Pejam celik, pejam celik, sedar-sedar anak sudah besar. Cepatnya masa berlalu, tidak sedar dia terus membesar di depan mata dan kita pun dah makin berusia.
Kadang-kadang, mahu sahaja putarkan waktu untuk jalani hari-hari yang indah dengan anak. Maklum sahaja, cukup seronok bila dapat mengingkatkan zaman anak-anak masa kecil. Macam-macam karenah.
Bila Anak Makin Membesar..
Lain pula, bila anak makin membesar. Feelnya pun berbeza. Masing-masing ada perangai. Pernah mak-mak rasa, bila anak kecil tak sabar nak tunggu anak membesar. Tapi, bila anak besar, perangainya lain pula.
Ketahuilah, bila anak semakin besar, kita akan rindu dengan kaletahnya masa kecil. Jadi, masa yang ada ini, jangan sia-siakan. Jadikan setiap waktu yang kita ada ini sebagai kenangan indah buatnya.
Seperti apa yang sikongsikan oleh Mak’Mude ini cukup memberi kesan buat mak ayah. Jangan sia-siakan waktu-waktu anak membesar.
1. Masa Kecil
Inilah masa intim, ketika anak berusia 0-8 tahun. Masa di mana anak menempel terus kepada mak ayah. Masa manja-manjanya seorang anak, sehingga sentiasa ingin di peluk dan memeluk mak ayah. Malah, kalau ajak nak ke mana-mana, anak akan ikut sahaja.
2. Waktu Kritis
Masa ini adalah ketika anak berusia 9-13 tahun. Di mana anak sudah masuk sekolah rendah dan mulai sibuk dengan lingkungan sekolah dan teman-teman yang sebaya dengannya.
Pada masa kritis ini, anak mulai belajar dari banyak sumber, termasuk dari guru dan teman-temannya. Ia juga mulai membandingkan perlakuan orang tuanya dengan perlakuan orang tua dari temannya.
Dari sumber belajar ini jugalah, anak mulai bersikap kritis terhadap pendapat mak ayah. Anak mula banyak bertanya dan kuat membantah sehingga timbul beza pendapat dengan mak ayahnya.
Pada masa ini juga mulai muncul perasaan tidak puas hati, kecewa atau sakit hati terhadap cara mak ayah yang tidak sependapat dengan keinginannya. Lalu memorinya menyimpan hal tersebut, sehingga ia mulai menjaga jarak dengan mak ayah.
Ads
Jadi, hati-hati jaga tingkah laku dengan anak ya. Jangan sampai masa kritis ini membuat jarak antara mak ayah dengan anak.
3. Masa Sibuk
Ini adalah masa ketika anak berusia 14-23 tahun. Masa di SMmana anak sudah sibuk dengan kegiatan sekolah di SMK atau IPT. Pergaulan mereka juga biasanya makin luas, sehingga waktu bersama mak ayah semakin terbatas. Apatah lagi, jika anak mula dapat melanjutkan pelajaran di negeri lain.
Biasanya, waktu begini, anak-anak sudah malu dan susah untuk dipeluk. Apalagi jika dipeluknya di tempat awam. Boleh dikatakan anak lelaki makin susah untuk diajak berpelukan oleh mak ayah.
Keadaan inilah menjadi berbalik. Dulu anak yang inginnya ‘menempel’ pada mak ayah, sekarang mak ayah pula ingin ‘menempel’ dengan anak.
4. Fasa Mandiri
Ini adalah masa di mana anak berusia 23 tahun ke atas atau masa anak sudah bekerja atau berkahwin. Masa inilah anak sudah seharusnya mandiri dan kita sebagai mak ayah perlu siapkan mental untuk menghadapinya.
Ads
Ingat! Masa yang paling membahagiakan bagi mak ayah dan anak adalah pada masa kecil. Jadi, jangan sia-siakan masa kecil tersebut. Ia adalah golden moment, sekali gus golden age.
Carilah waktu untuk anak ketika mereka kecil, sebelum mereka tidak mempunyai waktu untuk kita.
Yang abadi hanyalah doa. Doa yang dipanjatkan orang tua kepada anaknya dan doa yang dipanjatkan anak yang soleh kepada orang tuanya. Itulah doa yang menyambung kembali kebersamaan anak dengan orang tuanya. Nanti di akhirat kelak.
“(yaitu) surga ‘Dan yang mereka masuk ke dalamnya bersama orang-orang soleh dari bapa-bapanya, istri-istrinya dan anak cucunya” (QS. Ar-Ra‘du ayat 23)..
Jadilah setiap waktu berharga buat anak, buat kenangan indah bersama mereka.
MW: Moga ia memberi manfaat untuk mak ayah di luar sana. Jangan sia-siakan waktu anak membesar itu.
Kes tak nak balik rumah mentua tiba-tiba ini biasanya ada sebab, bukan sengaja buat dan pentingkan diri sendiri. Orang kata, bila hati dah terusik, payah nak sembuh balik.
Dan sekali pun dah maafkan, tetapi dalam hati tetap ada secebis kesan ‘retak’. Nak-nak pula kalau berkait soal hati. Atau boleh jadi pasangan kita berkira sangat nak balik kampung belah kita sebab pernah berlaku macam yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini.
Balik Rumah Mentua
Kadang-kadang ada yang fikir macam ini, tak nak balik rumah mentua sebab tak selesa, rasa terasing, tak tahu nak menyembang dengan siapa, rasa macam dipulaukan, tak tahu nak buat apa, tak faham apa yang dituturkan mereka yang disebelah sana dan sebagainya.
Biasa lah, habis tu tak kan nak balik asing-asing setiap kali cuti perayaan atau cuti sekolah?
Setiap pasangan ada keluarga masing-masing kan? Ada kampung masing-masing. Kalau kita rasa macam itu bila balik sebelah si dia, dia pun rasa benda yang sama bila balik belah kita.
Semak Punca Kenapa Si Dia Tak Suka
Cuma kita kena fikir satu benda, bila kita balik ke kampung isteri, dia gembira tak? Perbuatan kita itu mampu menggembirakan isteri tak? Kita bagi dia jumpa orang tua dia, adik beradik dia, balik ke rumah yang mana dia dibesarkan.
Sudah tentu dia suka, itu tempat asalnya.
Jadi kita tahu atau tak untuk nak buat apa, nak sembang dengan siapa, benda-benda macam ini, kalau boleh kita bersabar dan pejam mata kejap. Bukannya lama, 2,3 hari sahaja. Cari lah sesuatu untuk dibuat, baca paper ke, main dengan anak ke, berkebun ke, apa-apa saja yang boleh dibuat sepanjang duduk di rumah mentua.
Kalau itu dapat menggembirakan hati isteri, why not kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Isteri nak perhatian. Itu saja!” Suami pinjamkan telinga kepada isteri bila anak-anak tidur itu sudah memadai.
Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril yang sering diajukan soalan daripada pengikut menerusi akaun Instagramnya, kali ini berkongsi tentang keprihatinan suami terhadap isteri dan kepentingan menjaga hubungan suami isteri.
“Isteri Nak Perhatian. Itu Saja!”
Seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu pastinya mendambakan kasih sayang daripada suami tercinta. Bagi mereka yang bekerja, selepas letih pulang dari pejabat kemudian akan melayan karenah anak-anak pula. Begitu juga dengan wanita yang bergelar suri rumah di mana sepanjang hari berhadapan dengan anak-anak dan kerja-kerja di rumah.
Menerusi topik “Isteri Nak Perhatian Suami. Itu Saja” Dr Say Shazril menerangkan tentang kisah salah seorang pengikutnya yang berkongsi hampir empat tahun tidak keluar ‘dating’ berdua bersama suami.
“Isteri kita ni tak nak pun Habib Oro Italia, Angsa Emas, beg LV, Chanel, Dior tu.
“Tapi apa yg depa nak adalah perhatian kita. Semalam ada someone dm (mesej) sy cerita last dia lepak kopi dan window shopping berdua dengan husbandnya April 2018. Bulan depan genap 4 tahun tak pernah dating berdua husband & wife. Lagi lama dari Covid.
“Terduduk saya cuba menghadamnya. Katanya lepas ada anak, suami terlalu risaukan anak. Bagus suaminya risaukan anak daripada suami biawak hidup yg tak cara-kan anak.
“Saya tanya lagi “U urself, how do u feel? What do u want?”.
“Dia reply “i suka masa berdua dengan suami. Sekarang rasa macam jauh dengan suami sebab lama dah tak ade deep conversation/ discuss pasal future/ cerita anything”,” kongsi Dr Say.
Tenangkan Isteri Dengan Kasih Sayang
Dr Say menerangkan perhatian suami amatlah penting. Paling senang pinjamkan telinga untuk mendengar luahan isteri.
“Sebenarnya perhatian dari suami ni tak perlu melibatkan keluar berdua dengan wife pun.
“It can be as easy as meminjamkan telinga kita kepada wife bila anak-anak dah tidur.
