Tahniah Mingguan Wanita ucapkan buat pelakon Datin Niena Baharun yang selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang juga merupakan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Niena mendirikan rumah tangga dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adiel Mikael yang kini berusia dua tahun.
Ads
Ibu ini juga turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya bersama muat naik foto pertamanya dengan permata hatinya itu.
Tanggal 24 Oktober Cukup Istimewa
Menariknya, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu berkata, tarikh kelahiran anak keduanya itu jatuh pada tarikh yang sama dengan cahaya mata sulungnya iaitu pada 24 Oktober, selain disambut doktor yang sama.
Ads
“Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur. Pada tarikh yang sama, tempat yang sama dan doktor yang sama.
“Our little girl is born, 24.10.2020,” ujarnya.
Dalam perkongsian sama, Niena turut meluahkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih di atas ucapan serta doa yang dikirimkan buat dirinya dan keluarga.
Dua Biji Kek Hari Jadi Buat Tersayang
Ads
Bukan itu saja malah menerusi perkongsian yang lain Niena telah memuat naik gambar-gambar sambutan hari jadi buat kedua anak kesayangannya yang diatur oleh suaminya. Dua biji kek disediakan buat cahaya mata mereka dan diraikan di dalam wad.
“Thank you Allah for everything. #doublecelebration #24102018 #24102020” kongsi Niena lagi.
Farah Nabilah Saipuddin, 28 atau lebih mesra dengan pangilan Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor pagi semalam.
Pelakon yang popular dengan drama lakonannya seperti Titian Cinta, Papa Ricky dan Halalkan Hati Yang Ku Curi telah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29, pada 20 Disember 2019.
Menerusi perkongsian di entri akaun Instagramnya, Farah memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi wajah dan nama putera sulungnya itu buat sementara waktu.
“Syukur Alhamdulillah Fawaa (Farah) telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi (semalam), 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442.
“Fawaa akan kongsikan nama and wajahnya bila tiba masanya ya,” kongsinya.
Semoga Allah Merahmati Kita Semua
Pelakon ini juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan buat mereka sekeluarga selama ini.
“Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kegembiraan terutamanya dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” luahnya.
Tahniah MW ucapkan buat Farah Nabilah dan suami. Selamat menjalani tempoh berpantang.
Seperti yang diketahui umum pelakon bertubuh genit Noorkhiriah Ahmad Shapie dan suami, Azfaizul Ahtan menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma diberikan kepada semua golongan namun keutamaan kepada golongan asnaf dan orang susah.
Tiada bayaran dikenakan dan sekiranya sumbangan diberikan, pihaknya akan menjadikan ia sebagai kos penyelenggaraan dan pengurusan.Sememangnya usaha Noorkhiriah dan suami begitu mulia.
Menerusi hantaran entri di akaun Instagram Noorkhiriah baru-baru ini menerangkan bahawa niat murninya yang dilakukan adalah sebagai ‘bekalan’ untuk ditinggalkan sesudah meninggal dunia nanti.
“Sblm lena akak nak ingatkan..Van kat atas adalah untuk kegunaan semua tak kira tua,muda,miskin,kaya…PERCUMA..dari pihak akak & suami buat semua..jangan tanya lagi dah..penat nak jawab..Alhamdulillah..setakat ini Allah permudahkan sangat2..tak byk,sikit tetap cukup..jangan risau pada yg tak mampu..InshaAllah kami bantu..hantar ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan Kerjasama @amalvalley @zainolmohdzulhairi #amalteam..
“Percayalah..Tidak Akan Miskin Anak Adam..Dengan Bersedekah..Akak Tak Kaya Dik..Tapi Sebelum Meninggal Akak Nak Tinggalkan Sesuatu..Semoga Allah Pandang Usaha Kecil Ini..wpun akak tukang post aje kat IG..bukan yg anta KES..harap adalah Pahala wat akak..tkasih sekali lagi pada yg menyumbang..semoga Allah membalas kebaikan kalian..aamiin yra..”
#perkhidmatanvanjenazahpercuma
#nurbykhiriah
#amalteam
#ertihiduppadamemberi
Terima Kasih Pada Yang Menyumbang
“Assalamualaikum..ini cite minggu lepas..berezekian hantar Jenazah ke Muar..betul2 kuburnya tepi jalan..Perkhidmatan Van Jenazah Percuma Ini Untuk Yg Memerlukan..Percuma Saja sb masih ada yg tak percaya & tkasih pada yg tak putus menyumbang..semoga Allah membalas segala kebaikan kalian..buat @amalvalley tkasih tak terhingga atas kerjasama bantuan dari kalian..korang memang terbaik..begitu juga dengan Mr @dino_fairuz tetap setia bersama membantu Encik Suami akak”
Allah Permudahkan Urusan
“Terima Kasih semua atas doa…semoga Allah permudahkan semua urusan kita di dunia dan juga di sana kelak,InshaAllah…aammen yra”
Penyanyi yang berasal dari Sabah, Ayu Damit merupakan seorang yang sangat rajin, Selain menyanyi, Ayu yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu merupakan seorang yang aktif berniaga.
Terbaru Ayu membuka sebuah kedai makan yang diberi nama Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.
Isteri kepada Syed Fauzi Syed Baharuddin ini merupakan seorang wanita yang tidak boleh duduk diam.
“Saya buka restoran ini dengan rakan kongsi. Ini bisnes keempat yang saya ceburi selepas menjual cili, kuih bahulu dan sate.
“Saya pilih nama Tok Mak sebagai simbolik masakan turun-temurun daripada nenek ke cucu. Pelbagai menu disediakan termasuk hidangan Barat dan Jawa termasuk dari Sabah,” katanya.
Ayu berharap karier seni dan perniagaan yang diusahakan mencapai kejayaan diharapkan.
“Saya juga mahu menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu penyayang untuk anak-anak,” katanya.
Teruja Jadi Peserta GV7
Sejak mula program Gegar Vaganza (GV) diperkenalkan, penyanyi Ayu Damit tidak pernah ketinggalan untuk menyertai sesi ujibakat dengan harapan terpilih menjadi salah seorang peserta.
Bagaimanapun selama enam musim lalu, rezeki belum menyebelahinya sehinggalah dipanggil untuk beraksi dalam GV7 yang bakal membuka pentas persaingan bermula 11 Oktober depan bersama 13 lagi peserta lain.
Ayu sendiri mengakui tidak menyangka namanya tersenarai pada musim ini.
“Banyak kali saya hadir sesi uji bakat dan hampir setiap tahun mengharap agar terpilih menyertai program ini. Alhamdulillah rezeki saya tiba pada musim ketujuh dan ia cukup bermakna buat saya kerana penantian saya selama ini berbaloi.
“Terus-terang saya cakap, walaupun beberapa kali gagal tersenarai sebelum ini, saya tidak pernah berputus asa, malah sentiasa ada keinginan untuk cuba lagi dan lagi sehingga saya dapat,” ujar Ayu tanpa berselindung.
Menurut Ayu, dia tekad untuk mencuba nasib di pentas GV kerana percaya ia merupakan satu platform yang mampu memberikan impak positif dalam kerjaya seninya selepas ini.
“Bagi saya, GV satu-satunya pentas yang memberi peluang kepada seseorang penyanyi untuk menunjukkan kebolehan mereka menyanyi pelbagai genre lagu dan dinilai.
“Itu antara sebab kenapa saya nak sangat masuk GV dan beraksi di pentas itu kerana saya mahu mencari apa sebenarnya yang saya ada.
“Biarpun saya masih aktif menyanyi di sana sini, namun permilihan lagu dalam persembahan tersebut hanya berlegar sekitar genre lagu yang saya biasa bawa, tiada cabaran kecuali bila sesekali ada permintaan berbeza daripada penganjur.
“Jadi hanya pentas GV dapat bagi peluang kepada saya untuk buat kelainan dan berikan sesuatu yang berbeza,” ujar Ayu.
Sokongan Padu Dari Suami
Bagaimanapun, Ayu juga menerangkan dia perlu membahagikan masa dengan sebaiknya untuk melakukan persiapan tanpa menjejaskan komitmennya pada keluarga dan bidang perniagaan yang diceburi.
“Alhamdulillah saya mendapat sokongan padu daripada suami dan dia akan banyak membantu menguruskan hal-hal berkaitan perniagaan yang kami usahakan sebelum ini.
“Kalau ikutkan saya rasa boleh saja buat semuanya macam biasa, tetapi suami mahu saya cukup rehat dan hanya memberi fokus untuk buat persediaan melakukan persembahan di GV7. Saya juga berharap peluang yang ada ini dapat saya gunakan dengan sebaiknya untuk menarik kembali kepercayaan orang terhadap bakat saya,”
sambungnya.
Sumber Foto: Azrul Rafie (Astro) & Instagram Ayu Damit Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!