Duduk Rumah Flat Tiada Laman, Masih Boleh BERKEBUN Secara Self-Watering, Gantung

Share

Walaupun duduk di rumah flat yang tiada laman, mak ayah sebenarnya masih boleh meneruskan hobi berkebun. Tanam sayuran dengan kaedah gantung dan self watering.

Cnioryta Orkid berkongsi tip berkebun di rumah flat yang tiada laman dan hasil tanaman gunakan kaedah gantung pada ampaian baju.

Apa yang diperlukan adalah :

Media tanam : Cocopeat 100%
Baja : Antaranya baja AB, baja kopi amino 888, ezigrow dan tinja ayam dan diproses. Gunakan ikut keperluan. Ada juga menggunakan baja buatan sendiri iaitu MOL BAWANG

.

Cara Tanam Sayuran Dengan Kaedah Gantung

Sediakan pasu dan anak pokok.

Ini sabut kelapa, saya alas bawah pasu supaya bila siram media tanam tak turun ikut lubang. Boleh cari sabut kelapa di nurseri.

Media tanam, cocopeat. Letak atas sabut kelapa tadi.

Saya semai guna cawan minum ni. Bila nak pindahkan, saya korek media tanam dan ukur cawan dulu.

Akan jadi macam ni.

Masukkan terus dalam lubang dah korek tadi.. Bukan ape.. malas nak kecah-kecah.

Tutup lah dengan serpih kayu ni. Selain menutup permukaan, dia juga tujuannya menyokong anak benih.

Gantunglah beliau-beliau.. Tunggu lah 3 minggu++

Hasil Sebelum Dan Selepas

Sebelum
Selepas

Tips :

√    Selepas dan selepas. Saya tak guna yis ya untuk buat baja. Dia memang gebu sokmo. Tak de lah.. Tips dia, satu pasu tu letak lah dalam 5 pokok.

√    Yang bulat-bulat tu LECA tujuan untuk tutup permukaan media tanam supaya tak cepat kering, disebabkan saya guna cocopeat yang mana sifat cocopeat cepat kering. Sama juga lah fungsinya dengan serpih-serpih kayu tu.

Antara Sayuran Ditanam Di Rumah Flat, Kaedah Gantung

Pudina, tanam secara digantung.
Salad oak leaf. Rasanya manis.
Salad
Sawi kerinting dan biasa.
Lettuce
Dwarf lettuce
Pakchoi (depan) dan sawi kerinting (belakang).
Kailan.. Manis kailan ni.. Kalau nak beli cari benih kailan hongkong ya.

MW : Nampak subur salad ditanam dengan kaedah ini. Bolehlah dicuba kelak.

Baca sini : tanam sayuran hidroponik guna botol mineral.

Sumber/Foto : Cnioryta Orkid

IKLAN