“Wife tengah masak tiba2 kita datang peluk dari belakang. Balik kerja tiba-tiba kita suprisekan wife dengan bunga/ makanan favourite diorang.
“Sebab wife ni nak acknowledgement yang suami mereka masih berminat kat mereka. Dalam kepala diorang banyak berfikir “aku dah tak menarik bagi suami aku ke?”, “am i good enough for my husband?”.
Kiddocare
“Small gestures ni membantu menenangkan mereka. Kenapa saya selalu panggil Kiddocare? Sebab by the time wife tidokan Ace, dia pun tertidur sekali macam mana nak pillow talk. Nak suprisekan bini balik dari kerja, saya work from home.
“Jadi itulah sebab kenapa saya suka ajak wife keluar. Kat rumah dengan anak-anak nak sembang “how was your day” boleh la tapi kalau nak sembang “what do u think…” atau “how do u feel…” memang idok ler dengan Ace melompat dan Sef menjerit tu.
Jaga Hubungan Dengan Pasangan
“Each time sy amik Kiddocare saya tak pernah begitau bini sebab saya tau bini akan sentiasa risaukan anak-anak. Naluri seorang ibu akan rasa bersalah
“Kalau tinggalkan anak-anak jadi its our responsibility as a husband untuk tenangkan depa.
“Sebab penting juga untuk kita jaga hubungan dengan pasangan kita.
“Deep conversation, future plans, flashback sikit, holding hands benda yg bagi kita remeh tapi besar impactnya kepada mereka. At the end of the day, HAPPY WIFE HAPPY LIFE,” nasihat Dr Say.
Menerusi ruangan komen ramai yang bersetuju dengan perkongsian Dr Say itu.
Bayi sumbing adalah kelainan dan ketidaksempurnaan pada struktur bibir atau bahagian lelangit di mulut si comel. Ada ramai mak ayah terlepas pandang bila tengok anak yang dianugerahkan Allah itu tidak sempurna. Kadang bukan sengaja tetapi terlepas pandang.
Jadi untuk bagi semangat pada bayi sumbing ini daripada peringkat awal, baca perkongsian daripada Pakar Perunding Maternal Fetal Medicine, Imelda Balchin ini…
Minggu lepas saya bertemu dengan ibubapa janin yang ada sumbing di bahagian mulut dan langit-langit.
Tidak ramai bayi dilahirkan sumbing, lebih kurang 2 bayi dalam 1000.
Sumbing boleh dilihat oleh imbasan ultrasound. Bila didapati janin mempunyai kecacatan ini, yang penting sekali ialah rujukan ke pakar Fetal Medicine untuk memastikan tidak ada kecacatan yang lain.
Kami selalunya memberi kaunseling kepada ibubapa, jika tidak ada kecacatan yang lain, ia boleh dibetulkan secara pembedahan dan anak-anak akan diberikan bantuan pertuturan, pendengaran, pergigian dan psychology supaya membesar dan mencapai gaya hidup yang sama dengan kanak-kanak yang lain. Kami juga memberi nasihat kaedah menyusukan bayi yang baru dilahirkan. Walaupun mungkin terpaksa menggunakan botol yang diubahsuaikan bagi bayi yang tidak dapat menyedut susu secara biasa, kami masih menggalakkan susu badan ibu daripada susu formula.
Bayi yang sumbing lebih senang mendapat jangkitan kuman di dalam telinga (otitis media) tetapi kajian perubatan menunjukkan yang risiko ini boleh dikurangkan bila ibu memberikan susu ibu bila dibandingkan dengan susu formula.
Ada satu nasihat peribadi yang saya selalu bagi kepada ibubapa yang bimbang:
Iaitu, janganlah malu bergambar dengan bayi anda selepas bersalin. Ambil lah gambar sekeluarga dengan bayi yang baru dilahirkan seperti biasa. Jangan sesekali menunjukkan perasaan kecewa. Kanak-kanak ini boleh menjadi sensitif dan mendapat masalah emosi jika tidak ada gambar selepas kelahirannya seperti adik-beradiknya yang lain.
Tunjukkan lah kepada anak ini, anda bangga, kerana kecantikan di dalam adalah lebih penting daripada kecantikan di luar badan. Tunjukkan lah kepada anak ini, jika kecantikan di luar badan boleh dibetulkan dan kecacatan boleh diubah menjadi sempurna, apa lagi kemuliaan hati kita, kejujuran, kekuatan minda dan semangat. Semoga menjadi ihsan yang mulia dan berjaya dunia dan akhirat.
Prof Imelda, Pakar Perunding Maternal Fetal Medicine, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.