
Circle yang betul bukan sekadar rakan biasa. Mereka akan sentiasa ada untuk menyokong dan berperanan besar dalam kejayaan kita.
Circle yang betul juga percaya dengan impian kita. Mereka akan ingatkan kita untuk terus kejar impian walaupun hampir putus asa.
Genap 42 Tahun
Selebriti, hos dan penyampai radio terkenal Nana Mahazan baharu saja meraikan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Genap usia 42 tahun pada 1 Julai lalu, Nana atau nama penuhnya Nurul Hana Che Mahazan meluahkan kesyukuran atas nikmat hidup yang masih dikecapinya hari ini dengan izin Allah SWT.
Memuat naik hantaran di Instagram peribadinya, ibu dua anak ini berkongsi detik manis sambutan ulang tahun kelahirannya bersama insan-insan tersayang termasuk suami dan anak-anak.
View this post on Instagram
“Syukur.. Dikelilingi mereka yang baik adalah nikmat yang tak terhingga. Terima kasih atas segala ucapan, saya hargainya..
“Alhandulillah nikmat hidup 42 tahun. Allah bagi peluang lagi dan semoga dapat beri manfaat.
“Juga moga kewujudan seketul Nana Mahazan tidak membebankan orang, juga tidak menyakiti sesiapa.. Ampun maaf jika ada..
“Terima kasih yang doakan, semoga segala yang baik kembali kepada kalian..
“Syukur ya Allah..”
Menjengah ke ruangan komen, para pengikut dan rakan-rakan artis menitipkan ucapan serta doa buat Nana.
“Happiest birthday to you kakna!!! Semoga yang baik baik sahaja untuk kakna! Semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT!”
“Happy birthday kakak sayang. Moga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dipermudahkan urusan dunia akhirat @nanamahazan”
“Happy birthday dik nana.. May Allah SWT bless you with highest jannatul firdaus, berlimpah ruah rezeki seperti air zam zam yang tak putus-putus.”
Didoakan semoga rezeki Nana terus mengalir, serta sukses dalam karier dan bisnes.
Buka Kafe Baharu
Selepas Nana Mahazan Beauty, Selauk Nana Official dan Sisterhood, satu lagi buah tangan terbaharu Nana iaitu 7barisت Cafe.
View this post on Instagram
Nampaknya semakin mencurah-curah rezeki Nana.
Berkat usaha, kesabaran dan keyakinan akhirnya Nana berjaya merealisasikan impiannya untuk membuka sebuah kafe.

Gembira Tapi Gementar
Dalam meluahkan kesyukuran, Nana berkongsi perasaannya yang terlalu gembira namun pada masa yang sama turut merasa gementar.
Nana turut berterima kasih kepada semua yang terlbat dan menyokongnya selama ini.
Umpama Mimpi
Nana turut meluahkan, dia merasakan segalanya umpama mimpi.
“To be honest ada satu moment semalam saya rasa macam mimpi. Takut pun ye tapi kita usaha dan tawakal insyaAllah..”
Keluar Dari Zon Selesa
Memetik kata-kata Nana, dia menceburkan diri dalam dunia bisnes selepas ‘berhijrah’ kerana mahu mencuba sesuatu yang baru.
Nana juga ingin keluar dari zon selesa yang menjadikan siapa dirinya sekarang.
Semoga Nana terus sukes dalam karier dan bisnes seterusnya memberi inspirasi kepada seluruh wanita.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI