Ads

Dulu Pam Susu Jadi Beban, Kini Wanita Sibuk Mahu Yang Lebih Praktikal & Selesa

Di sebalik senyuman dan rutin harian yang mula kembali sibuk, ramai wanita sebenarnya sedang menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan baharu termasuk proses penyusuan yang tidak selalu mudah seperti disangka.

Bagi wanita yang memilih untuk menyusukan anak sepenuhnya, cabaran bermula lebih awal daripada itu. Ada yang bergelut dengan penghasilan susu yang perlahan, ada yang berdepan masalah bengkak susu, malah tidak kurang juga yang merasa tertekan apabila proses mengepam menjadi menyakitkan dan meletihkan.

Kolostrum, Pam Sedikit Tapi Sangat Bernilai

Ramai wanita mungkin pernah tertanya-tanya mengapa susu pada hari-hari awal kelahiran kelihatan sedikit dan lebih pekat. Sebenarnya, itulah kolostrum iaitu susu terawal yang kaya dengan antibodi dan nutrien penting untuk bayi baru lahir.

Menurut pakar perunding farmasi dan kesihatan, Fontaine Fong Mei Ling, kolostrum mempunyai tekstur lebih likat berbanding susu matang dan memerlukan pendekatan berbeza ketika proses pemerahan.

“Fasa kolostrum mempunyai ciri fisiologi yang berbeza. Ia memerlukan rangsangan yang lebih lembut, bukannya sedutan terlalu kuat,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kolostrum kaya dengan Immunoglobulin A (IgA) dan laktoferin yang membantu menyokong sistem imun bayi pada peringkat awal kehidupan.

Disebabkan itu juga, ramai ibu baru mudah merasa kecewa apabila merasakan susu “tak keluar banyak”, sedangkan tubuh sebenarnya sedang menghasilkan kolostrum dalam kuantiti kecil tetapi sangat padat dengan khasiat.

Ads

Dulu Wanita Perlu ‘Berkorban’, Sekarang Teknologi Pam Susu Lebih Membantu

Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, pengalaman ibu menyusu hari ini sudah pun banyak berubah seiring perkembangan teknologi.

Dulu, kebanyakan pam susu bersaiz besar, berbunyi kuat dan memerlukan ibu duduk statik untuk tempoh lama. Ada yang terpaksa bersembunyi di stor pejabat atau masuk ke dalam kereta semata-mata untuk mengepam susu dengan selesa.

Hari ini, ramai ibu bekerja mula mencari solusi yang lebih praktikal — ringan, mudah dipakai dan tidak mengganggu rutin harian. Atas keperluan itu, Mamaway memperkenalkan iLatch Wearable Breast Pump R3 Pro, pam susu boleh pakai yang direka untuk membantu ibu melalui proses penyusuan dengan lebih selesa dan fleksibel.

Ads

Apa yang membezakan peranti ini ialah penggunaan teknologi pemanasan terkawal bersama bio-gelombang inframerah jauh (FIR) yang membantu merangsang aliran susu secara lebih semula jadi tanpa terlalu bergantung kepada sedutan tinggi dimana ianya dilihat lebih sesuai terutama ketika fasa awal penyusuan apabila payudara masih sensitif dan ibu sedang menyesuaikan diri dengan rutin baharu sebagai seorang ibu.

Wanita Mahu Praktikal, Bukan Sekadar Pam Susu Canggih

Hakikatnya, kebanyakan wanita hari ini tidak mencari produk yang terlalu kompleks. Apa yang mereka perlukan ialah sesuatu yang benar-benar memudahkan kehidupan seharian.

Boleh digunakan sambil bekerja, tidak perlu dipegang sepanjang masa dan memberi keselesaan ketika mengepam — itu antara perkara yang sering menjadi keutamaan ibu moden.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Ramai wanita kini lebih menghargai teknologi yang membantu mengurangkan tekanan harian berbanding sekadar menawarkan fungsi tambahan yang jarang digunakan. Dalam dunia serba pantas hari ini, sokongan kecil seperti proses mengepam yang lebih selesa sebenarnya boleh memberi perbezaan besar terhadap emosi dan keyakinan seorang ibu. Bukan itu sahaja, sempena meraikan ibu, Mamaway turut memperkenalkan pakej promosi yang berbaloi berserta dengan hadiah eksklusif. Info lanjut boleh layari laman web Mamaway.

Penyusuan Bukan Tentang Kesempurnaan

Walaupun media sosial sering memaparkan gambaran motherhood yang indah dan sempurna, realitinya perjalanan setiap ibu sangat berbeza.

Ada hari yang mudah, ada hari yang memenatkan. Ada ibu yang mempunyai lambakan susu, ada juga yang perlu berusaha lebih keras untuk memastikan bayi mendapat susu ibu secukupnya. Apa yang penting, ibu tidak perlu merasa bersalah sekiranya perjalanan penyusuan mereka tidak sama seperti orang lain.

Dengan sokongan pasangan, ilmu yang betul dan bantuan teknologi yang semakin berkembang, ramai wanita hari ini dapat menjalani pengalaman penyusuan dengan lebih tenang dan yakin.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ibu Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Anak Di Rumah Pengasuh, “Tergamak Tinggalkan...

Ibu Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Anak Di Rumah Pengasuh