Duit syiling letaklah dalam ‘freezer‘ jika meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama. Sesuai sangat tip ini dipraktikkan ketika pergi bercuti atau pulang ke kampung semasa musim perayaan dalam tempoh yang lama.

Apabila kita meninggalkan rumah dalam jangka waktu yang lama, sudah tentulah kita akan tutup semua lampu-lampu dan plug untuk keselamatan selain mengelak pembaziran. Kebiasaannya kita tidak akan menutup suis peti sejuk dan dibiarkan selama 24 jam bagi menjamin kesegaran makanan yang ada dalam peti sejuk.

Duit Syiling Letak Dalam ‘Freezer’ Sebelum Bercuti, Balik Kampung

Namun apa yang akan terjadi jika dalam masa lima hari kita tinggalkan rumah, rupa-rupanya tiga hari pertama itu rumah kita ‘blackout’ tapi semasa kita sudah balik, elektrik sudah kembali pulih.

Apa yang terjadi pada peti sejuk kita sepanjang tiada elektrik? Berikut perkongsian daripada Rizzal Abdullah.

Ramai orang tidak tahu apakah tujuan sebenar perkara ini dilakukan. Perkara ini sangat penting tapi ramai yang tidak buat. Sebenarnya jika kita meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama, kita tidak tahu bilakah kalau ada gangguan bekalan elektrik di rumah? Kalau ada gangguan bekalan elektrik kita sendiri pun tidak tahu berapa lama sebelum elektrik sambung balik?

Artikel berkaitan: Pintu Peti Sejuk Tak Rapat, Tukar Sendiri Getahnya Jimat RM100 Tak Perlu Upah!

Simpan Buku Dalam FREEZER, Timbulkan Tulisan Hilang Guna Pen Dakwat Basah

Pernah tak kita terfikir tentang stok barang basah seperti ayam, ikan, daging dalam peti sejuk? Nugget, sosej dan daging burger pula bagaimana? Kalau bekalan terputus selama 2-3 jam tidak mengapalah bagaimana pula kalau sehari suntuk atau berhari-hari? Kita mesti fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Duit Syiling Letak Dalam ‘Freezer’ Sebelum Bercuti, Balik Kampung, Ada Sebab Kena Buat
Kredit foto: Freepik

Ada Sebab Kena Buat

Kalau semua bahan-bahan mentah itu sudah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Selepas elektrik sambung semula, peti sejuk (freezer) akan bekukan semula semua bahan-bahan mentah itu. Mungkin ada bahan-bahan itu sudah rosak dan kita tidak perasan.

Betul juga. Kalau tak perasan rasa macam masih elok lagi (sebab masih beku), masak buat kari selepas itu makan. Bahan mentah yang telah rosak akan menyebabkan keracunan makanan.

Duit Syiling Letak Dalam ‘Freezer’ Sebelum Bercuti, Balik Kampung, Ada Sebab Kena Buat
Kredit foto: Freepik

Apa kaitan dengan duit syiling?

Jika hendak tinggal rumah dalam tempoh yang lama, jangan lupa letak duit syiling dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku (freezer).

Barang yang diperlukan:

Syiling
Gelas plastik yang lut sinar
Air

Apa perlu buat:

Duit Syiling Letak Dalam ‘Freezer’ Sebelum Bercuti, Balik Kampung, Ada Sebab Kena Buat

*Mula-mula isi air dalam gelas plastik 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.

*Selepas itu letak duit syiling di atas ais itu.

*Setiap kali balik ke rumah selepas cuti panjang, check syiling dalam gelas itu.

*Kalau syiling itu masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!

*Tapi kalau syiling itu di lantai bekas (bahagian bawah bekas) bermakna ais itu sudah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.

*Buang sahajalah semua bahan makanan atau minuman yang berkemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.

Islam sangat mengambil berat tentang permakanan yang baik, bersih, suci, selamat serta halal. Makanan merupakan suatu keperluan asas harian yang diperlukan oleh manusia. Maka sebab itulah kita perlu menitikberatkan soal kebersihan sumber makanan serta ianya selamat dimakan atau tidak.

Moga perkongsian ini membantu kita memelihara kesihatan kerana Islam sendiri amat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan. Sumber makanan yang baik juga mencerminkan keperibadiaan seseorang insan.

Sumber kredit: Rizzal Abdullah

Baca lagi: Ketahui Cara Betul Kekalkan Kesegaran Ikan Yang Disimpan Dalam Freezer, Boleh Tahan Berbulan!

Ketahui Cara Betul Kekalkan Kesegaran Ikan Yang Disimpan Dalam Freezer, Boleh Tahan Berbulan!

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI