Mungkin tak perasan kita ini peminum tegar minuman berkafein. Rasanya kalau sehari tak ambil, memang rasa serba tak kena.
Ini belum lagi peminum tegar yang setiap beberapa jam akan ambil minuman kafein tak kiralah kopi, nescafe, teh pun ada kafeinnya juga. Atau ada yang suka beli minuman di kedai kopi moden.
Tak salah pun nak minm tapi kenalah berpada-pada. Bimbangnya ia boleh mendatangkan masalah kesihatan tanpa kita sedari.
Inilah kisah yang dikongsikan oleh Dr RIzal Abu Bakar tentang peminum tegar yang meninggal kerana kafein.
5 tahun lepas, pernah tular kes seorang remaja berumur belasan tahun.
Yang rebah dan mati setelah minum minumam berkafein.
Masa itu dia berada di sekolah. Gempar satu negara.
Hasil siasatan mendapati, remaja malang itu membedal 3 jenis minuman berkafein dalam jarak 2 jam.
Seorang pengopi tegar. Ibu bapanya bersuara.
Gemar minum cafe latte yang dibeli di kedai maskot badut.
Ads
Gemar minum air bergas jenama embun gunung sebagai minuman harian dan gemar menelan energy drinks raksasa. Air putih jarang minum.
Ramai fikir kafein ni hanya ada dalam kopi.
Inilah pentingnya ilmu nutrisi. Supaya tak memperbodoh diri.
Penyebab Kegagalan Jantung
Koroner yang membuat autopsy sahkan kematian berpunca dari ‘caffeine induced cardiac arrest’.
Bahasa mudahnya adalah kegagalan jantung berpunca dari kafein.
Menyebabkan serangan jantung mengejut.
Menakutkan bukan?
Ada juga kes ramai meninggal mengejut selepas bersukan.
Memang benar.
Ads
Ajal dan maut itu di tangan-Nya tapi nak ke meninggal dalam keadaan sebegitu?
Saya tertanya tanya berapa jumlah kafein yang selamat?
Kafein is not 100 percent a bad thing.
Jika diambil secara betul. Banyak khasiatnya pada diri.
Yang buruknya apabila ia diambil berlebihan. Melampaui tahap yang digariskan untuk manusia.
Ikut laporan WHO ialah 400mg sehari.
Ni kalau seminggu tu. Setiap hari check-in kedai wanita rambut panjang.
Kajian dimuat di jurnal saintifik Food and Chemical Technology juga beri angka yang sama.
Ads
Timbul persoalan lagi, betul ke ambil kafein sebabkan kematian?
Febuari lepas, satu kajian dimuat naik dalam Journal of Analytical Toxicology.
Kajian ke atas 51 kes kematian disebabkan pengambilan kafein berlebihan.
Ikut laporan mereka minum bersamaan dengan 30 cawan kopi dalam waktu yang singkat.
Moralnya, perlu tahu angka. Berapa yang kita ambil. Jarak masa apabila diambil.
1. Dalam secawan teh anggaran kafein ialah 53mg. 2. Kopi biasa 133mg kafein. 3. Latte keluaran syarikat ada gambar wanita rambut panjang150mg. 4. Kopi kedai kopi hipster sekitar 320mg kafein. 5. Minuman lembu ada tanduk sekitar 80mg kafein.
Yang mana satu kita ambil? Berpada dalam mengopi. Bersukat dalam mengeteh.
Mingguan Wanita : Walaupun anda peminum tegar, bBoleh saja minum tapi kenalah tengok jarak masa dan berpada-pada.
Aloe Vera Gel Bagus Untuk Perawatan Kulit Wajah & Tubuh, Begini Cara Guna
Aloe Vera atau pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. Jeli aloe vera mengandungi pelbagai khasiat terutama pada kulit.
Sifat semula jadi jelinya bertindak membaluti dan melindungi bahagian daun yang terdedah selepas beberapa jam dikerat. Sifat perlindungan semula jadi itu mampu memelihara kulit manusia.
Bahagian luar daunnya yang keras dan tebal memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya berubah kepada bentuk jeli. Bahagian dalam jeli yang terdedah itu akan terlindung daripada serangan bakteria.
Aloe vera gel sangat bermanfaat untuk tujuan kecantikan. Banyak kegunaan aloe vera gel dalam perawatan kecantikan, daripada hujung rambut ke hujung kaki.
5 CARA TEPAT MENGGUNAKAN ALOE VERA GEL:
Berikut dikongsikan bagaimana cara menggunakan aloe vera gel dengan cara yang tepat. Aloe vera ini memang banyak kegunaan. Banyak manfaat dan gunanya aloe vera ini.
MELEMBAPKAN KULIT
BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI GEL KETIKA BERCUKUR
SESUAI DIJADIKAN SEBAGAI PELEMBAP WAJAH
BOLEH DICAMPURKAN DENGAN SYAMPU RAMBUT
BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI PEMBERSIH MEKAP
Aloe Vera mempunyai sifat membersih dan anti-septik. Ia bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat. Hasilnya aloe vera sangat mujarab untuk mengubati jerawat dan mengekalkan kulit berseri dan segar.
