
Pelakon popular, Fattah Amin, mengakui antara rahsia bagaimana dia membina keserasian bersama isteri tercinta, penyanyi Amira Othman, ialah kerana mereka berkongsi tujuan dan pemikiran yang sama tentang kehidupan serta agama.
Menurut Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, keserasian itu bukan sekadar pada perkara rutin harian, malah lebih mendalam apabila menyentuh soal pegangan agama dan makna kehidupan.
“Banyak bercakap tentang kerja tetapi kami ada satu topik yang saya suka iaitu mengenai agama dan tujuan hidup.
Kami ada persamaan bila berbual tentang hidup kerana pemikiran dan kepercayaan kami sama.
Apabila kami bersetuju tentang perkara yang sama, hidup akan jadi lebih seronok,” katanya dalam satu siaran langsung TikTok, semalam.
Agama Sebagai Asas Rumah Tangga
Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.
“Saya rasa agama memang perlu letak di tempat pertama dalam hidup.
Bila nak berpasangan, perkara paling utama ialah pegangan agama dan cara pandang terhadap kehidupan.
Kalau dua benda itu tidak selari, bimbang perkara lain pun tak sama,” jelasnya lagi.
Pandangan ini jelas menggambarkan keutamaan Fattah terhadap nilai spiritual dalam membina keluarga. Sesuatu yang dekat dengan hati ramai wanita yang mendambakan pasangan yang memimpin dengan iman.
Fatima & “Aunty Mira”
Dalam siaran langsung sama, Fattah turut berkongsi tentang panggilan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, terhadap Amira.
“Fatima panggil Amira sebagai ‘Aunty Mira’,” katanya ringkas tetapi penuh makna.
Mesra dengan gelaran itu, ia melambangkan fasa baharu dalam kehidupan mereka sebagai satu keluarga, dengan Fatima yang kini berusia lima tahun perlahan-lahan membina hubungan rapat bersama ibu barunya.
Fasa Baharu, Doa Yang Mengiringi
Pada 14 September lalu, Fattah dan Amira selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah penuh bermakna di Sepang, berkonsepkan Islamik Al-Zauj.
Sebelum ini, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Nur Fazura pada tahun 2017, namun berpisah talak satu pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Kini, dengan kehadiran Amira, Fattah mengharapkan doa yang baik-baik agar keluarganya terus harmoni, dilimpahi keberkatan, dan dibina atas landasan agama yang kukuh.
Baru dua hari melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri, pelakon popular, Fattah Amin, 35, dan isteri tercinta yang juga penyanyi Amira Othman, dilihat bakal berangkat ke destinasi bulan madu.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fattah memuat naik foto memegang tangan Amira dengan emoji hati berwarna biru dan kapal terbang, seolah-olah memberi bayangan mereka bakal terbang ke luar negara.
Pasangan yang selamat diijabkabulkan kelmarin sebelum ini memaklumkan kepada media, mereka akan ke beberapa destinasi bulan madu sambil menggabungkan urusan kerja. Namun, lokasi sebenar masih dirahsiakan.
Sejak disatukan sebagai pasangan suami isteri, Fattah dan Amira terus menjadi perhatian.
Majlis pernikahan mereka yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook Unifi TV meraih lebih 166,000 tontonan.
Kemunculan mereka dalam sesi langsung di TikTok malam tadi turut mencuri perhatian apabila meraih 70 juta tanda suka dengan lebih 150,000 tontonan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI