Guna lemon, madu dan cengkih rupanya ikhtiar berkesan untuk sembuhkan batuk dan hidung tersumbat. Bukan apa peritnya bila batuk-batuk, selsema malah hidung pula tersumbat. Sesak rasa didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk.

Jika dah cuba macam-macam cara tak berkesan, boleh cuba petua alternatif dan ikhtiar semulajadi untuk legakan batuk dan hidung tersumbat ini. Hanya menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur sahaja.

Cara ini berkesan dalam menyembuhkan hidung tersumbat dan batuk seperti yang diamalkan oleh Puan Masni Mohd.

Kalau kita tak ikhtiar memang tak kan sembuh. Lama dah hidung tersumbat, batuk-batuk. Macam-macam ubat dah telan masih tak mampu membantu. Kita cuba yg tiga benda ni, alhamdulillah,syukur. Memang padu keputusannya. Terimakasih ya Allah.

Bahan Diperlukan:

Lemon dipotong sesuka hati nak berapa keping pun boleh

6 biji cengkih dicuci

2 sudu makan madu (beli kat pasaraya biasa tu. Tak yah masuk hutan sangat.)

 

IKLAN

Guna Lemon, Madu & Cengkih, IKHTIAR Berkesan Sembuhkan Batuk, Hidung Tersumbat!

Cara Membuat:

  • Letak kesemua bahan-bahan dalam cawan, selepas itu tuang dengan air panas. Tunggu suam-suam kuku, baru minum.
  • Elakkan minum dengan ais batu ye.
  • Saya buat pagi dan malam. Tapi lepas minum tak terus buang, refil dengan air panas lagi. Sayang air tu masih dapat minum lagi.Semoga kita sama-sama diberi kesembuhan oleh Allah swt. Amin

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Bawang Holland & Madu, Petua Alternatif Legakan Batuk Mudah Keluarkan Kahak

IKLAN

Penting Ambil Tahu Jenis Batuk Yang Dialami & Ubat Sesuai Berkesan Dalam Merawatnya!

Cara Mudah & Berkesan Rawat Demam Selsema, Batuk, Sakit Tekak Dengan Air Garam!

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kita sedang mengalami hidung tersumbat dan batuk-batuk, boleh cuba ikhtiar dengan lemon, madu dan cengkih ini iya.Semoga serasi, berkesan dan diberi kesembuhan. Namun jika gejala masih berterusan sebaiknya berjumpa doktor dan lakukan pemeriksaan.

IKLAN

Sumber: Masni Mohd

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI