Ayah tiga anak ini, Khairul Abdullah membesarkan tiga orang anak lelakinya sendirian selepas pemergian isteri ke alam abadi. Anak sulungnya, Khaleef genap usia 7 tahun baru-baru ini.
Anak yang begitu dinanti-nantikan olehnya dan arwah isteri ini, cuma sempat mengecap nikmat mempunyai ibu untuk 4 tahun saja. Malah, anak ini disahkan Autisme.
Tentu tak mudah, untuk ayah ini melalui ujian hebat ini. Janjinya pada arwah isteri, akan membesarkan anak-anaknya mengikut apa yang pernah arwah isteri gambarkan.
Khaleef, Anak Yang Aku Tunggu Selama 10 Tahun
Genap 7 tahun dah anak sulung aku, Khaleef.
Anak yang aku tunggu selama 10 tahun dari hari pertama aku berkahwin. Lama sangat rasanya sampai aku dan isteri macam dah give-up. Sampai ke tua lah nampaknya kami berdua meneman diri masing-masing.
Rupanya perancangan Allah lain sekali. Isteri pergi meninggalkan dan anak ini yang meneman hari-hari aku.
Dilahirkan dibumi asing dengan kedinginan di bawah paras beku diiringi salji yang turun semalaman, dia normal sahaja. Cukup lengkap fizikalnya dan sihat tubuh badannya.
Namun menjelang usia 2 tahun, ada kelainan yang aku rasakan pada anak ini. Lebih bijak dari usianya dan ciri-ciri autistik mula ketara.
Ads
Membesarkan Anak Sulung Yang Disahkan Autisme
Ditakdirkan ibunya pergi ketika usianya baru 4 tahun.
Dia semakin berubah. Berulang-alik aku ke hospital selama 2 tahun lebih agar dia dapat menjalani pemeriksaan dan juga terapi. Alhamdulillah, akhirnya disahkan Autism.
Semakin hari semakin mencabar. Semakin dia membesar, emosi dan perasaan dia juga mula bertambah dan sifat agresif dia juga semakin ketara.
Memang mencabar mental dan emosi bila berhadapan dengan anak yang seorang ini. Bohonglah kalau aku kata tak penat. Bohonglah kalau aku kata tak menangis kerana dia. Namun, aku gagahkan juga.
Aku bersyukur kerana aku banyak belajar dari dia. Paling banyak aku belajar adalah bersabar. Aku belajar mengawal emosi dan amarah aku.
Banyak benda yang dia ajar aku.
Ads
Paling best dia ajar aku pasal Kepler 22B, Ganimede, Calisto, Amatea, Sirius A, Cat Eye Nebula, Andromeda, Canis Major, Cygnus A yang aku dah lupa apa benda semua tu sebenarnya. Yang aku tahu semua tu adalah planet, bintang, bulan, galaksi dan segala sistem di dalamnya.
Hari ini, genap 2,555 hari sejak saya potong tali pusat dia, saya tukar lampin dia dan buatkan susu dia bila awak tidur, potong semua kuku dia sebab awak takut dan suapkan makan pada dia sebab saya sangat suka.
Thanks for giving me this opportunity.
Ads
Hari ini dia sudah besar, walaupun tidak sama macam anak-anak lain, saya yakin awak pasti bangga dengan dia. Walaupun mencabar, saya akan usahakan semua yang awak inginkan untuk anak-anak kita.
Seriously, It is one hell of a journey and I do hope you really proud of me.
Buat Khaleef,
One day, you will read this and I want you to know that i am very proud of you. I am sorry If I do hurt you in any way. Raising you is a challenge like no other, but I’ll keep going. I promise you that, just like I promised your mother.
Dalam kesibukan mak ayah mencari rezeki untuk anak-anak, jangan lupa luangkan masa berharga bersama mereka. Zaman anak-anak kecil ini sebentar sahaja, rebut masa yang ada sebagai kenangan bahagia buat anak-anak nanti.
Meskipun melalui episod perceraian, hubungan diantara anak dan ayah tak akan pernah putus. Keakraban hubungan Fizo Omar, 35 dan anak perempuannya Wan Maryam yang kini berusia 3 tahun sering dikongsikan dilaman sosial pelakon ini. Fizo seringkali memuat naik momen bahagia, mencipta kenangan dengan anaknya yang masih kecil.
Ternyata Fizo ada pandangan tersendiri dalam membesarkan anaknya. Hadamkan perkongsian daripada Fizo Omar ini.
ALA NAIK BASIKAL JER!
Nampak simple je kan, gambar anak naik basikal?
Perasaan seorang bapa pergi ke kedai basikal untuk belikan hadiah basikal kepada anak berbeza dengan pergi ke kedai kereta untuk beli kereta mewah untuk diri sendiri.
Syukur Allah masih beri peluang dan nikmat rasa dan perasaan untuk menggembirakan hati si buah hati. Bila tengok betapa excitednya si anak dapat basikal dan trying so hard untuk kayuh dengan penuh perasaan, itulah nikmat sebagai seorang ayah yang tak dapat dibeli dengan nilai wang ringgit.
Nikmat Bergelar Ayah
Si anak kecil tidak tahu menilai dari segi berapakah harganya, tapi moment yang dicipta oleh kita sendiri disebalik kesibukan mengejar dunia sehingga kita terlupa inilah nikmat yang paling ultimate bila bergelar ayah.
Kadang si Ayah terlupa apa yang si anak perlukan kerana ayah terlalu sibuk dengan ‘dunia’ ayah.
“Ayah berkerja siang malam, cari makan untuk anak-anak”…. ye betul, tapi adakah hanya beri ‘makan’ akan terus membahagiakan anak-anak? Kadang simple effort in shot moment tu memberi impak yang besar terhadap anak-anak.
Bila dah ada anak ni membuatkan kita sebagai ayah yang juga pernah bergelar anak,lebih menghargai jasa ibu bapa kita sebelum ni.
Ayah,daddy,baba,papa,abah dan sesiapa yang bergelar bapa, appreciate this moment sebab bila ianya berlalu dan takkan mungkin dapat berpatah balik. Dunia yang dikejar takkan pernah dapat,tapi kebahagian yang dicipta akan mewarnai dunia.
MW: Setuju sangat dengan perkongsian daripada Fizo Omar ini. Ada benarnya, selain memberi nafkah makan minum tempat tinggal, luangkan masa dengan anak-anak yang lebih penting untuk membahagiakan dan mencipta kenangan manis buat mereka.
Lepas bersalin, jangan terlalu taksub untuk berdiet. Sanggup tidak ambil makanan yang betul, sedangkan anda menyusu badan. Jangan terlalu memikirkan diri sendiri, sedangkan bayi anda memerlukan makanan yang berkhasiat daripada susu ibu untuk dia membesar.
Kenapa perlu takut, bila berat badan tidak turun semasa dalam pantang. Sebenarnya, boleh sahaja anda berdiet tetapi kenalah dengan cara yang betul. Beberapa saranan yang diberikan oleh Alina Ita Azhar, Pakar Pemakanan untuk anda yang baru melahirkan anda dan ingin berdiet.
Diet Untuk Ibu Baru Bersalin, Sesuai Tak?
Memulakan diet atau ‘makan bersukat’ terlalu cepat selepas bersalin tidak digalakkan kerana ia boleh melambatkan pemulihan dan menyebabkan badan terasa lebih letih. Lagi pun, ibu menyusu, berdiet akan menjejaskan bekalan dan kualiti susu dari segi kandungan zat.
Perlu tahu, berat badan ibu sudah pun berkurangan apabila kelahiran bayi, termasuk berat bayi, uri atau plasenta serta kehilangan cecair amnion dan darah. Dalam jangka masa seminggu selepas bersalin atau pospartum, badan akan kehilangan cecair yang ada dalam badan.
Cara Betul Untuk Diet
Elakkan berdiet terlalu drastik. Fokus kepada makanan berserat tinggi yang boleh membekalkan vitamin, garam galian dan memberi kekenyangan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh. Keperluan kalori ibu menyusu lebih tinggi kerana lebih kurang 500 kalori digunakan untuk menghasilkan susu (Recommended Nutrient Intakes of Malaysia 2005). Oleh itu, makan hidangan yang kecil tetapi secara kerap dan makan snek yang sihat antara waktu makan utama.
Pilih makanan yang padat-nutrien (nutrient-dense) seperti susu dan produk tenusu, daging ayam dan ikan dan kekacang.
Minum segelas air setiap kali menyusukan bayi. Ini kerana, keperluan cecair dalam badan bertambah apabila menyusu. Oleh itu, minum air secukupnya sebanyak 8 hingga 10 gelas sehari.
Bila Boleh Diet Selepas Bersalin
Pada tempoh 6 bulan pertama, seseorang ibu dinasihatkan supaya tidak mengurangkan berat badan secara mendadak kerana tempoh ini penting untuk menggalakkan menyusu secara eksklusif.
Elakkan Perkara Ini Semasa Berdiet
Jangan melangkau waktu makan dan tidak menepati masa. Ini menggalakkan pengambilan makanan secara berlebihan pada waktu makan seterusnya dan menambahkan rasa lapar dan penat.
Hadkan pengambilan makanan yang tiada nilai zat.
Makanan yang padat-kalori (calorie-dense) secara lazimnya mengandungi gula dan lemak tepu yang tinggi. Pilih makanan yang rendah lemak dan tanpa gula tambahan serta buah-buahan segar dan makanan tinggi serat sebagai snek.
Kawal minuman berkafein kerana ia boleh beralih ke dalam susu ibu dari salur darah dan seterusnya ke bayi dan menyebabkan bayi resah dan tidur terganggu, Hadkan sebanyak dua hingga tiga cawan sehari adalah selamat tanpa menyebabkan perubahan kelakuan bayi.
Elak ambil suplemen herba dan tradisional seperti ginseng, teh herba atau ‘pelangsing’ dalam tempoh menyusu.
Tip Untuk Mulakan Diet
Menyusu, menyusu, dan menyusu
Menyusu memudahkan proses penurunan berat badan disebabkan penggunaan kalori sewaktu aktiviti menyusu itu sendiri.
Jenis makanan yang dipilih dapat membantu dan mendorong pengurangan berat badan secara berkesan.
Mulakan penurunan berat badan secara aktif selepas tamat tempoh menyusu. Gabungkan senaman aerobik yang ringan seperti berjalan, berbasikal statik atau berenang dan senaman Kegels untuk mengembalikan ketegangan otot dasar pelvik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan berumahtangga, normal sang isteri atau suami menelan baik buruk sikap pasangan. Jaranglah segalanya dikongsi dengan orang sekeliling waima ahli keluarga. Setakat perkara kecil dan remeh, kebanyakannya memilih untuk simpan dan telan sendiri.
Malah sebesar-besar masalah sekalipun, jika dia memilih untuk bercerita bukan bermakna dia ingin anda membuat keputusan buatnya. Sebaliknya sebagai orang luar kita hanya mampu menasihat dan bukanlah pembuat keputusan. Kebiasaannya baik buruk suami, isterilah yang simpan.
Sebab itu orang luar tidak tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga pasangan lain… Sebab itu orang luar tak nampak gelora, ribut, taufan, puting beliung dalam rumahtangga pasangan lain…
Apa yang diperlihatkan, belum tentu itu yang dia betul-betul rasai…
Ada ke yang update, “Fuh, laki aku curang lagi… Kali ketiga dah ni beb…”
Ada ke yang update, “Penat, rasa macam nak pengsan buat kerja umah sorang-sorang, laki tak membantu langsung…”
Ada ke yang update, “Bulan ini belanja keperluan dapur guna duit sendiri lagi, laki tak bagi duit…”
Ada ke yang update, “Baru lepas kena tampar dengan laki sebab suruh dia solat…”
Kita orang luar, kita tidak tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga orang lain… Kalau sampai ke pengetahuan kita pun, kita bukan siapa-siapa untuk buat keputusan bagi pihak dia… Kita hanya boleh menasihati dan selebihnya itu hak dia…
Hanya Nasihat, Ikut Pilihan Dia
Dia nak sabar berapa lama, dia nak kuat sekuat mana, dia hendak bertahan atas alasan apa dan sebagainya… Itu pilihan dan keputusan dia…
Hak dia…
Kita tak boleh cakap, “Kalau aku jadi kau, dah lama aku hidup sendiri…”, “Kalau aku jadi kau, dah lama aku tinggal lelaki macam ni…”
Sebab kalau kita di tempat dia sekali pun, jadi seperti situasi yang dia hadapi, belum tentu kita boleh buat macam yang kita cakapkan itu…
That’s why org kata, “Cakap senang lah…”
Kita nampak dia senyum, kita nampak dia happy, kita nampak dia macam tak terkesan dengan sikap, perangai dan perbuatan pasangannya dalam hubungan mereka walhal sebenarnya, kalau dia nak tunjuk sedih, kalau dia hendak menangis depan kita sekalipun, boleh saja dia buat… Selepas itu adakah masalah selesai?
Senyum dan gembira itu memang tak dapat selesaikan masalah, tapi sekurang-kurangnya itu dapat buat dia lupa yang dia ada masalah… Dapat buat dia kuat untuk sehari lagi…
Dapat buat dia lalui apa yang sedang dia lalui…
Sudah sehabis baik berdoa, sudah habis berusaha, sudah habis berharap, sudah habis beristikharah… Sekarang dia hanya bertawakal dgn ketentuan Allah SWT
Kalau Allah SWT masih beratkan kaki dia untuk melangkah, maka dia stay…begitulah sebaliknya…
MW: Walaupun sebaik mana hubungan kita dengan dia, kita tetap orang luar yang tak mampu mencorakkan setiap keputusan bagi rumahtangga dia. Dia yang melalui biarlah dia buat keputusan yang terbaik, jika dia mahu bertahan… Biarkan dan beri sokongan serta nasihat sebaik mungkin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kucing dipukul & disumbat dalam longkang tanpa sebab, wanita kongsi "manis" jadi mangsa jiran benci kucing. Tular di media sosial, seekor kucing bernama "Manis"...