gemuk air

Kata orang, kalau gemuk di sekitar perut itu sebenarnya gemuk air. Tetapi bila baca balik info daripada doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar, rupanya kita salah faham tentang gemuk air. Dan patut sedar sebenarnya selama ini kita sudah dimomokkan dengan cerita pasal berat badan yang tidak tepat.

Nak tahu lebih jauh mengenai gemuk air, jemput baca perkongsian kali ini…

Cerita Tentang Gemuk Air

GEMUK AIR tidak wujud.
Yang wujud ialah berat air.
Badan kita yang kita nampak gemuk ni, ialah GEMUK LEMAK ( Fat Weight).

IKLAN

Berat air terjadi sebab body simpan air, atas banyak faktor.
Dan berat air ni mudah fluctuate. So kalau bertambah berat badan bila di timbang sekitar 0.5 – 1.8 kg dalam sehari, jangan menggelabah dan kalau berat badan hilang 0.5 – 1.8kg dalam sehari, pun jangan cepat teruja. Variasi berat air ni memang fitrah. Penyebab biasa body retain air ialah :

IKLAN

– kurang air ( dehydration)
– cuaca yg panas ( environment factor)
– hormonal changes ( eg masa period)
– kesa ubat yg di makan ( ada ubat yg retain air dlm badan)
– too much sodium dalam diet

IKLAN

So, untuk elak body retain air berlebihan ( water weight), ialah pastikan minum air cukup, elakkan makanan tinggi garam sodium, dan makan makanan yg kaya potassium seperti bayam, tomato, avocado (aprikot & pisang pun kaya potassium, cuma kalau buat fasa 1 tak leh makan).

Tu sebab, JANGAN TAKSUB sangat dengan hilang berapa KG dalam masa masa tertentu. Kita aim INCH LOSS sebab inch loss always equal to FAT LOSS. Dan bila ada inch loss, automatik berat tu turun. Kita kena pulun utk fat loss / perangi fat weight.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI