Elakkan Makan Lewat Malam Nanti Perut Buncit - Nadia

Bersenam pada awalnya hanya sebagai hobi, namun semangat yang dilemparkan oleh suami tercinta mendorong Nadia Abdul Rahim, 42 bergelar jurulatih kecergasan. Dek kerana keterujaannya melakukan aktiviti ini pada masa senggang dan menghadiri pelbagai jenis kelas seperti zumba, aerobik, tabata dan lain-lain lagi wanita ini menjadikan aktiviti sihat ini sebagai sumber rezeki sejak tahun 2014.

“Pelbagai jenis kelas yang saya hadiri seperti zumba, aerobik, tabata dan banyak jenis senaman lain lalu suami saya mencadangkan satu idea yang sangat bernas. Katanya daripada saya asyik membelanjakan duit untuk kelas senaman ini, lebih baik saya sendiri yang menjadi tenaga pengajar. Jadi bukan saja dapat melakukan senaman tetapi juga dapat mencari rezeki,” ungkap Nadia membuka bicara.

Kekalkan Kesihatan Pada Tahap Terbaik

Pemilik Nars Fitness Studio yang terletak di Lavender Height, Negeri Sembilan ini menyatakan antara senaman yang menjadi kegemarannya dalam mengajar ialah Aerobik.

“Saya sering mengajar anak-anak murid saya senam Aerobik. Antara senaman tersebut ialah step aerobics, functional training, piloxing dan high intensitive training(HIIT) atau tabata.

“Senaman Aerobik adalah satu bentuk metabolism yang melibatkan tenaga dalam otot dengan penggunaan oksigen. Ia sukan yang amat menyeronokkan kerana bersukan mengikut rentak musik dan berkumpulan. Selain itu juga, sukan Aerobik ini memberikan banyak kebaikan pada kesihatan seperti menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan, memberi kecerdasan mental bagi mengurangkan tekanan dan sebagainya.

“Apabila saya melakukan senaman ini, saya mendapat kepuasan kerana bukan sahaja dapat berasa segar tetapi juga mengekalkan kesihatan pada tahap yang terbaik dan memupuk supaya senaman menjadi sebahagian gaya hidup saya. Aktiviti-aktiviti ini dapat mengurangkan berat badan saya kerana jumlah kalori dan lemak dibakar dalam satu sesi. Dengan keadaan badan yang fit, saya berasa lebih ringan dan lebih konfiden,” ujar Nadia yang turut menerangkan dia turut aktif dalam sukan piloxing merupakan gabungan senaman pilates dan boxing.

Elakkan Makan Lewat Malam Nanti Perut Buncit – Nadia
Sewaktu menyertai larian Fun Run baru-baru ini.

 

Elakkan Makan Lewat Malam Nanti Perut Buncit – Nadia

IKLAN

Pernah Cecah Berat 80kg

Sebelum aktif dalam senaman, Nadia menerangkan sejak zaman sekolah badannya berisi. Namun, berat badannya naik secara mendadak ketika mengandungkan anak pertamanya.

“Ketika mengandungkan anak ketiga berat saya mencecah lebih daripada 70kg. Rahsia saya mudah saja sebernanya. 80 peratus menjaga pemakanan manakala 20 peratus  melakukan senaman secara konsisten. Jangan sesekali berputus asa .

“Pada tahun 2006, berat saya lebih daripada 70 kg dan penampilan saya bukanlah yang terbaik. Apabila saya mula bersenam, berat badan saya menurun dan rupa fizikal saya semakin baik. Sekarang, berat badan saya tidak pernah melebihi 60kg,” kata Nadia cukup yakin.

Elakkan Makan Lewat Malam Nanti Perut Buncit – Nadia

IKLAN

Tawan Gunung Kinabalu

Melakukan aktivi sihat ini tujuh kali seminggu, Nadia juga aktif mendaki dan sertai marathon.

“Aktiviti mendaki dan marathon ini merupakan perkara biasa dalam hidup saya. Pada tahun 2013, saya dan suami saya berjaya menawan gunung Kinabalu. Gunung-gunung dan bukit-bukit juga merupakan satu destinasi pada hujung minggu yang saya sentiasa nanti-nantikan. Sekali sekala juga, saya menyertai 5 km fun run.

Nadia juga menerangkan minatnya dalam senaman pada awalnya terpaksa dipendam kerana menguruskan anak-anak kecil.

“Minat ini sudah lama tertanam dalam diri saya namun kekangan masa akibat menguruskan anak-anak kecil di rumah menyebabkan saya terpaksa meninggalkan hasrat bersenam itu buat sementara. Akhirnya, pada tahun 2010, saya dapat membahagikan masa untuk bersenam secara intensif.

IKLAN

“Pada zaman ini, terdapat banyak studio fitness yang khas buat wanita sahaja. Dengan mengikuti kelas yang diadakan, wanita-wanita di luar sana dapat belajar dan mengikuti cara bersenam yang efektif dan betul bagi menjaga kesihatan,” akhiri Nadia yang turut menyeru wanita-wanita di luar sana agar menjaga kesihatan kerana mereka memainkan peranan penting dalam menguruskan keluarga.

Elakkan Makan Lewat Malam Nanti Perut Buncit – Nadia
Gigih mendaki dan aktiviti ini merupakan antara aktivit sihat yang sangat disukai.

Tips Menu Sihat Nadia

* “Menu buat sarapan adalah yang ringan sahaja seperti oats dan telur rebus atau telur separuh masak.

* “Makan tengahari saya selalunya terdiri daripada fibre, protein dan sedikit karbohidrat. Saya akan cuba menggabungkan jenis makanan itu supaya menjadi lebih enak namun masih sihat. Banyakkan minum air kosong kerana itu akan menolong membuang bahan toksik dalam badan.

* “Bagi makan malam pula saya akan mengambilnya sebelum pukul tujuh malam. Makan malam kegemaran saya adalah sup sayur.

* “Elakkan makan pada lewat malam kerana apabila kita makan sebelum tidur, badan kita tidak cekap dalam penghadaman dan akan mengakibatkan perut yang buncit.”

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI