Foto tular di media sosial, cubaan fitnah berniat jahat, peguam ibu Zara Qairina tak akan tunduk sebarang tekanan.  Salah seorang peguam yang mewakili ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Shahlan Jufri, menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali tunduk pada sebarang bentuk tekanan atau cubaan untuk memesongkan perjuangan menuntut keadilan terhadap kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Foto Tular Di Media Sosial, Cubaan Fitnah Berniat Jahat, Peguam Ibu Zara Qairina Tak Akan Tunduk Sebarang Tekanan

Penegasan tersebut dibuat selepas tersebarnya di media sosial foto beliau bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Foto Tular Di Media Sosial, Cubaan Fitnah Berniat Jahat, Peguam Ibu Zara Qairina Tak Akan Tunduk Sebarang Tekanan

 

Foto Tular Di Media Sosial, Cubaan Fitnah Berniat Jahat, Peguam Ibu Zara Qairina Tak Akan Tunduk Sebarang Tekanan

Menurut Shahlan, gambar berkenaan sebenarnya adalah rakaman lama pada bulan Jun lalu, dan langsung tiada kaitan dengan kes yang sedang dibicarakan.

Ads

“Cubaan pihak tertentu mengaitkannya adalah fitnah berniat jahat untuk mengelirukan masyarakat.

“Saya tegaskan komitmen saya hanya kepada keadilan untuk Zara (Qairina). Sebagai peguam, saya bertindak tanpa takut atau pilih kasih, menegakkan proses adil serta integriti undang-undang.

“Saya tidak akan tunduk pada sebarang tekanan atau cubaan memesongkan dan mengganggu perjuangan ini yang berlaku sejak daripada hari pertama saya dilantik sebagai peguam Zara (Qairina),” katanya.

Sebelum ini, penularan foto tersebut turut mengundang perdebatan apabila ia memaparkan kehadiran seorang lagi peguam, Datuk Ram Singh, yang mewakili remaja didakwa membuli Allahyarham Zara Qairina.

Mengulas lanjut, Shahlan menegaskan komitmennya jelas apabila penggalian semula kubur serta proses bedah siasat terhadap jenazah Zara berjaya dilaksanakan hasil usaha beliau.

Foto Tular Di Media Sosial, Cubaan Fitnah Berniat Jahat, Peguam Ibu Zara Qairina Tak Akan Tunduk Sebarang Tekanan

Ads

“Selain itu, (saya) juga berada di bilik bedah siasat selama lebih kurang lapan jam atas kehendak anak guam, memohon pelaku dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu maksimum 10 tahun dan permohonan inkues dibenarkan serta sedang berjalan,” tambahnya.

Untuk rekod, Allahyarham Zara Qairina, pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Sabah, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan longkang asrama pada jam 3 pagi, 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.

Sumber: Berita Harian

Baca artikel lain juga: Pempengaruh Raih Laba, Hasil Tunggang Kes Zara Qairina

Ads

Kes Zara Qairina: Datuk Ram Singh Wakili 1 Daripada 5 Tertuduh

Datuk Ram Singh Saya Beri Khidmat Percuma, Tertuduh Bukan Anak VVIP

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI