Sepanjang Ramadhan ini pelakon terkenal, Fazura kelihatan begitu manis sekali mengenakan tudung di kepala. Biarpun gaya tudungnya ringkas, tetap menyerlahkan wajah cantik pelakon Gol Dan Gincu ini. Terbaru, Fazura berkongsi yang dirinya menjadikan bonda Prof Dr Muhaya sebagai idolanya.
“Bulan Ramadhan ini merupakan bulan kemaafan buat saya. Kita bukanlah sempurna. Adanya kelebihan kita malah banyak pula kelemahannya.
“Menyedari hakikat ini, saya percaya penting ada nya sifat sentiasa memaafkan dalam hati supaya saya dapat hidup dalam ketenangan, kasih-sayang dan mendapat rahmat Allah yang di harapkan dalam ibadah serta apa saja yang saya lakukan.
“Saya sentiasa menjadikan bonda @profmuhaya sebagai idola dan saya harap kata nasihat nya ini dapat menjadi panduan, iktibar dan kesedaran buat saya dan kita semua.
“Ada, beri, dapat… Semoga kita ada, beri dan dapat yang baik-baik seperti yang kita harapkan. InsyaAllah. Doa saya buat semua, moga mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Amin.”
Ads
Tudung Habis Dijual Dalam 24 Jam
Itulah doa yang dituturkannya menjelang 27 Ramadhan yang lalu. Yang mana pada malam itulah umat Islam memburu Lailatul Qadar iaitu hari yang cukup istimewa buat insan yang bertemu dengannya.
Sememangnya tahun ini merupakan tahun bertuah buat Fazura. Rezeki, isteri kesayangan Fattah Amin ini juga semakin bertambah-tambah. Selepas saja melancarkan Tudung Fazura by Fazbulous, jualan tudungnya itu laris macam goreng pisang panas. Habis dijual dalam tempoh 24 jam.
Dalam video pendek Prof Dr Muhaya yang dikongsikan Fazura ini, beliau memberikan kata-kata nasihat yang cukup baik. Sila hadam pesanan yang Prof Dr Muhaya kongsikan di bawah ini ya.
Ads
Ini Cara Buang Penyakit Hati
Satu penyakit yang kena buang adalah penyakit hati. Iaitu buruk sangka, syak wasangka pada orang lain. Tabut fitnah, buat status tak baik sampai menimbulkan keraguan terhadap orang lain. Alangkah ruginya jika ia sampai memutuskan saudara.
Ads
Kena tahu, setiap kejahatan atau status yang tak baik yang sedang kita buat sebenarnya ia seakan menabur racun yang kemudiannya akan dimakan diri sendiri sampailah ke anak cucu. Sama halnya juga iabarat meletakkan paku pada pintu dan kita berjalan di atasnya.
Mencari Lailatul Qadar
Dalam pesanan yang disampaikan Pak Ary Ginanjar menyatakan ‘kita selalu ke masjid untuk solat terawih dan merasakan yang ia sudah cukup untuk bertemu dengan lailatul qadar. Tetapi sekiranya solat yang dilakukan cuma sekadar solat fizikal, iaitu dalam solat tapi masih fikirkan hal orang, marah orang. Itu belum betul-betul spiritual untuk membolehkan hati kita dekat dengan Allah.
Jadi bersihkanlah hati, bersihkan semua status yang tak baik, gambar yang yang boleh mengundang maksiat kerana kita nak rasakan betul-betul kehadiran Allah pada malam yang lailatul qadar yang kita cari itu. Yang penting di sini, kalau di bulan Ramadhan ini kita tidak berubah adakah selepas Ramadhan kita akan berubah?
Jadikan Piza Sebahagian Daripada Hidup, Wanita Obses Piza Pecah Rekod Dunia! Siapa sangka piza cukup penting dan memberi makna dalam kehidupan seseorang. Terlalu obses dengan piza sehingga mengumpul pelbagai koleksi malah berjaya memecahkan rekod dunia.
Seorang wanita di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) memecah Guinness World Records apabila mengumpulkan item memorabilia piza paling banyak di dunia, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Dikenali ‘Gadis Piza’
Telina Cuppari, 42, yang turut dikenali sebagai ‘Gadis Piza’ telah mengumpul 669 memorabilia piza termasuk sofa, pakaian, anting-anting, rantai, mainan, piza Pez (sejenis makanan ringan) dan stoking.
Cuppari memberitahu laman berita NJ.com bahawa dia mula mengumpul memorabilia dan pakaian piza selepas berpindah ke negeri New Jersey pada 2012.
“Saya berpendapat ia menyeronokkan untuk dipakai apabila saya keluar dan makan piza.
“Saya juga menerima begitu banyak pujian sehingga mula membeli aksesori piza dan sejak itu, saya terus mengumpul lebih banyak barangan dan menjadi ‘Gadis Piza’,” katanya.
Piza Sebahagian Daripada Hidup
Menurut Cuppari, hidangan itu sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupannya.
“Kami makan begitu banyak piza di rumah ketika membesar selain pernah memberi hadiah Krismas kepada lelaki penghantar piza setiap tahun. Saya sentiasa terpesona dengan pelbagai jenis piza dari seluruh dunia,” ujarnya.
Pecah Rekod Dunia
Dalam usaha memecah Guinness World Records, Cuppari berkata, dia perlu menyerahkan senarai terperinci mengenai semua memorabilia berkaitan piza dan mendokumentasikannya dalam video selain mengumpul kenyataan saksi.
Cuppari menyerahkan permohonannya pada Disember lalu sebelum mengalahkan pemegang rekod sebelumnya pada Ogos lalu dengan memiliki 100 item lebih banyak daripada individu tersebut.
Di media sosial, terdapat segelintir artis yang sering menayangkan dalam gelekan mereka. Makin ditegur semakin menjadi-jadi. Ada yang buat kerana duit. Bahkan ada yang berani melakukannya tanpa memikirkan apa yang dilakukan itu mempunyai manfaat pada ummah atau bukan kerana mereka beranggapan itu kerjaya dan ianya satu keseronokan. Menakutkan ada yang buat demi duit.
Sebagai umat islam, kita dituntut mencari rezeki yang halal.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Jumu’ah, ayat 10
Mafhumnya: “Dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan ), supaya kamu berjaya dunia dan akhirat”.
Namun ada segelintir yang beranggapan individu merasakan pekerjaan mereka hak mereka. Hal ini mendapat teguran dari Ustaz Ahmad Dusuki di fbnya berikutan komen seorang artis bahawa dirinya bergelek pun dapat duit.
Kata pendakwah terkenal ini di fbnya, “tak semua yang boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang di bimbang jika yang masuk duit tu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita.
Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah. Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini.
Dalam nada tegas, tulisnya, “kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?” Bangganya kau!!”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lebih 10 Tahun Jadi Ibu Tunggal Masih Menunggu Jodoh Kiriman Tuhan. Pemilik nama sebenar Datuk Seri Rossa Roslaina Handiyani atau lebih popular dengan panggilan Rossa sememangnya seorang wanita yang begitu ceria dan tidak pernah lekang dengan senyuman.
Seperti yang diketahui ramai, Rossa merupakan ibu tunggal. Walau sudah lebih dari sedekad hidup solo bersama anaknya selepas rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo tidak berpanjangan Rossa begitu gigih meneruskan kehidupan.
Rossa Gigih Teruskan Kehidupan
Baru-baru ini ketika bertandang ke Malaysia, sewaktu ditemubual penyanyi yang berbadan genit ini diajukan tentang persoalan jodoh. Meskipun acap kali diaju persoalan serupa berkait kehidupan peribadi, Rossa tidak pernah melatah, malah sentiasa bersikap terbuka.
“Saya masih menunggu jodoh kiriman Tuhan. Jujurnya saya tidak pernah menutup pintu hati, apa lagi menolak jodoh. Cuma mungkin lebih berhati-hati untuk memulakan sesuatu hubungan”, katanya yang pernah mengalami keruntuhan rumah tangga pada 2009.
“Setiap Manusia Tidak Mampu Hidup Sendirian”
Hadir ke Malaysia untuk mempromosikan single terbaharunya, Khanti, yang juga merupakan lagu runut bunyi atau OST drama bersiri Viu Indonesia, Bidadari Bermata Bening Rossa akui tidak pernah menutup pintu hati menerima lelaki bergelar suami dalam kehidupannya semula.
“Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir hidup solo selamanya. Malah, saya tidak pernah menyatakan hidup solo amat menyenangkan.
“Bagi saya, setiap manusia tidak mampu hidup bersendirian, sebaliknya tetap perlukan teman hidup.
“Saya tidak pernah menutup pintu hati, cuma lebih berhati-hati memulakan perhubungan baharu.
“Saya juga tidak suka berbicara soal cinta, sebaliknya lebih gemar meluahkannya dalam lagu,” kongsi Rossa.
Teruja Bertemu Peminat
Malaysia umpama rumah keduanya, Rossa teruja setiap kali dapat bertemu peminat dan kenalannya di sini. Rossa turut berkongsi perancangannya untuk sekali lagi kembali ke Malaysia selepas Aidilfitri nanti untuk majlis pelancaran album terbaharunya, Another Journey: The Beginning dan diikuti showcase istimewa pada Julai depan.
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.