Edamame, ‘Snek’ Sihat & Sedap, Rebus Dahulu Sebelum Makan

Edamame, kacang soya muda berwarna hijau yang masih terdapat di dalam pod ini boleh dijadikan sebagai ‘snek’ sihat untuk mereka yang menjaga kesihatan.

Ia berbeza dengan kacang soya yang telah matang berwarna keputihan. Biasanya edamame ini banyak didapati di restoran Jepun yang menjual sushi. Namun kita juga boleh mendapatkan edamame di pasaraya kerana ia biasanya dijual dalam bentuk sejuk beku.

Edamame ini ada kebaikannya kepada kesihatan. Boleh baca perkongsian Pakar Nutrisi, Puan Syaza ini.

Edamame ini antara pilihan snacking yang sihat. Sedap sangat, rasa berlemak gitu.

4 Kebaikan Edamame

1-Tinggi Protein

Secawan edamame yang sudah dimasak (155gm) mengandungi lebih kurang 18.5 gram protein iaitu jumlah yang tinggi bagi tumbuhan. Edamame mengandungi kesemua amino asid yang diperlukan oleh badan, tidak seperti tumbuhan lain. Namun ianya tidaklah dapat menandingi protein daripada sumber haiwan.

2-Tak Menaikkan Gula Dalam Darah

Edamame adalah rendah karbohidrat dan mempunyai nilai Glycemic index (GI) yang rendah tidak membuatkan kadar gula dalam darah meningkat dengan mendadak. Ianya sesuai untuk penghidap diabetes.

IKLAN

Edamame, ‘Snek’ Sihat & Sedap, Rebus Dahulu Sebelum Makan

3-Kaya Vitamin, Mineral dan Serat

Edamame mengandungi kadar folate dan vitamin K yang lebih tinggi daripada kacang soya matang. Ia juga kaya dengan thiamine, riboflavin, iron, copper, dan manganese serta turut mengandungi serat yang tinggi.

IKLAN
4-Tinggi Kandungan Isoflavones

Isoflavones ialah sejenis kompaun tumbuhan. Terdapat kajian pemerhatian (observational studies) yang mengaitkan pengambilan Isoflavones dapat mengurangkan risiko kanser payudara, osteoporosis, dan simptom sampingan menopause. Namun lebih banyak kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkannya.

Baca Sini Juga:
Mangga, Super Hebat, Ada Lebih 20 Vitamin & Mineral Berbeza!
Khasiat & Manfaat Kacang Buncis Yang Perlu Kita Tahu

IKLAN

Cara Masak Dan Makan Edamame

Edamame boleh direbus bersama secubit garam selama lebih kurang 3 hingga 5 minit. Picit kulit untuk mengeluarkan isinya dan boleh terus dijadikan snek. Ianya boleh juga dimasukkan ke dalam salad, sup atau lain-lain masakan yang dirasakan sesuai.

Edamame, ‘Snek’ Sihat & Sedap, Rebus Dahulu Sebelum Makan

Sumber: Syaza Nutritionist

Follow Mingguan Wanita
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita