Gamat Studio Bila Sherry Alhadad & Elizad Bergurau Dengan Tetamu Wanita Bekerjaya Luar Biasa!

Hari ketiga bersiaran langsung Mingguan Wanita Talkshow semakin hangat apatah lagi dengan gelagat dua hosnya yang cukup mencuit hati. Gandingan Elizad dan Sherry Alhadad yang bersahaja ketika menemubual para tetamu dirasakan masa berlalu cukup pantas.

Membicarakan topik ‘Wanita Luar Biasa’, Sherry dan Elizad begitu kagum apabila dapat menemubual wanita yang mempunyai kerjaya yang dimonopoli kaum adam. Antara wanita hebat ini, Juruterbang Wanita Pertama Air Asia, Kapten Datuk Norashikin Onn, Jurukimpal Dalam Air Wanita Pertama di negara ini, Nurizzati Athira Mohamad Yusoff, Supermodel, Tinie dan si manis Shazzatul Nahaqda Suleiman, yang bekerja sebagai pemotong daging di pasar.

Gamat Studio Bila Sherry Alhadad & Elizad Bergurau Dengan Tetamu Wanita Bekerjaya Luar Biasa!

Dek kerana kengkangan masa, Nurizzati hanya dapat dihubungi menelefon talian telefon. Namun wanita ini turut berkongsi kisahnya yang terpaksa berhadapan dengan arus air laut yang kuat, menyelam sehingga 30 meter ke dasar laut. Malah sewaktu bertugas wanita ini hanya fikirkan perkara yang positif dan sentiasa bersedia apabila dipanggil untuk menyelam ke dasar laut.

Kapten Datuk Norashikin Onn juga mengakui sewaktu bekerja dia perlu tegas ini kerana keselamat penumpang sangat diutamakan. Malah wanita ini juga berkongsi kisah di awal kerjayanya yang dimana dikuasai oleh lelaki.

Supermodel, Tinie yang menjadi idola Elizad berkongsi petua bagaimana dia menjaga pemakanan agar badannya kelihatan langsing demi kerjaya yang ditempuhi. Malah Sherry, Kapten Datuk Norashikin dan juga Elizad sempat membuat aksi supermodel yang ditunjukkan oleh Tinie. Ketiga-tiga mereka cukup sporting ketika meniru gaya supermodel jelita itu.

IKLAN

Gamat Studio Bila Sherry Alhadad & Elizad Bergurau Dengan Tetamu Wanita Bekerjaya Luar Biasa!

“Si Manis Pemotong Daging” gelaran Sherry buat tetamu Shazzatul Nahaqda Suleiman yang bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar. Shazzatul sempat menunjukkan cara-cara memotong daging dengan betul.

Tak lengkap kiranya tanpa ada nasihat dan motivasi dari Pakar Motivasi dalam rancangan kegemaran ramai wanita ini. Kali ini Dr Haji Tengku Asmadi sempat berkongsi tentang beza wanita dahulu dan kini yang lebih berfikiran terbuka. Malah Dr juga merungkai mengenai permasalah ibu bapa yang suka menentukan profesion anak mereka.

IKLAN

Di akhir rancangan Ande Benade sempat menghiburkan penonton dengan single terbarunya.

Jadi kepada mak-mak yang masih tertanya-tanya dan mahukan anak-anak mengikut jejak wanita-wanita hebat ini, ikuti ulangan Mingguan Wanita Talk Show sebentar lagi pada jam 5 petang di saluran 105/121 Astro Prima.

#mingguanwanitatalkshow

IKLAN

#mingguanwanita

#temansetiapwanita

#AstroPrima105

#AstroPrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI