung pada lokasi tumor, tetapi mungkin termasuk sakit perut, benjolan atau bengkak yang boleh dilihat atau dirasakan, masalah pernafasan jika tumor menekan saluran pernafasan, sakit tulang, dan keletihan. Rawatan neuroblastoma mungkin merangkumi pembedahan, kemoterapi, radioterapi, terapi imuno, atau transplantasi sumsum tulang, bergantung pada tahap dan tahap penyebaran kanser.
‘Framed’ drama rantaian terbaharu yang memaparkan misteri konspirasi jenayah yang membabitkan takdir dan beberapa kejadian di luar kawalan. Merupakan sebuah siri premium Astro Originals terbitan Astro Shaw bersama rakan produksi Independent Pictures Sdn Bhd. Drama rantaian ini juga telah memulakan siaran menerusi Astro Premier (saluran 410) setiap Jumaat, jam 9 malam. Selain Astro Premier peminat drama Melayu juga boleh menonton di Astro Go dan sooka. Menerusi pelbagai platform yang tersedia, anda juga tidak akan terlepas untuk menyaksikan setiap episod menarik ‘Framed’ setiap minggu.
‘Framed’ merupakan sebuah naskhah arahan Sein Qudsi yang juga pengarah, penerbit dan penulis berpengalaman, manakala cerita asal dan skrip pula dihasilkan oleh Kyle Ezra Goonting. Dibintangi pelakon terkenal tanahair, Mimi Lana sebagai Lia dan Meerqeen sebagai Edi. Aksi hebat kedua watak ini turut membawa penonton menerokai kisah perjalanan penuh misteri dah konspirasi. Drama premium lapan episod ini turut menampilkan barisan pelakon hebat Vanidah Imran (Sarah), Sangeetha (Rita), Ram RAAGA (Navin), Riz Amin (Gibran), Zamarul Hisyam (Mansur), Khir Rahman (Hassan), Namron (Aziz) dan Ka Hoe (Ka Hong).
Menerusi perkongsian di media, Mimi Lana menyatakan watak Lia bukanlah karakter mudah, iaitu wartawan yang berhadapan dengan pelbagai tekanan hidup. Selain bimbingan jurulatih lakonan, bantuan daripada pengarah, penulis skrip dan rakan gandingan seperti Vanidah Imran yang memegang watak ibu serta Rusdi Ramli sebagai bapa, banyak membantu.
“Daripada segi karakter, Lia menghadapi depresi dan perlu bergantung kepada ubat. Lia kehilangan ibu sejak usia 10 tahun dan membesar dengan menjaga ayah yang tidak sihat. Jadi, tidak mudah menjiwai karakter ini, saya perlu mendalami perasaan sedih. Saya tidak nafikan, watak ini membuatkan saya tertekan, tapi tidaklah sampai murung.
“Ditambah penggambaran dijalankan pada waktu malam dan suasana set yang ‘gloomy’, menambahkan rasa ‘intense’. Ia banyak mengambil tenaga saya. Jadi, saya juga banyak meluangkan masa bersama penulis skrip dan pengarah untuk memahami karakter. Alhamdulillah, dengan bantuan mereka, saya dapat bawa watak Lia dengan baik,” ungkap Mimi Lana.
Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, juga merangkap Penerbit Eksekutif ‘Framed’ akui drama rantaian ini mengetengahkan naskhah yang segar dan berkualiti selain memahami kehendak penonton.
“Kami memahami penonton mahukan naskhah segar dan berkualiti. Kali ini kami mengambil inisiatif untuk ketengahkan kisah buat pertama kali yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang memaparkan isu sosial yang amat dekat dengan masyarakat dengan memfokuskan konspirasi alam sekitar.
“‘Framed’ membawa jalan cerita yang merungkai petunjuk daripada sebuah kamera polaroid dan akan meninggalkan pelbagai persoalan kepada penonton. Selain itu, penonton dapat melihat gandingan mantap pertama kali oleh pelakon-pelakon berbakat tanah air dalam satu skrin. Kami harap penonton dapat menerima Framed dan sekali gus mengangkat naskhah tempatan setanding karya luar negara,” terang Raja Jastina.
Sutradara terhebat Sein Qudsi turut akui ‘Framed’ merupakan satu naskhah berbeza dan sangat jujur.
“Drama ini adalah sebuah naskhah berbeza dengan karya-karya yang pernah saya hasilkan sebelum ini. Saya memegang niat untuk bersikap jujur dalam perlaksanaan dan lakukan sebaik mungkin keatas semua tuntutan yang ada pada siri premium ini.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, meskipun berdepan dengan cabaran dalam mengekalkan kualiti dan konsisten perlaksanaan penggambaran sepanjang tempoh yang diberikan. Saya harap penonton dapat menerima Framed dan teruja mengikuti jalan cerita yang dipersembahkan, seperti mana saya dan semua yang terlibat teruja sepanjang menjayakan drama siri premium ini,” luahnya.
Untuk pengetahuan ‘Framed’ mengisahkan tentang perjalanan Lia, seorang wartawan yang menemui sebuah kamera polaroid lama, di mana kamera tersebut mampu mencetak momen-momen tragedi yang akan berlaku pada masa hadapan. Berbekalkan petunjuk daripada gambar-gambar yang dicetak, Lia dengan secara tidak sengaja telah membuka penyiasatan untuk mengetahui kisah kehilangan ibunya. Ketika penyiasatan ini, Lia bertemu Edi, seorang aktivis alam sekitar, mereka juga mendapat petunjuk tentang konspirasi pencemaran persekitaran yang berlaku di bandar Krung Merah pada 10 tahun lalu, dikaitkan dengan kehilangan ahli keluarganya.
Selain merungkai isu jenayah kehilangan ahli keluarga, siri premium ‘Framed’ turut menyingkap penyiasatan konspirasi persekitaran dengan memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kepentingan serta tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap individu dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.
‘Framed’ turut memperkenalkan Nadeera Zaini selaku penyanyi runut bunyi yang bertajuk ‘Udara’, dihasilkan oleh Iqie Hugh, Shazeriq Azeman dan Omar K. Para pelanggan Astro juga boleh merasai Framed Experiental Journey yang bakal disediakan di Astro Experience Store, IOI City Mall, Putrajaya pada 22 Jun ini serta berpeluang untuk berjumpa dengan para pelakon Framed.
Jangan lupa saksikan FRAMED, setiap Jumaat, di Astro dan sooka.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari www.astro.com.my sekarang!
ATAU
Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll, strim semuanya sekarang: www.sooka.my
AKE Fun Run Olympic Carnival lakar nama di Malaysia Book of Records! Tadika kanak-kanak terkenal, Al Kauthar Eduqids berjaya mencipta rekod Malaysia apabila berjaya menghimpunkan berkeperluan khas sempena AKE Fun Run Olympic Carnival yang berlangsung di 99 Wonderland Park baru-baru ini.
Seramai 420 kanak-kanak istimewa berjaya dikumpulkan bagi menyertai karnival sukan terbesar tersebut sekaligus menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR).
Pengiktirafan itu diberikan kepada Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Al Kauthar Eduqids yang menganjurkan acara berkenaan sempena AKE Fun Run Olympic Carnival di 99 Wonderland Park, Selayang baru-baru ini.
Pengurus projek tadika berkenaan, Datin Nor Fadilah Alias berkata, karnival berkenaan adalah acara tahunan dan kali ini berbeza kerana berjaya mengumpulkan kanak-kanak berkeperluan khas paling ramai dalam program berkenaan.
Menurutnya, karnival itu menonjolkan pembabitan semua pihak terutama anak istimewa bersama ibu bapa dan tenaga pengajar bagi mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri.
Katanya, program itu memberi pendedahan baik kepada anak istimewa sekali gus kepada masyarakat bahawa anak berkeperluan khas ini tidak sepatutnya hanya berada di rumah.
“Kita mahu masyarakat sedar anak golongan ini (istimewa) tak patut diasingkan. (Program seperti ini) membantu tingkatan sosial, fizikal dan sosial emosi kanak-kanak. Mereka perlu diraikan dan ini masa berkualiti bersama ibu bapa,” katanya.
Katanya, karnival itu bertujuan memberi pengalaman baharu dan merasai keseronokan sesuai usia selain memberi peluang terutama anak istimewa merasai semangat berpasukan, nilai persahabatan dan menghargai kemahiran dalam diri.
Karnival berkenaan dirasmikan Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Datuk Putra Al-Haj Tengku Azman Shah Al-Haj.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pengarah tadika Datuk Kapten Dr Bakhtiar Aliff Ibrahim berkata, saban tahun pihaknya komited dalam penganjuran karnival itu sekali gus berjaya memecah rekod tahun terdahulu.
Secara keseluruhan, karnival itu membabitkan penyertaan kira-kira 5,000 kanak-kanak dari seluruh Lembah Klang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat lima tahun lalu.