Selebriti

Dr. Fie Harap Kes Komital Cepat Selesai, Tak Selesa Rasa Tersekat dan Diperhatikan

Share

Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie, 36, berharap kes komital yang difailkan pelantun lagu Andai Derita dapat diselesaikan segera untuk membolehkannya menjalani kehidupan dengan tenang.

Dr. Fie Harap Kes Komital Cepat Selesai

Dr. Fie, berkata, selagi kes berkenaan belum berakhir dia seolah-olah berasakan segala perkongsian di laman sosial terus menjadi perhatian bekas suaminya.

“Kalau boleh saya nak isu ini selesai secepat mungkin. Ada banyak program melibatkan saya. Saya cuma nak teruskan hidup bersama anak-anak dengan tenang.

“Ini tidak, saya macam ada perasaan takut, gementar, terasa seperti diperhatikan sedangkan kerja saya banyak membabitkan media sosial. Tambahan pula saya berdepan sebanyak 120 soalan. Ibarat dia seperti menunggu saya buat kesalahan.

“Situasi sedemikan juga buatkan saya rasa terpenjara. Kalau kes ini cepat selesai, saya taklah rasa macam ini. Saya ada anak-anak, nak fokus pada mereka,” katanya lagi.

Selain ditemani seorang saudara terdekat, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut diiringi peguamnya, Nor Hazura Hamzah dan Nur Shahidah Hassan.

Manakala Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad hadir ke mahkamah ditemani peguam Mohd. Redzuan Ramli.

Tak Selesa Rasa Tersekat dan Diperhatikan

Pada masa sama, Dr. Fie, mengakui dirinya ibarat terpenjara susulan tindakan bekas suami yang didakwa sering memerhatikan gerak gerinya.

“Apa saya nak buat saya kena fikir terlebih dahulu. Memanglah kita berfikir sebelum mengambil tindakan, tetapi tak adalah sampai buatkan diri kita ini rasa terpenjara.

“Sebagai ibu tunggal, saya mahu pergi jauh, macam-macam impian yang saya nak buat. Kalau boleh saya nak benda ini selesai secepat mungkin, tapi tak boleh sebab saya tak bersedia.

“Dia tidaklah mengganggu, tetapi saya rasa tersekat, diperhatikan. Saya pula bukannya orang yang boleh duduk diam. Saya nak pergi lebih jauh, aktif dalam media sosial, bukan terperap dalam klinik 24 jam.

“Perbuatan saya itu bagai dapat dilihat oleh pihak di sana. Dia ibaratnya boleh lihat setiap tindak tanduk kita, membuatkan kita rasakan hidup kita ini tiada privasi,” ujarnya.

Nubhan sebelum ini memfailkan komital terhadap bekas isteri, iaitu membabitkan tiga kenyataan di media sosial yang didakwa berunsur fitnah dan menjatuhkan reputasinya sebagai ahli perniagaan.

Sumber: Kosmo!

 

Published by
Nadia Mohamad