Suka atau tidak, kadangkala terpaksa juga memandu ketika hujan. Redah saja jalan raya yang ketika itu basah, licin malah boleh dikatakan agak merbahaya pada kenderaan.
Jika gagal memandu dengan baik, atau memandu laju tanpa berhati-hati, risiko untuk berlaku kemalangan boleh jadi tinggi. Bagi membantu anda mengurangkan risiko kemalangan ketika hujan, Hayati Abu Hassan berkongsi tip berguna.
Tip Pemanduan Ketika Hujan
Ketika hujan, air, habuk dan minyak menjadikan permukaan jalan menjadi licin. Selain daripada itu, tayar kenderaan akan mengalami fenomena ‘hydroplane’ iaitu keadaan dimana kenderaan ‘terapung’ di atas lapisan air.
Berikut adalah langkah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan sewaktu hujan.
1. Kurangkan kelajuan kenderaan untuk mengurangkan ‘hydroplane’.
2. Sekiranya kenderaan tergelincir, cuba kawal kenderaan anda atau lepaskan pedal minyak untuk mengurangkan kelajuan kenderaan.
3. Berikan konsentrasi yang lebih ketika memandu.
4. Pastikan kenderaan anda bergerak pada kelajuan tidak melebihi 80 km/j.
5. Nyalakan lampu utama kenderaan ketika hujan lebat bagi mambolehkan anda mudah dilihat oleh pemandu lain.
6. Pastikan pastikan kenderaan anda berada 100 meter (4 saat) dari kenderaan hadapan semasa memandu di dalam hujan.
7. Jangan nyalakan lampu isyarat kecemasan sewaktu kenderaan bergerak. Gunakan lampu isyarat kecemasan sekiranya anda terpaksa berhenti di lorong kecemasan.
8. Elakkan berhenti di lorong kecemasan kerana pemandu lain mungkin sukar melihat kenderaan anda!
Semoga panduan ini berguna untuk anda yang memandu di dalam hujan.
Elakkan kemalangan.
Ingatlah orang yang tersayang.
‘ANDA MAMPU MENGUBAHNYA’
MW : Musim-musim hujan ini sebaiknya lebih berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga sepanjang pemanduan. Semoga anda sampai dengan selamat ke destinasi tujuan.
Sana sini cukup meriah, mana tidaknya bendera biru muda, biru tua dan hijau mewarnai tiang-tiang di jalan raya. Sampaikan anak-anak saya pun turut bertanyakan saya, “Mama pilih yang mana?” Walaupun mereka tak faham tentang apa itu mengundi dan untuk apa. Tapi sekurangnya anak-anak turut merasa bahang hari yang dinantikan oleh rakyat setiap lima tahun sekali.
Pada masa yang sama, orang ramai turut menghitung hari..hanya dua hari lagi untuk memangkah pilihan mereka yang akan menerajui negara mahupun kawasan-kawasan tempat tinggal mereka yang boleh menjaga kebajikan rakyat.
Balik Kampung
Bukan untuk berkempen tapi, inilah masanya untuk kita tunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat. Rata-rata, sanggup membeli tiket atau suami isteri yang satu kampung, sudah tentu akan pulang bersama-sama. Malah, ada juga yang sudah menukar tempat mengundi mengikut kawasan tempat tinggal mereka.
Saya? Nama saya masih ada di tempat mengundi di negeri kelahiran saya. Suami pula, mengundi di negeri Selangor. Memang kena betul-betul merancang agar kami dapat balik mengundi. Soal siapa sokong siapa tidak jadi masalah sebab kita kena saling hormat menghormati pilihan masing-masing.
Walau bagaimanapun, tak kisah la, kat mana sahaja tempat untuk anda membuang undi yang penting kita tunaikan tanggungjawab dan jangan ada undi hantu pula.
Tip Balik Mengundi Buat Mak-mak Yang Ada Anak Kecil
1. Masa nak balik, sila sediakan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi sepanjang perjalanan.
2. Selit doa dan istighfar sepanjang perjalanan semoga diberikan kemudahan dan perlindungan.
3. Kalau nak bawa anak, pastikan ada sesuatu yang buat anak seronok tak ganggu maknya. Mainan yang boleh buat anak ralit atau mungkin buku.
4. Bercerita di dalam kereta atau menyanyi atau main teka teki.
5. Sediakan pampers lebih dalam beg. Nanti tak cukup lagi haru.
6. Sewaktu memandu sila berhenti jika mengantuk. Jangan ambil risiko.
7. Pastikan ubat-ubatan ada dalam beg untuk kecemasan.
8. Paling penting jangan lupa bawa IC sewaktu mengundi.
Selamat mengundi!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...