Bagi anda yang buntu nak masak apa untuk sarapan pagi mahupun menu petang, saya kongsikan resipi cucur bilis yang rangup di luar lembut di dalam. Bukan guna telur ye, ada ramuan rahsia lain.
Cucur bilis rangup ini adalah resipi nenek saya, Rokiah Bahari. Rahsia kerangupan cucur bilis adalah AIR MENDIDIH. Bukan air panas dari penapis air tapi anda perlu masak air sehingga mendidih.
Terus Goreng Lepas Bancuh
Jika guna air panas biasa, cucur tidak akan rangup malah cucur mungkin liat atau keras. Selepas memasukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, masukkan air mendidih sedikit demi sedikit bagi mengelakkan tepung berketul.
Gaul sehingga sebati. Jangan bancuh tepung terlalu cair, nanti ‘makan minyak’. Selepas itu, terus goreng cucur jangan tunggu sehingga bancuhan sejuk.
Cucur Lembut Sampai Ke Petang
Begitu juga dengan teknik menggoreng, pastikan minyak betul-betul panas. Buat acuan cucur kecil-kecil, boleh gunakan sudu atau tangan.
Cucur yang bersaiz kecil lebih rangup, cantik dan tidak muak untuk dimakan. Goreng cucur dengan api sederhana. Angkat bila cucur kekuningan dan sedikit perang.
Bagi anda yang gemar cucur udang, boleh gunakan resipi yang sama. Cuma gantikan bilis dengan udang dan tambah daun kucai. Cucur ini enak dimakan begitu sahaja atau boleh juga dimakan bersama sos cili.
Paling istimewa, cucur akan lembut sampai ke petang. Tak percaya cubalah, anda pasti gembira dengan hasilnya. Cucur ini sangat mudah disediakan, bahan-bahan pun sedikit sahaja. Selamat mencuba!
Ads
Resipi Cucur Bilis
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
20 gram ikan bilis
Cili merah} dihiris nipis
Ads
1 biji bawang besar} dihiris nipis
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Ads
Air mendidih secukupnya
Cara membuat
1-Masukkan tepung diikuti bawang besar, cili merah dan ikan bilis, gaul sebati.
2-Kemudian, masukkan garam dan serbuk kunyit
3-Gaul sebati, kemudian masukkan air mendidih sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati.
4-Panaskan minyak, goreng sehingga masak dengan api sederhana.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dah hampir separuh perjalanan kita dalam bulan Ramadan sebelum sampai ke bulan Syawal. Habis semua resipi dah selongar untuk berbuka mahu pun bersahur. Kadang-kadang naik buntu sebab tak tahu nak masak apa.
Jadi, untuk membangkitkan selera anak-anak terutamanya semasa sahur, Zulfaza Loves Cooking ZLCnak kongsi resipi paling mudah, semudah ABC untuk membka selesa anak-anak terutamanya wuaktu bersahur. Menurutnya:
“Waktu pagi-pagi, saya kena sediakan sesuatu yang boleh membuka selera anak-anak semasa sahur. Jadi, saya masak nasi goreng kicap dan goreng telur rebus celup tepung saja. Biasanya, kalau panaskan lauk yang semalam, memang anak tak berapa selera. Nak tak nak, kena usahakan makanan lain. Hidang panas-panas.
“Nak bagi mudah, rebus siap-siap pada waktu malam dan simpan dalam peti ais. Bangus sahur, hiris nipis-nipis, kuning telur pun nampak cantik.
Telur Rebus Celup Tepung
Bahan-bahan:
6 biji telur rebus – hiris nipis
1 cawan tepung
1 pokok daun bawang – hiris
Garam secukup rasa
1 cawan air
Cara Membuat:
Satukan tepung, garam dan daun bawang. Masukkan air dan gaul rata.
Boleh tambah atau kurangkan ikut jenis tepung gandum yang digunakan.
(Adunan tepung sama seperti tepung goreng pisang.
Panaskan minyak.
Ambil hirisan telur dan celupkan dengan adunan tepung tadi. Goreng dengan api kecil hingga keperangan.
Angkat dan toskan. Boleh dihidangkan dengan sos atau sebagai lauk pauk.
Makan dengan nasi goreng simple pasti terangkat! Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila musim raya, nasi impit ni sangatlah laku dan jadi menu utama dimakan dengan rendang, kuah kacang, kuah soto, lontong dan sebagainya. Jika selalu, mak-mak hanya beli saja nasi impit atau ketupat segera ni dikedai, apa kata kali ni cuba buat sendiri pula.Mudah dan senang sangat rupanya nak buat nasi impit ini.
“Assalamualaikum.. selepas Raya susah nak cari nasi impit dekat kedai semua habis. Saya kongsikan cara buat nasi impit sendiri senang sangat.”
Bahan-Bahan:
Beras
Plastik
Periuk
Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Guna plastik tahan panas. Boleh cari dekat kedai banyak jual, jadi boleh pilih mana-mana plastik yang suka.
2.Basuh beras dan rendam 15 minit.
3.Masukkan separuh saja beras dalam plastik.
4.Nak lekatkan lipat dan bakar hujung plastik tersebut pakai lighter.
5.Cucuk beberapa tempat dekat plastik bagi ada lubang.
6.Sedia direbus macam biasa .. Cantik kejadiannya.
Siap! Selamat Mencuba!
Buat sendiri nasi himpit ni, lebih puas hati, menjimatkan dan terjamin kebersihannya.Lebih-lebih lagi jika nak buat rumah terbuka, nak masak dalam jumlah yang banyak, memang berbaloi!
Buat sendiri je la Susu Pisang.Yang pastinya lebih sedap, berkhasiat guna pisang sebenar.Minum segelas pun, dah kenyang sangat.Tak payah nak pergi Korea cari susu pisang yang famous kat sana tu. Nak beli pun mahal! padahal boleh je buat sendiri. Senang dan lebih jimat!
Yang bestnya minum masa breakfast, boleh kenyangnya sampai ke petang.Paling penting, fuh serius sedap, tak rasa muak langsung!Ikut resipi ini.
Bahan-Bahan:
2 biji pisang (saiz besar)
*2 sudu besar gula perang/ madu (*guna gula perang sebab madu kebetulan dah habis) Tak letak pun boleh.
2 gelas Susu segar
Badam rangup (nak senang beli je dah siap kemudian cincang)
*Esen pisang (optional) sebab memang dah ada kat rumah ni..sayang tak guna. Kalau tak letak pun boleh.
Cara Membuat:
1. Cincang badam rangup dan masukkan dalam blender.
2. Masukkan susu segar dan semua bahan-bahan lain, kisar sampai halus.
Siap! Sedia untuk diminum.
Info Ekstra!
Badam tak hancur sangat pun takpa. Ikut citarasa. Badam tu yang buat susu rasa lebih berlemak.
Lagi sedap simpan peti sejuk kejap, minum sejuk-sejuk.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ketua jururawat Hospital Ampang meninggal bersama anak dalam kandungan. Tidak pernah cepat sesaat atau terlewat seminit. Takdir yang sudah tertulis buat semua.