Menjaga haiwan peliharaan eksotik mungkin nampak mewah, tetapi ia memerlukan pengetahuan dan dokumentasi yang betul bagi memastikan kebajikan haiwan itu terjamin.

Namun sejak kebelakangan ini haiwan-haiwan ini menjadi salah satu pilihan popular pencinta haiwan. Disebabkan tarikan itu juga, MW Talkhow mengutarakan isu Si Comelku Haiwan Eksotik. Berkongsi bersama pendapat merupakan pakar Dr Natrah Abd. Razak dari iVet Petcare.

Dr. Nazrah Pernah Sambut Singa Beranak
Dr. Nazrah sewaktu menjadi jemputan pagi tadi di studio MW Talkshow.

Dr. Nazrah Pernah Sambut Singa Beranak

“Paling saya tak boleh lupakan merawat haiwan eksotik di mana saya pernah rawat dan sambut singa beranak. Masa itu saya baru mula bekerja. Saya seluk singa itu untuk keluarkan baby. Namun sayang anak singa itu sudah mati dalam kandungan ibunya,” ungkap Dr Nazrah ketika menjadi tetamu pagi tadi di MW Talkshow.

Menerangkan secara lanjut pengalamannya merawat haiwan eksotik lain, jawab Dr Nazrah sambil tersenyum.

IKLAN

“Di klinik kebanyakkannya saya rawat haiwan eksotik yang kecil dan manja seperti sugar glider dan iguana. Saya merawat lebih kepada kucing.

“Pesanan saya pada mereka yang nak bela kucing, pertama kena ada komitmen. Kalau sakit kena jaga. Kedua, perlu ada dana untuk kesihatan. Setiap benda hidup akan sakit. Dana dan penjagaan dari segi makanan, pasir dan vaksin (penting),” sambung Dr Nazrah.

IKLAN

Dr. Nazrah Pernah Sambut Singa Beranak

Ramlah Ram Menyanyi Di Bilik Kucing  

Selain itu penyanyi Ramlah Ram juga berkongsi cerita tentang hobinya membela kucing.

IKLAN

“Saya pernah bela kucing sebanyak 20 ekor. Sekarang ini cuma tinggal lapan ekor. Kucing ni perangai macam manusia juga. Ada yang suka dimanja dan ada yang tak suka. Kadang-kadang saya menyanyi di bilik kucing saya, masa saya nyanyi kucing-kucing akan senyap.

“Kucing ni macam baby, kena dibelai dan dimanja. Bila dah bela banyak ekor pastikan ada masa untuk beri mereka perhatian. Kucing pun nak kasih sayang,” ungkap Ramlah Ram.

Bagi peminat haiwan eksotik saksikanlah siaran ulangan MW Talkshow hanya di Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121. Pastinya info-info yang diberikan mampu menarik perhatian anda. Anda juga boleh mendengar penerangan dari pakar Dr Pazil Abd Patah, Pengarah Bahagian Konservasi Hidupan Liar, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.

#MingguanWanitaTV
#AstroPrima

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI