Dr Sharifah Najwa & Dr Fatin dedah dari bergelar sahabat baik kini ‘business partner’. Persahabatan yang terjalin antara dua wanita hebat ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Dek kerana semangat setiakawan kedua mereka dari rakan sekerja kini ‘business partner’ dan telah membuka sebuah klinik.
Ketika ditemui dua sahabat baik ini memberitahu nama Dr Ana untuk klinik ini merupakan gabungan nama mereka.
“Kami berdua merupakan rakan sekerja dan membuat keputusan bersama-sama untuk membuka rangkaian klinik sendiri. ANA merupakan gabungan nama saya, Fatin Amira dan Dr Sharifah Najwa,” ulas Dr Fatin membuka bicara.
Dr Sharifah Najwa & Dr Fatin Amira Bergelar Sahabat Baik
Mengakui sudah lama saling mengenali, Dr Sharifah Najwa turut mendedahkan saling mempercayai, amanah dan semangat setiakawan membuatkan dirinya cukup selesa bersahabat baik dengan Dr Fatin sekaligus yakin dengan kerjasama ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik dari segi kualiti dan pengurusan kepada semua pelanggan.
Klinik Dr. Ana dan Dr. Ana Wellness & Spa mengumumkan pembukaan cawangan kesebelas mereka di Nilai, Negeri Sembilan. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan jenama ini untuk memberikan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan berkualiti tinggi kepada masyarakat Malaysia.
Ads
Menurut Dr. Fatin Amira, pengasas Klinik Dr. Ana, Nilai dipilih sebagai lokasi terbaru kerana potensinya yang besar.
“Nilai merupakan kawasan yang pesat membangun dengan komuniti yang dinamik. Ia juga berada di lokasi strategik berhampiran KLIA dan Putrajaya, menjadikannya destinasi yang ideal untuk memperluaskan jenama kami. Dengan hab membeli-belah terkenal seperti Nilai 3 dan AEON Mall, kuasa beli di kawasan ini cukup tinggi, memberi peluang kepada kami untuk menyediakan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan pelanggan,” jelas Dr Fatin lagi.
Penuhi Keperluan Komuniti Tempatan
Pembukaan ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan yang semakin meningkat terhadap akses kepada penjagaan kesihatan moden dan inovatif. Klinik Dr Ana terus komited untuk memastikan setiap cawangan mereka menawarkan perkhidmatan berkualiti yang mengutamakan keselesaan dan kepercayaan pelanggan.
Ads
Cawangan Nilai bukan sekadar klinik biasa, malah ia direka sebagai Signature Branch dengan reka bentuk dalaman yang moden, mewah, dan selesa.
“Konsep yang kami bawa di Nilai adalah gabungan rawatan perubatan dan kesejahteraan dengan pendekatan yang lebih holistik. Selain rawatan perubatan standard, kami memperkenalkan perkhidmatan khas seperti terapi relaksasi yang direka untuk memenuhi keperluan komuniti setempat,” kata Dr. Fatin.
Ads
Kembangkan Jenama Ke Peringkat Yang Tinggi
Melangkah ke hadapan, Klinik Dr. Ana mempunyai visi besar untuk menjadi peneraju dalam industri kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia. Menurut Dr. Fatin, mereka merancang untuk memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan ke kawasan strategik lain seperti Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
“Kami juga bercadang untuk memperkenalkan klinik pergigian dan farmasi di bawah jenama Dr. Ana. Selain itu, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jangka panjang, kami merancang untuk membawa jenama ini ke peringkat yang lebih tinggi melalui penyenaraian awam (IPO),” katanya.
Untuk memastikan perkhidmatan yang konsisten di setiap cawangan, Klinik Dr. Ana menekankan latihan berkala kepada kakitangan mereka. Mereka juga mengutamakan maklum balas pelanggan sebagai asas untuk penambahbaikan.
“Kami mempunyai Service Recovery Unit yang khusus menangani sebarang aduan dengan segera dan efisien. Pendekatan ini membolehkan kami mengekalkan kualiti perkhidmatan yang tinggi di semua cawangan,” tambah Dr. Sharifah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lesung batu memang banyak kegunaannya terutamanya dalam menumbuk bahan-bahan untuk dibuat sambal. Meskipun dah ada kemudahan mesin pengisar ‘blender’ namun cara menumbuk tradisi menggunakan lesung batu, tetap menjadi pilihan dan membuatkan masakan menjadi lebih sedap.
Menerusi perkongsian oleh Zamy Purba pesan neneknya supaya lesung batu yang baru dibeli jangan terus digunakan.
Rendam Selama 24 Jam
Sebaliknya pastikan rendam dahulu dalam air selama 24 jam. Ini kerana lesung batu yang baru masih rapuh dan tujuan ia di rendam dahulu bagi mengelakkan lesung batu mudah pecah.Malah lesung batu juga tahan lama.
Selepas lesung batu direndam selama 24 jam.Letakkan pula hampas kelapa yang telah diparut tersebut ke dalam lesung batu tersebut.
Tumbuk hampas kelapa tersebut sehingga bertukar warna. Ia bagi tujuan memastikan tiada lagi habuk-habuk mahupun pasir halus melekat pada lesung batu tersebut.
Mingguan Wanita: Rupanya nak lesung batu tahan lama tak mudah pecah, lepas beli jangan terus guna. Sebaliknya kena rendam dulu selama 24 jam, barulah ia tahan lama.
Minggu ini dah hujung bulan kita meraikan sambutan hari raya, jadi rasanya semua orang masih gigih beraya. Pastinya tiap kali hujung minggu ada sahaja jemputan rumah terbuka hinggakan ‘tak menang badan’ untuk tidak menolak jemputan kawan-kawan.
Boleh dikatakan jemputan kawan-kawan ada yang sampai 4-5 buah rumah. Bagi setiap rumah bukan hanya singgah selama 10 minit sahaja. Paling cepat pun mungkin 30 minit. Borak-borak sambil makan-makan. Ini belum lagi termasuk melayan anak-anak yang hendak makan.
Melayan anak makan nie, bukan apa takut nanti habis ‘berkecah’ rumah orang, satu kerja pulak tuan rumah untuk membersihkan. ‘Tak apalah, biasalah budak-budak’ Mungkin itu yang biasa tuan rumah akan jawab tapi bagi pihak ibu bapa perasaan segan itu mesti ada. Tambahan kalau anak-anak kita nie yang memang kita dah tahu peel diorang macam mana.
Setahun sekali. Inilah masa untuk kita satu keluarga berjumpa kembali sanak saudara mahupun kawan-kawan di jemputan rumah terbuka. Bagi pasangan yang baru berkahwin, tiada masalah untuk menghadirinya tetapi bagi mak-mak yang mempunyai anak lebih daripada seorang. Masa untuk mempersiapkan anak dah satu hal dan ini belum lagi termasuk bila di rumah orang. Rasanya, sukar untuk mengawal anak-anak, terutamanya bila anak yang peramah berjumpa dengan kawan-kawan sebaya dengan mereka.
Viral di media sosial baru-baru ini tentang televisyen berkecai dengan ikan-ikan kat kolam mati ketika tuan ruamh mengadakan rumah terbuka. Pada saya, kita tak boleh marahkan tetamu yang datang kerana membiarkan anak-anak buat sesuka hati. Malah, tak pula nak salahkan tuan rumah.
Sebenarnya semua ini di luar kawalan. Mungkin anak-anak terlalu teruja atau mungkin dalam mood yang tidak elok (mengantuk, lapar dan sebagainya. Maklumlah, banyak tempat yang perlu kena ikut dengan ibu bapa). Manakala, tuan rumah pula, tidak terfikir atau terlepas pandang untuk simpan di tempat yang sepatutnya.
Jadinya, kita sebagai mak ayah pada anak-anak yang tentu sudah tahu peel anak-anak, cuba pesan pada mereka supaya jaga tingkah laku ketika berada di rumah orang. Biasanya mak-mak boleh bagi ingatan semasa di rumah dan masa dalam kereta. Insya Allah, kalu di pesan awal-awal anak-anak mesti akan dengar. Tak caya cubalah!.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hati ibu mana yang tidak bersedih apabila zuriat yang dikandung selama sembilan bulan pergi dahulu mengadap Illahi sebelum dirinya. Itulah yang dapat digambarkan perasaan penyanyi dangdut, Sheeda apabila anak ketiganya, Nur Fazlinda Ahmad Fazli atau Alin meninggal dunia jam 11.30 pagi semalam.
Malah, penyanyi Bienda, 39,turut berkongsi berita sedih kehilangan adik perempuannya, Allahyarham Nur Fazlinda Ahmad Fazli atau Alin, 24, pada jam 11.30 pagi di laman Instagram miliknya.
Menurut Bienda atau Nor Razlinda Razli yang juga merupakan anak kedua penyanyi dangdut, Sheeda itu membuat perkongsian berita duka berkenaan di akaun Instagram miliknya.
“Selamat jalan ‘Bidadari Syurga’ kami.
“Innalillahiwainailahirojiun, Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali.
“Al-Fatihah buat adinda saya Nur Fazlinda Ahmad Fazli yang baru saja menghembuskan nafasnya pada jam 11.30 pagi tadi (semalam).
Dalam perkongsian di laman Instagram tersebut, Bienda turut menzahirkan rasa sedih dan meminta para peminat memanjatkan doa untuk adik tersayang. Namun tidak menyatakan punca kematian adik tersayang.
“Saya mewakili adik saya memohon maaf andai ada kesalahan Alin/Faz yang pernah melukakan hati kalian. Mohon dihalalkan makan dan minumnya juga,” tulisnya.
Sambung Bienda lagi, jenazah Allahyarham adiknya itu dibawa ke Masjid Zaid Bin Haritsah, Gombak dan arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak selepas Asar semalam.
Sheeda Rasa Kehilangan
Penyanyi dangdut Sheeda turut membuat perkongsian sama berhubung berita sedih kematian anak ketiganya itu di akaun Instagram miliknya.
Allahyarham Nur Fazlinda adalah cahaya mata Sheeda bersama bekas suami keduanya, Ahmad Fazli Mohammad yang bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ketika berusia 13 tahun.
Menerusi perkahwinan pertama, Sheeda dikurniakan cahaya mata iaitu Bienda dan abangnya, Hafizul Razli. Pada 2007, Sheeda bertemu jodoh kali ketiga dengan guru, Sukri Hashim, namun bercerai pada 2019 lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aiman, 16.
“Seram naik flight musim hujan ribut, tiga kali cuba baru boleh landing” – Khairul Aming kongsi pengalaman cemas. Perjalanan menaiki pesawat sememangnya menjadi pilihan ramai kerana lebih cepat dan selesa, namun cabaran ketika cuaca buruk boleh mengundang detik mencemaskan.