Agak merisaukan bagi wanita hamil, apabila bayi dalam kandungan juga berisiko untuk dijangkiti virus COVID-19. Terbaru Doktor di Perancis mengesahkan kes pertama jangkitan membabitkan bayi yang positif COVID-19 ketika berada dalam kandungan ibu.
Alami Gejala Pada Sistem Saraf
Bayi lelaki yang dilahirkan pada Mac lalu itu didapati mengalami bengkak pada otak dan mempunyai gejala pada sistem saraf, seperti dikaitkan dalam kalangan dewasa yang dijangkiti COVID-19.
Jurnal ‘Nature Communications’ bagaimanapun melaporkan bahawa bayi berkenaan berjaya sembuh daripada jangkitan terbabit, semalam.
Risiko Penularan Jangkitan
Doktor dari Hospital Antoine Beclere, Daniele De Luca, berkata siri penyelidikan yang dijalankan sebelum ini mendapati ada kemungkinan risiko penularan jangkitan dari ibu ke janin.
“Kita sudah buktikan bahawa jangkitan boleh berlaku dari ibu ke janin menerusi plasenta ketika minggu terakhir kandungan.
Ads
“Bagi mengetahui keadaan sebenar, kita perlu mengambil darah ibu, cecair amniotik, darah bayi yang baharu dilahirkan, plasenta dan lain-lain.
“Tetapi, untuk dapatkan semua sampel ini ketika pandemik dengan keadaan darurat adalah bukan tugas mudah.
“Oleh kerana itu, kita hanya mengutarakan pandangan bahawa corak penularan jangkitan seperti ini sekadar ‘disyaki’ tetapi tidak pernah dibuktikan,” katanya.
Memperincikan kes terbabit, De Luca berkata kumpulan pakarnya mengumpulkan data mengenai ibu mengandung berkenaan yang berusia dalam lingkungan 20-an ketika dimasukkan ke hospital, pada awal Mac lalu.
Ads
Katanya, sumber dan sampel virus itu tidak terjejas bagi tujuan penyelidikan lanjut kerana bayi berkenaan dilahirkan menerusi kaedah ‘caesarean’.
Virus Dipindahkan Menerusi Tali Pusat
Sehubungan itu, beliau menjelaskan pasukan penyelidik mendapati kandungan virus yang diberi nama sebagai SARS-CoV-2 paling tinggi pada plasenta ibu terbabit.
“Virus itu kemudian dipindahkan ke bayi menerusi tali pusat dan terus berkembang, sekali gus menyaksikan gejala teruk direkodkan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran.
Ads
“Ia termasuk tubuh badan bayi menjadi seakan kaku, kerosakan pada sebahagian otak dan kerengsaan yang teruk.
“Bagaimanapun, belum sempat doktor menjalankan rawatan, gejala itu mulai surut dan dalam tempoh tiga minggu, bayi terbabit sembuh sepenuhnya dengan sendiri.
“Tiga bulan kemudian, ibu bayi berkenaan pula disahkan bebas daripada sebarang gejala. Ini sebenarnya berita buruk kerana keadaan sedemikian boleh berlaku. Cuma kes seperti ini sangat jarang,” katanya. – AFP
MW: Aduh risaunya. Semoga pandemik virus covid-19 ini segera berakhir.
Buat golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas malah
ibu mengandung semoga lebih berhati-hati.AFP
“Doakan semoga arwah nenda ditempatkan bersama hamba Allah beriman” Aliff Aziz kehilangan insan tersayang. Salam takziah diucapkan buat selebriti popular Aliff Aziz dan keluarga yang telah kehilangan nenek tersayang.
Perkhabaran sedih itu dimaklumkan oleh Aliff menerusi akaun rasmi Instagramnya. Kehilangan neneknya, Hajah Rahmah Ismail, 82, yang disahkan meninggal dunia di Singapura pada 23 Februari cukup meninggalkan kesan buat Juara Gegar Vaganza Musim kelapan itu.
“Doakan Semoga Arwah Nenda Ditempatkan Bersama Hamba Allah Beriman”
Malah Aliff juga menyatakan, Allahyarham neneknya merupakan seorang penyayang dan banyak berkhidmat membawa Jemaah mengerjakan ibadah Umrah dan Haji ketika muda.
“Assalamualaikum kepada semua.
“Nenda saya Hjh Rahmah Binti Ismail telah kembali ke Rahmatullah.
