Akaun Instagram pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, kini menjadi ruang limpahan doa dan kata-kata semangat daripada peminat selepas kisah rumah tangganya menjadi perhatian umum.
Rata-rata warganet menitipkan sokongan agar pemain sayap Selangor FC itu, yang lebih mesra disapa Mickey, kekal tabah menghadapi dugaan hidup.
Ads
Rumah Tangga Jadi Perhatian
Terdahulu, isteri Faisal, Nur Syazwani Mizuana Shahril, dilaporkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 2.30 petang. Difahamkan, proses itu hanyalah sebutan awal dan belum ada keputusan lanjut mengenai status perkahwinan mereka.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.
Dugaan Demi Dugaan
Ini bukan kali pertama Faisal diuji. Tahun lalu, beliau berdepan insiden ngeri apabila disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di Kota Damansara pada 5 Mei. Namun pada 8 Mei lalu, peguamnya mengesahkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut oleh Pejabat Peguam Negara.
Ciapan lama Amira Othman kembali tular, ucap tahniah kepada Fattah Amin. Seakan membawa kenangan lama, ciapan penyanyi Amira Othman pada tahun 2017 kembali menjadi tular selepas beliau sah bergelar isteri kepada pelakon popular, Fattah Amin pada 14 September lalu.
Memetik Kosmo Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 31, ketika itu pernah menitipkan ucapan tahniah menerusi platform X (dahulu Twitter) kepada pasangan Fattah dan Fazura yang baru mendirikan rumah tangga.
“Tahniah Fattah & Fazura, jodoh itu rahsia Allah,” tulis Amira dalam hantaran yang kini kembali dikongsikan netizen selepas perkahwinannya bersama Fattah.
Selain itu, pengguna laman sosial turut menjumpai satu lagi ciapan Amira pada awal tahun sama yang menyebut tentang kemesraan Fattah dengan selebriti Neelofa.
Penemuan semula ciapan-ciapan tersebut membuatkan ramai peminat teruja kerana selepas lapan tahun berlalu, Fattah akhirnya menjadi milik Amira. Ramai yang menganggap apa yang pernah diucapkan Amira sebagai bukti bahawa jodoh sememangnya rahsia Allah.
Malah, tidak kurang juga yang menyifatkan perjalanan Amira daripada seorang peminat Fattah kepada isterinya kini sebagai sesuatu yang penuh hikmah.
“Lapan tahun kemudian jadi jodoh diri sendiri. Sebab itu kita kena doa baik-baik,” tulis seorang pemilik akaun Threads.
“Betullah kata Amira. Jodoh rahsia Allah. Sekarang dia pula berjodoh dengan Fattah,” kongsi seorang lagi pengikut.
“Member wish, member dapat,” ujar seorang pengguna Threads lain secara berseloroh.
Untuk rekod, pasangan Fattah dan Amira disatukan dalam sebuah majlis di sebuah pusat peranginan di Sepang, Selangor pada 14 September lalu, yang juga bertepatan dengan ulang tahun ke-35 aktor berkenaan.
Terdahulu, Fattah pernah bernikah dengan Fazura pada 27 November 2017 sebelum mereka bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Tutup Wajah Sambil Menangis, Pilu Lihat Kanak-kanak Perempuan Trauma, Ibu Maut Digilis Treler. Orang ramai tersentuh hati melihat seorang bapa berwajah sugul sambil mendukung anak kecilnya bersama anak-anak lain ketika proses pengkafanan jenazah isterinya yang maut dalam kemalangan di Jalan Pelabuhan Barat, Klang baru-baru ini.
Rakaman video yang dimuat naik di Instagram pengurusan jenazah Mr Wan Cai Official memperlihatkan petugas wanita menyempurnakan kafan arwah, manakala si suami setia mendukung anak lelakinya.
Seorang anak perempuannya dilihat menutup wajah sambil menangis, sementara seorang lagi berada dalam keadaan tenang sepanjang upacara tersebut.
Dalam hantaran itu, pihak pengurusan jenazah menulis:
“Menyaksikan pemergian insan tercinta di hadapan mata merupakan suatu ujian amat berat, tidak mudah diterima oleh sesiapa. Kehilangan sebegini meninggalkan ruang hiba yang dalam, sukar diungkap dengan bicara.
“Semoga suami dan anak-anak dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat sukar. Pemergian isteri tercinta pastinya satu kehilangan besar bukan sahaja sebagai teman hidup, tetapi juga sebagai peneman jiwa dan penguat semangat.
“Sesungguhnya, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya. Namun beratnya kehilangan itu, hanya yang merasai mampu mengerti.”
Melalui ruangan komen, difahamkan pasangan tersebut memiliki empat orang anak, dua daripadanya berusia 15 dan 10 tahun, manakala dua lagi masih kecil.
Rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap keluarga ini, terutama terhadap anak perempuannya yang berusia 10 tahun kerana menyaksikan sendiri kejadian tragis itu.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia maut digilis treler selepas motosikal yang ditunggangi suaminya cuba menyelit di antara beberapa kenderaan berat di Jalan Pelabuhan Barat, Klang.
Kejadian berlaku sekitar jam 1.20 tengah hari dan insiden tragis itu turut tular di media sosial melalui rakaman berdurasi satu minit 30 saat yang merakam detik mangsa dilanggar kenderaan berat berkenaan.
Anak mengamuk, libas bapa dengan rotan, pisau sebelum bakar rumah, kereta. Seorang lelaki berusia 32 tahun bertindak di luar kawalan apabila menyerang bapanya menggunakan rotan serta melibas pisau sebelum membakar rumah dan kenderaan milik keluarga dalam kejadian di Kampung Tengah, Jalan Bakri.
Insiden yang berlaku sekitar jam 9.43 pagi itu menyebabkan bapa suspek berusia 70 tahun mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan awal mendapati suspek terlebih dahulu memukul serta melibas bapanya sebelum kejadian kebakaran tercetus.
“Siasatan mendapati sebelum kejadian kebakaran itu, suspek memukul dan melibas bapanya dengan rotan dan pisau sehingga menyebabkan warga emas tersebut cedera.
“Kejadian turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal musnah dengan anggaran kerugian RM100,000 sehingga RM150,000. Suspek ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine,” katanya.
Menurut Raiz Mukhliz, suspek yang turut mengalami kecederaan dibawa ke HPSF dan dipercayai menghadapi masalah mental. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api serta Seksyen 324 kerana mendatangkan kecederaan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah teres, kereta Perodua Kancil dan motosikal Honda EX5.
“Kebakaran memusnahkan 70 peratus struktur rumah, manakala kereta dan motosikal musnah 90 peratus. Api berjaya dikawal pada pukul 10.10 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pukul 11.06 pagi,” katanya.
Nora Danish baiki diri sepanjang Ramadan, tak mahu buat solat dengan tergesa-gesa. Semakin manis dan dilihat semakin banyak berkongsi perkara yang baik.