Dulu Kopi Dalgona, Sekarang Giliran Kek Dalgona pulak Viral, Super Yummy!

Share

Tak lama dulu, viral pasal Dalgona coffee. Boleh baca link ini;https://www.mingguanwanita.my/dalgona-latte-kopi-korea-viral-senang-whisk-pakai-garfu-pun-boleh/. Sekarang timbul pula resipi kek Dalgona yang super sedap.

Pasti kek ini akan menjadikan idaman keluarga kerana rasanya yang sedap dan teksturnya yang lembut. Kredit resipi asal: Azlina Ina, diolah & diadaptasi oleh: Raihatul Wardah @ raihawardah.

Silalah cuba ye, pasti termimpi-mimpi akan kesedapannya!

RESIPI KEK DALGONA

Bahan A (Bahan untuk krim Dalgona):

1 sudu besar Nescafe original

3 sudu besar gula pasir/kastor

3 sudu besar air panas  (betul2 panas)

* kesemua bahan A dikacau dengan mixer sehingga kembang. Kacau ketika air masih panas supaya adunan lebih mudah kembang.

 Bahan B:

3 biji telur A

1 cawan gula kastor (kurangkan sekiranya tak suka manis)

1/2 cawan susu segar/full cream/santan

1 cawan minyak jagung

Bahan C:

2 cawan tepung naik sendiri/ tepung gandum (perlu tambah satu sudu teh baking powder)

* Sekiranya nak dikukus, perlu letak  baking soda.

Cara Membuat:

Bahan A: Satukan Nescafe, gula dan air panas kemudian adun menggunakan hand mixer sehingga kembang. Ketepikan.

Bahan B: Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula, diikuti minyak jagung dan susu. Putarkan bahan-bahan tadi sehingga sebati dan kembang.

Kemudian masukkan pula Bahan C yang telah diayak ke dalam adunan tadi dan adun lagi. Setelah adunan sebati, masukkan bahan A yang telah diadun kembang tadi. Gunakan cara kaup balik dengan menggunakan senduk.

Panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu sebelum membakar. Alas loyang saiz 7 @ 8 inci, lapik dengan baking paper. Letakkan minyak di atas baking paper supaya tidak melekat. Setelah itu masukkan loyang ke dalam oven dengan suhu 160 darjah Celsius selama 45-50 minit. (Suhu adalah mengikut oven masing-masing). Kalau kukus, masa lebih kurang 40 minit.

Nak pastikan kek betul-betul masak, cucukkan lidi di tengah-tengah kek. Sekiranya lidi tersebut bersih dan tiada sisa kek pada lidi bermakna kek sudah benar-benar masak.

Setelah kek masak dan sejuk, boleh hiaskan dengan snow powder dan juga sos coklat ataupun apa saja yang sesuai dan digemari. Kemudian bolehlah potong..Hmm..lazat tak terkata!

 

 

IKLAN