Ads

Doktor Salah Pasang IUCD Hingga Tembus Dinding Rahim, Ibu Dua Anak Derita Seumur Hidup

Doktor salah pasang IUCD hingga tembus dinding rahim, ibu dua anak derita seumur hidup. Seorang ibu muda, Nurul Damia Asyiqin Ayub, 27 menderita seumur hidup apabila doktor di sebuah Klinik Kesihatan Pekan Nenas memasang IUCD terlalu dalam sehingga menembusi dinding rahimnya.

Berkongsi kisah ini bersama Mingguan Wanita, jelas Damia yang juga seorang MUA, dirinya perlu menjalani pembedahan di  Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bharu pada 2 Januari 2026 lalu selepas mengalami kesakitan melampau selepas memasang IUCD di KK Pekan Nenas pada 19 Disember 2025.

Doktor Salah Pasang IUCD Hingga Tembus Dinding Rahim, Ibu Dua Anak Derita Seumur Hidup
“Saya dibius sepenuhnya. Scan di HSA mendapati IUCD dipasang telah tembus ke dinding rahim sebelah atas. Bukan saja dinding rahim bocor tapi usus saya juga sama. Lebih teruk apendik saya pecah akibat dari pemasangan salah IUCD ini,” jelasnya yang nyata trauma dengan pengalaman dilaluinya ini.

Berkongsi trauma pahit ini, Damia berkata, awalnya selepas kelahiran anak ketiga, Nur Aurellia Alayna, kini 10 bulan, dia bercadang memasang IUCD ini di hospital swasta.

Ads

“Namun ketika jalani pemeriksaaan berkala baby, doktor di klinik kesihatan memaklumkan mereka juga ada membuat prosedur ini dan kosnya sangat murah itu bayaran biasa klinik kesihatan.

“19/12/25 saya pergi ke KK Pekan Nenas. Masa sebelum pasang masa scan rahim semuanya cantik. Tiada masalah. Tapi masa IUCD dimasukkan ke pangkal rahim, sayarasa macam  nak terburai perut. Sakit sangat. Tapi doktor kata rasa sakit sebegitu  normal.

“Tapi saya tahu sakit itu luar biasa sampai tak boleh bangun. Lepas pemasangan, doktor suruh masuk bilik xray nak tengok alat tu di mana. Tiba-tiba doktor tu cakap ada kelainan, nampak pelik. Patutnya IUCD tu dipasang pada 8-9 cm saja tapi alat tu dipasang 11 cm hingga saya alami kesakitan melampau.

Ads
Doktor Salah Pasang IUCD Hingga Tembus Dinding Rahim, Ibu Dua Anak Derita Seumur Hidup
Xray dapati alat IUCD dipasang melebihi had dari sepatutnya.

Doktor Salah Pasang IUCD Hingga Tembus Dinding Rahim, Ibu Dua Anak Derita Seumur Hidup “Sakit saya alami sampai tak boleh bangun. Rasa macam nak beranak pun ada. Saya ada buat xray di klinik swasta dan mereka dapati iucd dah tembus ke dinding rahim. Kes kemudian dirujuk ke HSA dan 2 Januari 2026, saya jalani pembedahan yang besar,” kata ibu kepada dua puteri,  Nur Ardellia Helena,1 tahun 4 bulan.

Jelas Damia, jika orang bersalin melalui pembedahan dibuat dalam keadaan C section (melintang) tapi pembedahan dijalaninya dalam keadaan perut dipotong secara menegak dari paras pusat ke bawah perut.

Ads

“Rasa macam bersalin anak nombor 4. Masa doktor belah perut inilah alat IUCD tu dah tembus ke dindin rahim sebelah atas, usus bocor atas dan bawah malah apendik juga pecah. Semua perlu dijahit dan doktor maklumkan yang saya tak boleh bersalin secara semula jadi lagi selepas kejadian ini. Mereka juga ada tanya adakah saya terus memasang  IUCD baru tapi sebabkan trauma dengan kejadian lalu, saya kata biarkan dulu,”katanya jelas terkilan dengan kejadian dilaluinya ini.

Doktor Salah Pasang IUCD Hingga Tembus Dinding Rahim, Ibu Dua Anak Derita Seumur Hidup
Inilah alat IUCD dikeluarkan dari rahimnya

Dalam pada itu, Damai berkata, dia telah merujuk kes ini ke peguam untuk mengambil tindakan di atas kecuaian doktor terlibat. Malah laporan polis juga dibuat atas kejadian ini,” katanya berkongsi diuji kematian anak sulung,Nur Armel Medina berusia 5 bulan dalam kandungan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Obses Kecantikan: Apabila Impian Menjadi Karma Tubuh – Dr. Malar

Minum jus atau makan suplemen tidak akan mengubah DNA kita. Kalau kulit gelap, ia kekal gelap. Begitu juga dengan bentuk tubuh. Tiada jalan pintas.