Tak sangka… cuma disebabkan vape (rokok elektronik), Nur Alya Damia, 19, dicekik sampai mati oleh suspek yang merupakan orang lelaki terakhir yang jumpa dengan arwah pada malam kejadian pada pukul 10.30 malam itu.
Bekas teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu, dipercayai baru berpisah beberapa minggu lalu dan dikatakan bertemu semula pada malam kejadian untuk berbincang mengenai hubungan mereka.
Ketika bertengkar di dalam kereta, mangsa dikatakan mengugut suspek untuk memberitahu ibu bapa lelaki itu mengenai perhubungan mereka, selain tabiatnya menghisap vape tanpa pengetahuan orang tuanya.
Suspek yang marah kemudian hilang kawalan lalu mencekik leher mangsa selama beberapa minit sebelum menyedari hidung mangsa berdarah dan dia sudah tidak sedarkan diri.
Lelaki itu dipercayai panik dan kemudian menolak mangsa keluar dari keretanya dan terus pulang ke rumah sewa.
Ayah Mangsa Nak Jumpa Suspek
“Jika diberi peluang dan kebenaran, saya ingin bersemuka sendiri dengan dia (suspek) untuk bertanya punca mengapa tergamak melakukan perbuatan itu ke atas Kak Long (anak).
Ads
“Semua perkara boleh dibawa berbincang dengan elok dan bukannya berakhir tragis sebegini.”
“Hati ini tak akan tenang selagi tidak mendengar dari mulutnya sendiri.”
Itulah rintihan Mohd Hairi Jamil, 45, bapa Nur Alya Damia, 19, pelajar Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang ditemui mati dipercayai dibunuh bekas kekasihnya di Taman PD Permata, Port Dickson.
Dalam kesedihan itu Mohd Hairi meluahkan rasa pilu apabila melihat baju kurung raya Kak Long yang sudah dibelinya pada awal bulan ini.
Ads
“Kalau ikutkan perancangan, kami nak mpakai pakaian hijau tua sedondon pada Aidilfitri nanti dan saya memang dah siap beli.”
“Saya juga bercadang menghadiahkannya sebuah kereta bagi memudahkan dia menjalani latihan amali dan menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Rangkaian Komputer.
Mayat Nur Alya Damia yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui seorang penduduk di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di sini, sebelum dia menghubungi polis.
Susulan itu, polis dalam tempoh 15 minit, mengesan dan menahan suspek utama yang juga penuntut KVPD di rumah sewanya di Taman PD Idaman, kira-kira satu kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui.
Ads
Mahkamah Majistret Port Dickson membenarkan suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Siasatan awal mendapati, mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman Selasih selepas dijemput suspek dengan menaiki PROTON Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan perumahan itu sebelum pertengkaran tercetus.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor, berkata pihaknya menyiasat kes berkenaan merangkumi semua aspek dan dalam proses melengkapkan kertas siasatan.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sayur Campur Sentap Selera! Menu sayur campur memang tak pernah mengecewakan. Samada dicampur dengan udang, daging mahupun ayam. Paling penting jangan goreng lama sangat, hilang pula khasiatnya.
Menu sayur campur ini sedap lebih-lebih lagi dimakan dengan nasi panas dan telur mata atau telur dadar.
Sayur Campur Sentap Selera!
Mak Empal Masak Apa Hari Ini? kongsikan menu Sayur Campur Sentap Selera! Untuk mak-mak hidangkan pada keluarga tersayang.
Bahan-Bahan:
Udang – 10 ekor
Bawang putih – dipotong halus
Bawang merah – dipotong bulat
1 genggam ikan bilis
1 biji lobak merah
Kacang buncis
Kacang pea
Putik jagung
2 biji cili merah (dipotong halus)
Cara Memasak :
1.Masukkan minyak di dalam kuali kemudian panaskan.
2.Tumis bawang putih hingga kekuningan kemudian masukkan bawang merah.
3.Bila sudah separuh garing masukkan ikan bilis.
Gorengkan hingga ikan bilis separuh garing kemudian masukkan udang.
5.Bila udang sudah berwarna keemasan masukkan pula kacang buncis, kacang pea, putik jagung, cili merah kemudian lobak merah.
Kacau sebati letakkan garam dan serbuk perasa. Jangan biarkan terlalu lama di dalam kuali takut hilang pula khasiat sayuran.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Influencer suami isteri ditahan SPRM, seleweng kutipan derma lebih jutaan ringgit. Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman berhubung isu menyeleweng kutipan derma dari orang ramai.
Influencer Suami Isteri Ditahan SPRM
Kedua-dua mereka tiba menaiki van Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di Mahkamah Putrajaya pada jam 9.15 pagi.
Mereka yang diiringi pegawai SPRM dibawa ke aras dua dengan berpakaian warna oren dan bergari.
Memetik laporan Harian Metro, pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang dikatakan terbabit isu menyeleweng kutipan derma ditahan SPRM, semalam.
Isu Seleweng Kutipan Derma Lebih Jutaan Ringgit
Menurut sumber, pasangan suami isteri itu ditahan SPRM pada jam 6.40 petang semalam bagi membantu siasatan, selepas membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.
Kes pasangan ini pernah mendapat liputan ramai termasuk kes rumahtangga mereka.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Bila sebut sahaja mengenai perbelanjaan dapur, pasti ramai mak-mak yang mengeluh.Harga barang dapur sekarang tak macam dulu-dulu. Berapa jenis lauk dan barang je boleh dibeli dengan nilai Not RM100? Sebenarnya,mak-mak boleh jimatkan lagi belanja dapur, kalau ikut 7 Tip ini;
1.Senaraikan barang yang ingin dibeli
Mak-mak boleh jimatkan perbelanjaan dengan menyenaraikan barangan dapur yang ingin dibeli pada setiap bulan. Dengan cara ini boleh mengawal perbelanjaan dengan membeli barangan mengikut keperluan yang telah disenaraikan sahaja. Ia juga bagi mengelakkan dari membeli barangan yang tidak diperlukan yang boleh menyebabkan berlakunya pembaziran.
2.Berbudi pada tanah
Rajin-rajinlah bercucuk tanam dengan menanam sayuran seperti cili, sawi, tomato, daun kari, daun kunyit dan bayam di rumah. Menariknya, kesemua tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Malah, mak-mak juga boleh menanamnya di dalam pasu. Mudah dan sungguh praktikal! Meskipun tanaman ini tampak remeh namun secara tidak langsung ia turut menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan dapur.
3.Catat jumlah perbelanjaan harian
Cara ni agak melecehkan kerana mak-mak perlu membuat catatan harian kepada setiap sen yang dikeluarkan. Tapi dengan cara ini sahaja akan dapat mengesan ke mana ‘hilangnya duit’ di samping dapat membandingkan jumlah perbelanjaan pada setiap bulan. Cuba buat analisa mengenai perbelanjaan harian dengan membuat satu jadual mudah seperti duit keluar dan duit masuk. Pasti mak-mak akan dapat mengawal perbelanjaan dengan lebih berhemah.
4.Beli secara borong
Jika mak-mak sejenis rajin memasak di dapur, belilah sesuatu bahan yang selalu digunakan secara borong. Sebagai contoh belilah minyak masak dalam botol yang bersaiz besar, kerana ia lebih menjimatkan berbanding membelinya berulang kali dalam botol yang bersaiz kecil. Pembelian ini akan menjimatkan sebanyak 10 hingga 20 peratus pembelian tau. Di samping itu ia menjimatkan minyak kereta kerana tidak perlu berulang-alik ke kedai untuk membeli bahan tersebut sekiranya habis!
5.Kurangkan penggunaan elektrik
Apa kata sekali sekala anda masak nasi atau menjerang air menggunakan dapur gas saja. Tutuplah kipas dan bukalah tingkap dengan luas bagi pengudaraan semula jadi di dapur. Hadkan penggunaan elektrik terhadap perkara-perkara yang perlu dan penting sahaja. Secara tidak langsung, langkah ini dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di dapur.
6.Masak sendiri
Kekangan masa dan jadual tugasan yang sibuk menjadikan membeli makanan di kedai mahupun restoran menjadi suatu kebiasaan. Walau sesibuk mana pun, cubalah untuk luangkan lebih masa untuk memasak sendiri. Kini terdapat banyak menu-menu masakan mudah yang boleh dicuba. Anak-anak pastinya ingin merasa masakan air tangan ibunya sendiri, kerana ia bukan sahaja lazat, mengeratkan ikatan malah terjamin kebersihannya. Perbelanjaan dapur juga pasti dapat dijimatkan. Apa-apa pun ia bergantung pada perkiraan dan kebijaksanaan mak-mak juga.Jika merasakan membeli makanan lebih menjimatkan berbanding memasak, belilah.
7.Lebih kreatif dalam masakan
Bukan itu je, mak-mak juga perlu lebih kreatif dalam masakan dalam masa yang sama membantu mengelakkan pembaziran. Caranya mudah iaitu dengan mempraktikkan menyimpan lebihan lauk-lauk seperti ayam atau daging yang masih elok di dalam peti sejuk. Semua lebihan ini boleh dimasukkan ke dalam masakan lain seperti mee goreng atau bihun goreng sebagai bahan perencah. Nasi lebihan juga boleh dibuat nasi goreng sebagai sarapan pagi. Pasti menjimatkan berbanding dibuang begitu sahaja.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...