Dalam dunia moden yang serba mencabar, setiap wanita mendambakan sesuatu yang mampu menaikkan semangat dan keyakinan diri. Di sinilah wangian memainkan peranan yang lebih daripada sekadar aroma.
Perfume Paradise, bukan sekadar jenama wangian tempatan, tetapi turut menjadi pemangkin perubahan bagi ramai wanita Malaysia. Dengan menawarkan peluang keusahawanan yang mudah diakses serta sokongan berterusan dari HQ, Perfume Paradise telah membuka ruang untuk wanita melangkah lebih jauh untuk menjana pendapatan, membina keyakinan, dan menjadi sebahagian daripada komuniti yang saling mengangkat antara satu sama lain.
Rancangan Borak Seeni menjadi lebih harum dan segar apabila menerima kehadiran Perfume Paradise (PP), jenama wangian tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Diterajui oleh pengasasnya Nur Afiqah Amran, dan disokong oleh rangkaian pengedar yang meluas termasuk Siti Nadia Natassa Daud, pengedar Perfume Paradise dari Negeri Sembilan, kejayaan Perfume Paradise hari ini adalah bukti kerjasama erat antara HQ dan pengedarnya.
Dari Pengguna Menjadi Pengedar
Siti Nadia berkongsi kisah peribadinya dalam episod tersebut. Beliau mula sebagai pengguna setia selama dua tahun, sebelum nekad menjadi pengedar selepas sering mendengar pujian tentang jenama ini.
Ads
“Saya jatuh cinta dengan kualiti dan ketahanan bau. Bila ramai tanya saya pakai apa, dari situ saya nampak potensi bisnes Perfume Paradise,” katanya.
Kini, beliau bukan sahaja menjana pendapatan tetap, malah menjadi sebahagian daripada rangkaian lebih 2,000 pengedar aktif di seluruh negara.
Strategi Win-Win HQ & Pengedar
Menurut Pengasas Perfume Paradise, Puan Nur Afiqah bt Amran, kejayaan Perfume Paradise tidak akan tercapai tanpa sokongan padu antara HQ dan para pengedar. Kempen pemasaran yang konsisten dari HQ, termasuk media sosial, penajaan acara dan kolaborasi strategik telah membantu memperluas capaian jenama ini.
Ads
“Ini adalah situasi menang-menang. Bila HQ buat marketing, pengedar pun dapat tempias pelanggan baru. Bila pengedar aktif, jenama jadi lebih kukuh. Semua saling menyokong,” jelas beliau.
Food Fest Jom Santai – Perfume Paradise Dekat Di Hati
Menurut Puan Fie lagi, salah satu inisiatif menarik Perfume Paradise ialah melalui penajaan Food Fest Jom Santai, yang menjelajah ke seluruh Malaysia. Di sini, pengedar diberi peluang membuka booth dan berniaga secara langsung kepada orang ramai. Ia bukan sahaja memperkenalkan produk Perfume Paradise kepada khalayak baru, tetapi juga memberi pengalaman niaga secara langsung kepada pengedar.
Ads
Tambahan pula, setiap pengunjung yang berbelanja RM50 ke atas layak menyertai cabutan bertuah, dengan hadiah bernilai hingga RM20,000. Menurut Puan Fie, hadiah-hadiah ini adalah simbol penghargaan Perfume Paradise kepada pelanggan setia.
Sebagai langkah kreatif untuk mendekati komuniti digital dan meraikan bakat tempatan, Perfume Paradise turut menganjurkan pertandingan “Creator Content Challenge” – satu inisiatif menarik yang terbuka kepada semua yang gemar mencipta kandungan media sosial.
Peserta hanya perlu menghasilkan konten kreatif menggunakan produk Perfume Paradise untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik. Pertandingan ini bukan sahaja memberi ruang untuk menonjolkan bakat, malah membuka pintu kerjasama jangka panjang bersama jenama yang semakin mekar ini.
Ia juga menjadi bukti bahawa Perfume Paradise sentiasa menyokong dan menghargai kreativiti serta semangat komuniti yang membina.
Inspirasi Wanita, Inspirasi Usahawan
Kisah Perfume Paradise bukan sekadar kisah jualan wangian. Ia adalah kisah semangat wanita Malaysia yang berani melangkah keluar dari zon selesa, membina kerjaya dan membangunkan komuniti. PP telah berjaya membina lebih daripada jenama ia membina peluang, komuniti dan inspirasi.
Tidak ada yang lebih menyatukan rakyat Malaysia selain makanan. Dan inilah yang dilakukan oleh Havoc Food Festival (HFF) – menjelajah dari Johor hingga ke Perlis, merentasi Laut China Selatan ke Sabah dan Sarawak – membawa rasa, aroma, dan cerita setiap negeri ke pentas terbuka untuk dinikmati bersama.
Usaha ini akhirnya membuahkan kejayaan manis apabila Malaysia Book of Records (MBOR) mengiktiraf HFF sebagai “Largest Food Festival Tour Malaysia”, selepas menjelajah ke semua 14 negeri. Bukan sekadar angka, tetapi sebuah bukti bahawa cita rasa mampu menyatukan hati.
Malam kemuncak di Perlis, yang menjadi destinasi penutup, berlangsung di Dataran D, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. Tepat jam 9 malam, di bawah langit penuh bintang, ribuan pengunjung menyaksikan detik bersejarah penganugerahan ini. Ada yang datang bersama keluarga, ada yang membawa anak kecil di bahu, dan ada juga yang pulang dengan tangan penuh bungkusan juadah.
Bagi para usahawan, terutamanya wanita, HFF bukan sekadar peluang berniaga. Ia menjadi ruang untuk mereka berdiri sama tinggi dengan jenama besar, mempromosikan resipi turun-temurun, dan mempopularkan menu kreatif yang dicipta dari dapur sendiri. Di setiap lokasi, kita melihat wajah-wajah cekal yang berjuang di balik gerai.
Ada yang menguli roti dengan tangan sendiri, ada yang melayan pelanggan sambil mendukung bayi, dan ada yang melihat jualan pertama mereka melonjak berkat platform ini.
Antara pencapaian gemilang HFF termasuklah menarik lebih 18 juta pengunjung sepanjang siri jelajah, menghimpunkan 300+ usahawan dan selebriti F&B dari pelbagai latar belakang, mempersembahkan hidangan warisan setiap negeri di samping menu viral terkini, menyediakan zon mesra keluarga, persembahan artis popular, dan pameran usahawan mikro & PKS dan menjelajah ke semua negeri di Malaysia, menjadi festival makanan bersiri terbesar negara.
Penghargaan istimewa diberikan kepada Perfume Paradise sebagai penaja rasmi yang sentiasa berdiri teguh menyokong perjalanan ini.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Firdaus Nadxaman, kejayaan ini adalah kisah ramai pihak.
“Dari Johor hingga Sabah, dari Sarawak hingga Perlis, HFF bukan sekadar tentang makanan – ia tentang komuniti, kebersamaan, dan meraikan kepelbagaian rasa Malaysia. Pengiktirafan ini membuktikan kekayaan budaya kulinari negara, dan kami berbangga menjadi pemacu utamanya.”
Dengan pengiktirafan ini, HFF menetapkan penanda aras baharu bagi penganjuran festival makanan berskala mega di Malaysia. Dan bagi ramai wanita usahawan, inilah bukti bahawa dari sebuah dapur kecil, cita-cita boleh melangkah jauh, bahkan sejauh 14 negeri, dengan rasa yang merentasi sempadan.
Di sebalik keharuman yang membaluti jenama Perfume Paradise, tersimpan ratusan kisah inspirasi para pengedarnya yang gigih, berani dan tidak pernah putus asa.
Antara yang menonjol adalah dua wanita cekal, Nur Ashiqin Amran, Pengedar Perfume Paradise Melaka dan Siti Aishah Mattalha, Pengedar Negeri Sembilan yang telah membuktikan bahawa minat terhadap wangian mampu bertukar menjadi sumber pendapatan yang bermakna.
Nur Ashiqin Amran – Haruman yang Membuka Peluang
Bagi Nur Ashiqin, segalanya bermula dari minat. Beliau jatuh cinta dengan wangian Perfume Paradise bukan sekadar kerana kualitinya, tetapi juga kerana potensi perniagaannya.
“Saya nampak peluang di sebalik setiap botol perfume. Ramai suka, harga pun mampu milik. Saya tahu ini sesuatu yang boleh pergi jauh,” kongsinya.
Kini, sebagai pengedar aktif di Melaka, beliau bukan sahaja menjual tetapi turut melatih dan membimbing ejen di bawahnya, memastikan lebih ramai wanita tempatan turut mendapat manfaat dari perniagaan ini.
Siti Aishah Mattalha – Wangian Bawa Keyakinan
Bagi Siti Aishah pula, penglibatan dalam dunia Perfume Paradise banyak merubah hidupnya dari segi keyakinan diri dan kestabilan kewangan. Bermula sebagai pengguna, beliau mula serius berniaga selepas melihat permintaan yang konsisten.
“Bila pelanggan gembira dan repeat order, itu tanda kita beri sesuatu yang bernilai. Dari situ, semangat saya untuk teruskan niaga makin kuat,” katanya.
Beliau turut aktif menyertai program-program yang dianjurkan oleh HQ Perfume Paradise termasuk Food Fest Jom Santai dan kempen cabutan bertuah, yang memberi ruang lebih besar untuk mempromosikan produk dan menarik pelanggan baharu.
Saudagar Wangian – Bukan Sekadar Jualan
Kisah dua wanita ini membuktikan bahawa menjadi saudagar wangian bukan sekadar menjual produk. Ia tentang membina jaringan, memberi nilai kepada pelanggan, dan membangunkan diri sendiri dari segi peribadi dan profesional.
Dengan lebih 75 jenis bauan dan sistem sokongan HQ yang mantap, Perfume Paradise menjadi platform yang ideal untuk wanita Malaysia menjana pendapatan dan membina kerjaya dalam perniagaan yang elegan, fleksibel dan mendatangkan kepuasan.
Haruman yang baik mampu mengubah hari seseorang. Kisah pengedar seperti Nur Ashiqin dan Siti Aishah ini membuktikan bahawa haruman juga mampu mengubah hidup. Semoga kisah mereka menjadi inspirasi buat lebih ramai wanita untuk berani melangkah dan mewangi bersama Perfume Paradise.
ASWARA pentaskan teater Merong Mahawangsa sempena ulangtahun ke 30, himpun lebih 100 bakat alumni. Tertubuhnya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah berjaya melahirkan ramai insan seni berbakat besar yang mewarnai industri seni hari ini.
Ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), ASWARA telah berkembang menjadi institusi terkemuka yang melahirkan bakat seni dan kreatif, selain berperanan sebagai ‘penjaga’ khazanah budaya negara.
ASWARA Pentaskan Teater Merong Mahawangsa Sempena Ulangtahun Ke-30
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-30 penubuhannya, ASWARA mempersembahkan kebangkitan semula Sakti Merong Mahawangsa, sebuah epik legenda
yang menjanjikan sejarah baharu dalam dunia seni teater Malaysia. Ia menggabungkan lebih 100 bakat terdiri dari alumni, pensyarah dan pelajar ASWARA.
Pementasan ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi sebuah perjalanan penuh makna untuk mengangkat nilai sejarah, seni budaya dan identiti bangsa yang semakin terhakis.
Kisah epik perjuangan Merong Mahawangsa, seorang pahlawan yang dikaitkan dengan asal-usul kerajaan Kedah Tua (dahulunya dikenali sebagai Kedah Zamin Turan). Ia memaparkan perjalanan seorang pahlawan gagah bernama Merong Mahawangsa yang diceritakan memiliki kehebatan luar biasa sebagai pemimpin, pahlawan, dan diplomat. Walaupun kisah ini penuh dengan elemen mitos dan keajaiban, ia juga mencerminkan nilai keberanian, kebijaksanaan, dan semangat cinta kepada tanah air.
Merong Mahawangsa dikatakan berasal dari Rom, seorang ketua armada yang dihantar untuk mengiringi putera Rom yang ingin berkahwin dengan puteri China. Dalam perjalanan ke China, armada Merong Mahawangsa diserang oleh garuda, makhluk mitos yang dipercayai menghuni langit dan laut. Serangan garuda itu memaksa kapal-kapal mereka terkandas di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Kedah.
Salah satu kisah utama dalam hikayat ini ialah pertembungan antara Merong Mahawangsa dengan garuda. Merong Mahawangsa tidak gentar dengan ancaman makhluk mitos ini dan memimpin pasukannya dengan berani. Melalui kebijaksanaan dan kekuatannya, dia berjaya mengalahkan garuda, menjadikan dirinya simbol kekuatan manusia dalam menghadapi rintangan besar.
Dalam pementasan ini, pelakon-pelakon muda ASWARA membawakan watak ikonik seperti Merong Mahawangsa, garuda, dan pemimpin-pemimpin empayar dengan penuh karisma. Lakonan mereka yang bertenaga menjadi simbol semangat generasi baharu yang ingin membawa seni ke tahap lebih tinggi.
Setiap adegan, dari babak pertempuran hingga adegan penuh emosi, menunjukkan kemahiran tinggi dalam bidang lakonan, muzik, dan tari – bukti nyata bahawa ASWARA telah berjaya mencipta platform terbaik untuk pelajarnya.
Menampilkan lebih 100 bakat termasuk nama-nama terkenal seperti Najua P. Ramlee, Hairi
Safwan, Fadhli Masoot, Aris Kadir, Fiza Thomas, Ezdianie Hayatie, Saiful Wazien, Amirul
Hakim, dan Reza Mohamed, muzikal ini menjanjikan persembahan berskala besar dan
berimpak tinggi.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...