Simpan Buku Dalam FREEZER, Timbulkan Tulisan Hilang Guna Pen Dakwat Basah

Pernah tak mak ayah, alami kejadian ini. Tulis nota penting dalam buku guna pen dakwat basah. Tertinggal buku dalam kereta, akibat haba panas, tulisan itu hilang. Sudahlah itu nota penting, susahnya hati jangan cerita.

Lelaki ini, Muhd Bazli Zakaria berkongsi petua cara nak timbulkan semula tulisan yang hilang itu. Dan dia sudah pun mencuba, terbukti berjaya.

 

 

Tulisan Hilang Dari Nota, Tulis Guna Pen Dakwat Basah

Pagi tadi saya ada post mengenai buku nota saya yang tulisannya hilang disebabkan kena haba panas masa letak dalam kereta. Nota tersebut ditulis menggunakan pen berdakwat basah yang boleh padam.

Ada seorang sahabat Fb saya komen iaitu saudari Siti Fatimah Abd Hamid membantu dan mencadangkan untuk letak buku tersebut dalam freezer.

Petua ini pernah juga dicuba oleh seorang guru yang mana anak muridnya menulis karangan dengan menggunakan pen yang boleh padam.

IKLAN

Selepas saja saya dapat tahu letak dalam freezer saya pun apa lagi, terus buat.

Biasanya saya jarang nak percaya. Tapi disebabkan sayang sangat nota dalam tu, saya buat terus tanpa fikir panjang.

Selepas 30 minit letak dalam freezer, saya pun buka untuk tengok balik.

Akhirnya!

 

IKLAN

Selepas 30 Minit Dalam Freezer, Tulisan Dalam Nota Muncul

Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat. Semua tulisan yang sebelum ni hilang sudah timbul kembali.
Rasanya kalau letak lama lagi dalam freezer ni, mesti yang muka surat kosong pun boleh timbul tulisan.

Lepas ni saya tekad dah takkan guna pen dakwat basah untuk tulis perkara penting. Pakai pen mata bulat lebih selamat.

Oh ya, tengah-tengah saya tulis posting ni, saya tunjuklah kepada anak saya yang buku saya sebelum ni dah ada tulisan balik. Sebab mereka semua memang tahu yang tulisan sebelum ni hilang.

Waktu saya tunjuk dekat mereka tu, semuanya tengah buat kerja sekolah, tiba-tiba si abang laju je dia bangun,

IKLAN

Nak letak dalam peti jugalah. Nanti ada tulisan.”Haha.

Dia semangat nak letak dalam freezer tu sebab dia tak nak buat kerja sekolah. Harapannya bila letak dalam tu timbullah tulisan kerja sekolahnya. Haha.

Bertuah punya anak.

MW : Berguna kan petua ini. Lagi-lagi untuk mak ayah yang pernah alami tulisan hilang selepas tulis guna pen dakwat basah.

Artikel berkaitan : Kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan duit syiling dalam freezer. Ini sebabnya..

Sumber/Foto : Muhd Bazli Zakaria, Kena buat kenduri kesyukuran ni.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI