Memang sedap makan ikan keli goreng garing dengan nasi panas-panas. Namun nak goreng ikan keli ni memang mencabar dan tak mudah kalau tak tahu caranya. Ikan ni mudah meletop, melekat dalam kuali, malah jadi tak cantik dan tak sedap, bila badannya bengkok dan tak rangup.
Mak-mak yang suka masak dan makan ikan keli, boleh cuba tip dan petua goreng ikan keli yang dikongsikan oleh Tukang Masak, Ayue Jalal ni.
Berikut perkongsian tersebut;
“Semalam ada ternampak post “bagaimana nak elak goreng ikan keli badan nya tak bengkok?” soalan yang bagus sebenarnya.
“Nak share sikit sebab hakak ni supply ikan keli goreng cili dekat cafe hampir setiap hari, masak sambil pejam mata aje tau.”
Tipsnya:
1. Pilih Saiz Sederhana
Pilih saiz ikan keli yang sederhana sebab kalau goreng bila makan krap krup krap rangup! kalau yang besar sangat kureng sikit.
Ads
2. Letak Asam Keping
Tips nak ikan keli rangup dan tak melekat sesama sendiri bila goreng
**sebelum masuk kan ikan goreng kan dulu asam keping dalam 2,3 keping, ia juga boleh mengelak kan dari MINYAK MELETUP, kalau takut juga pakai lah HELMET.
** lumurkan ikan dengan garam, serbuk kunyit dan TEPUNG JAGUNG, bahan tepung jagung lah yang menyedap/merangupkan ikan.
3. Kuali Besar & Minyak Banyak
Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak serta minyak kena betul-betul panas.
4. Jangan Letak Banyak
Semasa goreng jangan terlalu banyak sangat letak keli tu, nanti lambat ikan nak masak sebab depa banyak “membawang” dalam tu, satu kuali dalam 4-5 ekor cukup susun bagi badan masing-masing tegak lepas tu jerit kuat-kuat.
“kowang duduk diam2 kat situ!!”
5. Guna Gunting
Jika ikan tu ada yang melekat sikit jangan lah ditarik terus acik oi , nanti isi-isi ikan terkoyak sekali, guna lah gunting untuk memisahkan nya, baru cantik.
Ads
Punca Ikan Jadi Bengkok
Yang membuat kan ikan tu goreng jadi bengkok adalah sebab
❌Ikan masih half beku lagi dah goreng.
❌Kuali kecik nau.
❌Minyak tak panas, dah tak menyabo nak letak ikan, macam lah ikan tu nak lari!
❌Atau ikan tu memang dilahirkan semulajadi oku mempunyai masalah tulang bengkok, siann tak dapatlah nak nolong.
Ikut je tips ni pasti berjaya. Kau jangan asyik nak bangkang. Jangan durhaka, goreng ikan je pun!
Sekian.
Info Ekstra!
Kalau ikan banyak lendir, cuci ikan bersih-bersih lumur kan ikan dengan tepung jagung untuk hilangkan lendir. Lepas tu bilas sikit baru lah letak garam kunyit dan tepung jagung.
Ikan kelar atau tak terpulang..kalau ikan saiz medium/kecil tak perlu kelar sangat, kecuali kalau saiz besar memang kena kelar untuk jadikan isi dalam rangup.
Resipi Ikan Keli Goreng Cili
Cili kampung hijau + cili merah + bawang putih semua blend kasar
+ hirisan bawang.
Tumis sampai naik minyak gula garam perasa, siap!
Ads
** kalau nak kurangkan pedas ganti cili merah tu kepada cili kering.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka masak ikan keli boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Tak perlu lagi risau ikan berlendir susah nak cuci, melekat dan meletop dalam dalam kuali, paling penting badannya tak bengkok dan kekal rangup!
Rahsia perut kempis. Perkara paling selalu dirisaukan buat wanita tentulah apabila berat badan naik. Bukan setakat berat naik, perut pun pasti akan naik sekali. Seiring sekata.
Ini bukan saja untuk mereka yang berat badan naik tapi buat wanita yang memang berat badan tak pernah nak turun, Segan juga bila berpakaian, mahunya ada yang tanya berapa bulan mengandung?
Jangan cepat putus asa. Walaupun kita chubby, tapi pastikan perut kita tak buncit dan kekal kempis. Biarlah berat badan susah nak turun tapi perut mesti kempis. Cubby yang cantik.
Satu rahsia yang boleh anda amalkan untuk dapatkan perut kempis terutamanya anda yang berisi. Boleh amalkan minuman detox ini sebelum tidur.
Buat yang badan kurus tapi perut buncit pun boleh saja amalkan juga. Moga ia memberi manfaat.
Bahan-bahan:
Air
1 inci halia – dihiris
3 hiris lemon
Chia seed
Madu asli
Caranya:
1. Sediakan air, kemudian masukkan hirisan halia bersama hirisan lemon.
2. Kacau dan biarkan ia mendidih.
3. Selepas itu, tuangkan air yang tadi ke dalam gelas.
.
4. Campurkan dengan 1 sudu chia seed.
.
5. Masukkan juga sedikit madu asli.
.
6. Kacau dan minum sebelum tidur.
Mudah-mudahan perut tak akan buncit.
Mingguan Wanita : Chubby pun chubby la, asalkan perut tak buncit dan jadi chubby yang cantik. Sesiapa saja boleh je untuk amalkan dan tidak terhad kepada orang yang mengalami masalah berat badan saja.
Kerja-kerja memasak di dapur akan jadi lebih mudah jika kita tahu caranya yang betul.Bagi mak-mak yang suka guna santan perahan berbanding santan kotak, ada petua untuk menjadikan santan tersebut lebih pekat dan mudah diperah. Bukan apa, jika kelapa parut terus diperah, santannya lebih sikit dan cair.
Boleh rujuk perkongsian petua untuk jadikan santan lebih pekat oleh Puan Nursyahida Al-Hashimy ini sebagai panduan;
“Tips supaya santan perahan lebih pekat.Mungkin ada yang dah tahu tips ni n biasa buat. Mungkin ada yang belum tahu.Kepada yang biasa guna santan kotak dilarang keras untuk ikut tips ni.”
Caranya:
1. Untuk akak-akak atau mak-mak yang suka masak guna santan asli dari isi kelapa parut (orang utagha panggil kukoq nyoq) sebelum perah isi kelapa yang dah parut tu boleh blend dulu dengan air suam. Air jangan terlalu banyak nanti santan tak berapa pekat.
2.Lepas tu tuang dalam penapis macam biasa dan hampas kelapa tu masukkan balik ke dalam blender.Kemudian, ulang langkah yang sama sampai dapat jumlah santan yang nak. InshaAllah, santan akan jadi lebih pekat.
Cara ni mak saya ajar masa mula-mula saya belajar masak zaman remaja dulu. Alhamdulillah, sampai sekarang anak dah sorang masih ikut cara ni.
Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Jika guna santan kotak kalau tak habis dan nak simpan lama..letak tempat beku. Bila nak masak keluarkan biar santan sedikit cair, tambah air panas suam dan kisar. Santan tak akan berketul dan pekat semula. Sama jugak untuk kelapa parut yang dibekukan.
MW: Terima kasih berkongsi tip dan petua ini. Sangat bermanfaat terutamanya bagi mak-mak yang tak tahu dan wanita masih belajar memasak, boleh cuba petua yang dikongsikan ini.
Bagi kerja rumah untuk pembersihan harian atau ‘quick cleaning’ memang sesuai sangat pakai wiper mop guna tisu macam ni. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa serta kerja. Terutamanya jika rumah kerap berhabuk dan banyak rambut-rambut gugur, guna wiper mop dan tisu ni ia mudah melekat dan boleh terus dibuang, tak perlu dicuci.
Saya ada cordless vacuum cleaner . Tapi saya rasa wiper mop guna tissue ni macam lebih mudah dan jimat. Puas hati. Rambut saya pula memang tengah gugur teruk. Jadi memang nampak rambut aje merata tempat.
Best guna wiper mop ni, sebab tak payah caj-caj. Tak payah bersihkan filter macam vacuum. Pasang tisunya mudah sangat. Lepas siap cabut dan buang aje tisu. Setitik peluh pun tak keluar lepas bersihkan lantai keseluruhan rumah tingkat bawah.
Sebenarnya dah beli dekat 2 Tahun. Tapi tak gunakan sangat sebab tissue dia mahal. Masa tu ingat cuma ada jenama scotch aje. Tiba-tiba jumpa pula tisu ni kat lotus. Murah. Terus beli.
Saya pilih ‘dry’ lagi ok untuk rambut dan habuk. Wet ni Kalau ada tumpahan minyak ke makanan sesuai. Saya ada dua-dua jenis. Lepas gunakan dry boleh juga guna wet. Macam kita sapu dan mop.
Lepas tu cuba cari kat shoppee. Banyak rupanya tisu untuk wipers yang murah-murah.
Ni dah bersihkan dapur bahagian belakang. Sini memang banyak habuk. Saya pula suka buka tingkap.
**Wiper mop tak sesuai untuk karpet ye. Rumah saya buat masa ni memang tak gunakan karpet.
**Wiper mop ni sesuai untuk quick cleaning atau pembersihan harian. Untuk Deep cleaning, saya pakai mop biasa, air dan cecair floor cleaner macam biasa.
Mingguan Wanita: Jadi kalau nak buat ‘quick cleaning’ dekat rumah, banyak habuk dan rambut tu boleh guna wiper mop dan tisu macam ni. Lebih memudahkan kerja dan jimat masa.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.