“Dulu rasa tak mampu.” Selepas 12 tahun, deko sikit demi sikit dan ini hasilnya. Memang cantik, kemas dan tenang mata memandang.
Perkongsian Puan Siti Fatimah Ahmad di pages Kelab Kaki Deko mendapat perhatian ramai kerana ilham dekorasi yang sedikit demi sedikit sejak 12 tahun lalu menghasilkan dekorasi yang sangat wow.
Rata rata komen dari netizen cukup teruja dan segelintir daripada mereka menjadikan Puan Siti Fatimah sebagai pemangkin semangat untuk mereka menghias kediaman sendiri.
Dulu Rasa Tak Mampu
Alhamdulillah…. Sikit demi sikit mendekorasi, selepas 12 tahun baru dapat hasil macam ini. Masa mula masuk rumah dulu, sofa pun tak ada.
Buat yang mana penting dulu macam kitchen cabinet, siling kapur dan grill. Perabot dan lain lain beli sikit, sofa pun beli yang terpakai.
Maklumlah sebab bukan berduit sangat. Tapi semangat hendak mendeko itu buat saya berusaha lebih dan jadikan motivasi untuk lebih bekerja keras.
Saya suka rumah yang bersih kemas dan cantik. Sebenarnya, harga perabot bukanlah ukuran tetapi kalau mampu apa salahnya demi kepuasan diri. Apa pun dekolah ikut kemampuan masing masing….
Ucaplah perkataan yang baik baik, insyallah mana tahu suatu hari nanti ada rezeki kita.
Deko Sikit Demi Sikit Ini Hasilnya
Saya dulu pun rasa tak mampu bila tengok sofa cantik, tapi saya berazam untuk dapatkan sesuatu.
Ads
Cukuplah coretan dari kami orang jelapang padielok dak deko kami hampa. Kami bukan tauke beras na, kami hanyalah suri rumah sambil berniaga online.
Komen Netizen:
Mingguan Wanita : Sebenarnya dalam dekorasi ini, paling penting adalah minat dan usaha. Walaupun tak mampu, usahakan deko mengikut kemampuan sendiri. Seronok bila balik ke rumah, rumah dalam kemas dan cantik.
Memang ‘sakit mata’ bila lihat kuali berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Malah ada pelbagai tip dan petua untuk bersihkan bahagian belakang kuali ni.
Rupanya guna cuka dan baking powder pun boleh, tanggalkan kerak hitam pada belakang kuali ni. Hasilnya memang bersih dan berkilat. Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Sue Yusoff ini sebagai rujukan.
“Bukan nak share resepi masakan kee apa. Dengan bahan nih boleh dapat kuali berkilat.”
Yang tengah tu tak dan perabis dah nak tonyoh, anak melalak lapaiq dahh..
Dalam 15 minit jaa tonyoh.
Bahan-Bahan:
Cuka
Baking powder
Caranya:
Bancuh baking powder pekat sikit
Lumur dekat kuali, curah cuka biaq sat 5 min
Boleh laaa mula tonyoh.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, payah nak bersihkan jadi berkilat tu boleh cuba petua dan cara berkesan yang dikongsikan ini.
Khas buat golongan mak-mak, antara air dan elektrik, mana satu anda rasa paling sengsara kalau bekalannya terputus??? Cer jawab, mungkin segelintir mak-mak lebih rela tak ada air daripada tiada elektrik. Saya pula memilih adalah lebih baik kedua-duanya tidak pernah terputus sesaat pun. Hahaha…
Sehari, dua ini mak-mak di sesetengah kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda resah apabila bekalan air terputus. Bekalan air yang pada awalnya dijangka hanya terganggu selama tiga hari menjadi episod ngeri apabila menjadi enam hari. Golongan ibu terutamabnya memiliki anak yang ramai dan masih kecil antara individu paling cemas ketika ini.
Terpandang sahaja air, ibarat nak berlari maklumlah di rumah masing-masing bekalan air hanya bergantun g kepada tangki dan juga air tadahan yang sedang menyusut.
Saya sendiri tidak terkecuali, walaupun sejak telah mempersiapkan diri menadah air sama ada untuk mandi dan air tapis untuk diminum dan masak, tetapi akhirnya tidak cukup juga untuk bekalan dua dewasa dan empat kanak-kanak kecil di rumah.
Walaupun sedari awal, aktiviti memasak dihentikan serta-merta bimbang air tadahan habis, itu belum dicatu bilangan gayung untuk mandi dan meminta suami mandi di pejabatnya sebelum pulang ke rumah. Hari pertama hingga ke tiga, segalanya berjalan lancar.
Tetapi menjelang hari ke empat apabila air tangki habis langsung, dan tatkala membuka pili, hanya bisikan angin sahaja kedengaran. Aku selaku ibu rumah terus cemas secemasnya. Paling bimbang bila air untuk cebukkan anak habis langsung dan air minum untuk buat susu anak pula habis. Ini antara stok wajib air simpanan.
Dalam berfikir-fikir panjang, akhirnya kami suami, isteri sepakat untuk mandi di masjid bersama anak-anak. Jadi air tadahan yang sedikit itu boleh disimpan untuk buang air dan sebagainya. Hari ini mungkin saya akan mandi dahulu sebelum balik rumah petang nanti. Jadi kuranglah bahagian seorang, kikiki.
Antara tip yang perlu anda lakukan apabila tak ada air di rumah.
1. Hentikan acara memasak di dapur, beli sahaja untuk jimatkan air.
2. Basuh baju di dobi sahaja, jangan mengada-ngada cuci di rumah.
3. Simpan air secukupnya termasuklah dalam tong besar untuk mandi dan buang air.
4. Simpan jua air dalam botol mineral untuk mudahkan anak anda membawanya ke sekolah.
5. Gunakan pinggan, mangkuk pakai buang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu kecewa impian anak bergelar perenang hancur, hidup kerap berdarah ditampar guru. Seorang ibu, Syahmina Mohd Azim menzahirkan rasa kecewa, sedih dan marahnya berikutan tindakan guru yang menampar dan menumbuk belakang kepala anaknya, Amirul Akil bin Mohd I’zzat Emir, 11 tahun pada akhir persekolahan tahun lalu. Ekoran kejadian itu, dirinya mahukan keadilan buat anaknya
Kejadian tampar dan tumbuk itu terjadi kerana anaknya secara tidak sengaja telah tersentuh belakang gurunya kerana hampir terjatuh.
Ekoran kejadian itu, guru tersebut bertindak menampar Amirul Akil termasuk menumbuk dari belakang kepalanya sekaligus mengakibatkan hilang keseimbangan ketika menjalani latihan renang selain hidungnya kerap berdarah secara tiba-tiba.
Ibu Kecewa Impian Anak Bergelar Perenang Hancur
Berkongsi kisah mengecewakan ini di media sosialnya di mana laporan polis telah dibuatnya, Syahmina memaklumkan, impian anaknya untuk bergelar perenang negara seakan terpaksa dilupakan ekoran tindakan guru tersebut.
Luahnya, “hari ni, anak kecil usia 11 tahun terpaksa melupakan dan mengorbankan semangat dan harapan ke Sukma dan Sukan SEA dalam acara akuatik renang.
“Setengah tahun jalani latihan sangat intensif, high impack dan berjaya mencapai masa ditetapkan jurulatih serta satu-satunya melepasi masa kebangsaan, tapi akhirnya impian ini kecundang.
“Anak saya mewakili Kerian serta mempunyai ID Malaysia dalam acara akuatik terpaksa melupakan impiannhya kerana setiap kali menjalani latihan dirinya hilang keseimbangan, hidung berdarah, kepala sakit selain kerap berdengung.
“Dirinya berikan yang terbaik. Demi lencana Malaysia tapi hancur begitu sahaja!!! tulisnya.
Kongsi Syahmina lagi, selepas dicederakan pada 10 Disember tahun lalu, tiga hari selepas kejadian, Amirul Akil muntah tanpa henti, sakit kepala, hidung berdarah dan mereka telah membawa anaknya ke doktor pakar.
“Kesan pemeriksaan, ada “nose bleeding” disebabkan darah beku di sekeliling telinga di bawah kulit. Sakit kepala, muntah demam kerana sarafnya bengkak selain ada kecederaan multiple soft tissue injury.
“Bahagian bengkak pulak ( pipi kanan, telinga kanan, belakang telinga kanan, belakang kepala dan tengkuk). Rahang kanan bengkak sebabkan kesukaran dan sakit kunyah makanan, terjadi hypo sebab kurang makan.
Tambahnya, ekoran anaknya masih tidak sihat, beberapa hari selepas itu, Amirul Akil dibawa ke Hospital Taiping.
“Alhamdulillah lega bila buat CT scan dan x-ray kali kedua, tiada ada apa-apa yang tidak normal. Malah anak tak mampu ikuti kejuaraan sedangkan beribu duit sudah dikeluarkan.
“Demi untuk pembelaan ke atas anak kami sendiri. Tak berhenti kat situ. Keadaan kesihatan Amirul Akil makin hari makin merosot. Juga sebulan dah tak ke sekolah.
Sampai la ke hari isnin 13/1/2025 terpaksa juga bawa ke Hospital Taiping sebab muntah tak berhenti, kepala sakit, telinga berdengung.
“Dia sendiri minta bawakkan ke hospital sebab tak mampu nak bertahan. Sampai dekat kecemasan, suhu naik sampai 39.4. Terkejut kami sedangkan dia langsung tak demam waktu dalam perjalanan.
“Sampai dekat hospital, diperiksa dan diteliti. Doktor beritahu, simptom dan gejala. Tiada ubat. Hanya boleh diredakan sahaja. Kesan tamparan dan tumbukan tersebut menjadikan gegaran di salur separuh bulat telinga (cochlear concussion) sama simptom macam gegaran otak.
Dalam pada itu, Syahmina menjelaskan, ada dua kemungkinan terjadi terhadap kesihatan anaknya.
“Boleh baik namun ambil masa yang agak lama. Atau kemungkinan besar tidak baik sama sekali.
Tulisnya lagi, patutlah kadang anak aku jalan elok.
“Kadang tidak, terhoyang hayang langgar segala perabut dalam rumah. Belum lagi sakit kepala yang tak pernah berhenti selain hidung yang kerap berdarah. Ya Allah.. gugur jantung ni.
“Airmata aku nie sebagai mak nie tak mampu nak sekat lag. Menangis memikirkan masa depan anak aku sendiri. Sebagai perenang, itu adalah anggota badan yang sangat sensitif.
Silap haribulan boleh blackout dalam air dan meninggal.
Akhirinya, “semoga anak aku mendapat keadilan yang sewajarnya. Jika ada rasa simpati, mohon juga pihak yang terlibat dapat menunjukkan rasa bertanggung jawab sesama insan. Janganlah lepas tangan. Kredit :- FB Syahmina Mohd Azim.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Aura kecantikan Tiffany Young ibarat bidadari, kulitnya begitu berseri-seri sehingga memukau setiap mata yang memandang. Artis antarabangsa yang juga dikenali sebagai ahli k-pop group...