Gabungan Makanan Charcuterie, Tak Perlu Masak, Hidang Ikut Selera Keluarga

Share

Menurut Bro Ohsem, Akhtar Syamir Charcuterie ini adalah kombinasi pelbagai makanan yang boleh terus dimakan tanpa perlu dimasak. Tetapi, jika melibatkan penggunaan telur, makanan itu perlu juga dimasak dengan betul.

Mudah saja penyediaannya. Dan Bro Ohsem kongsikan contoh hidangan yang boleh anda cuba. Sedap dinikmati bersama seisi keluarga.

Sesekali bolehlah cuba nikmatinya ya.

Charcuterie, Gabungan Hidangan Makanan Enak Lagi Santai

Inilah yang dipanggil Charcuterie. Ianya satu gabungan hidangan makanan yang sedia untuk dimakan. Makan dia santai je. Ambil sini sikit, sana sikit. Kalau nak, gabungkan beberapa jenis makanan dan makan.

Gambar yang pertama ialah Charcuterie yang terkini isteri saya buat. Lebih pelbagai dari yang sebelum ni. Antara makanan yang boleh dikombinasikan adalah ayam atau daging, roti, biskut, telur, pelbagai jenis cheese, buah dan sayur. Kombinasi makanan ni bebas ikut selera kita.

Sebagai contoh, untuk gambar yang pertama tu ada :
1. Chicken slice
2. Chicken pepperoni
3. Smokey Beef Slice
4. Beef Sausage
5. Grilled Tomatoes
6. Scramble Eggs
7. Garlic Bread
8. Blue Cheese
9. Cheddar Cheese
10. Mozrella Cheese
11. Brie Cheese
12. Feta Cheese marinated in Olive Oil

Cheese memang ada banyak jenis. Saya dan isteri Nora Azni memang suka cheese. Tapi kami kalah kat blue cheese. Tengik sikit. Yang lain best.

Daging atau ayam slice tu banyak ada jual kat pasaraya, kat family mart pun ada. Cheese pun sama. Tak perlu masak pun. Ini dalam kategori cold dish jugak la. Cuma kalau ada telur tu kena la masak dulu.

Jom cuba Charcuterie.

Baca sini : Resepi gratinated baked potatoes, sedap, padu, rasa cheese daging.

Mingguan Wanita : Haa.. kalau dah bosan dengan masakan Melayu, bolehlah cuba Charcuterie ini. Memang seronok anak-anak makan nanti.

Sumber/Foto : Akhtar Syamir

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

IKLAN