“Saya selaku cucu yang pertama, berhajat kepada semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepadanya dan juga doakan semoga arwah nenda saya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman.
“Seorang yang sangat penyayang dan juga banyak berkhidmat membawa jemaah untuk ibadah Umrah dan Haji sewaktu beliau muda.
Semoga Baba Tenang Disana
“Alhamdulillah.
“Selamat jalan, Baba. Aliff doakan semoga Allah beri perlindungan di atas segala ketakutan dan dimakbulkan segala pengharapan Baba.
“Semoga Baba tenang disana. Ameen Ya Rabbal’alameen,” luah Aliff.
Ketika ini Aliff dan isteri Bella Astillah masih lagi menjalani kuarantin selepas pulang ke tanah air beberapa hari lalu daripada mengerjakan umrah sejak 9 Februari lalu.
Menerusi ruangan komen pula, para pengikut Aliff di Instagram turut mengucapkan salam takziah.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat Aliff dan keluarga. Semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan para syuhadah.
Tidak dinafikan Drama Nur menjadi fenomena lantaran memaparkan jalan cerita yang berbeza yang berjaya menarik perhatian ramai.Malah Drama Nur telah memenangi pelbagai anugerah dalam Anugerah Skrin ke 22 dan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6, yang berlangsung baru-baru ini.
Susulan kejayaan tersebut, Pengarah dan Penulis Skrip Shahrulezad Mohameddin telah menyambung Nur 2 sebanyak 15 episod dan ia mula ditayangkan pada 2 April lalu.
Namun setelah beberapa episod disiarkan, penonton yang menyaksikan drama ini mendakwa bahawa terdapat kandungan babak yang ditayangkan dalam Nur 2 dianggap ‘panas’ dan ‘over’.Malah merasakan ia tidak sesuai untuk tontonan bersama anak-anak.
Menjawab persoalan tersebut, Pengarah dan Penulis Skrip Drama Nur 2 telah memberi penjelasan berikut;
“Mungkin ada yang masih belum faham kenapa Nur2 diklasifikasikan sebagai PG13 untuk siaran kali ini dan bukan klasifikasi U dan ada sebab jugak kenapa drama Nur2 ditayangkan pada slot Samarinda jam 10 malam dan bukannya slot Akasia siaran petang.”
“Terus terang cakap Nur2 yang mengisahkan dunia pelacuran yang sama sekali tidak sesuai untuk tontonan kanak kanak. Remaja maybe itupun mak bapak kena guna peluang ini sebagai alat mendidik anak anak especially berkaitan tentang sex education dan sebagainya. Abam bukan buat drama Nur2 ini untuk kanak kanak.”
“Mak bapak kena bertanggungjawab sama dalam mengawal content untuk anak anak mereka. Content untuk kanak kanak adalah di siang hari bukan malam. Malam selalunya untuk tontonan orang dewasa especially pada jam 10 ke atas.”
“Jangan bandingkan dengan Nur1. Nur1 watak utamanya ialah seorang pelacur yang membenci kariernya sebagai pelacur dan sehabis baik untuk keluar dari dunia itu sebab tu ianya mendapat kategori U.”
“Manakala dalam Nur2 watak Juita sebagai antagonis adalah seorang yang merasakan tidak apa jadi seorang pelacur. Apa yang Juita lakukan dalam kereta tu adalah lumrah dan normal bagi seorang pelacur. So kalau kita rasa tak selesa dengan imej sedemikian abam cadangkan pada penonton budiman sekalian sila jangan tonton. Itu adalah sebaik baik tindakan. Pilihan di atas diri kita sendiri.Harap maklum.”
MW: Ini penjelasan panjang lebar daripada Pengarah dan penulis skrip Shahrulezad Mohameddin. Jadi mak ayah buatlah pilihan bijak, meskipun sarat dengan pelbagai pengajaran drama ini tidak sesuai ditonton bersama anak-anak yang masih kecil.
Tahun 2020 ini berbeza sungguh sambutan Ramadan umat Islam. Mantan pemain badminton no.1 negara, Datuk Wira Lee Chong Wei juga merasai perbezaan Ramadan kali ini.
Sesetengahnya, yang bukan terlibat sebagai frontliner atau bidang perkhidmatan, menyambut ibadah berpuasa ini di rumah saja. Tidak boleh keluar rumah apatah lagi bekerja. Kerana perlu patuh dengan arahan PKP untuk mengekang penularan Covid-19.
Malah menerusi instagramnya, beliau berkongsi kisah. Kawannya yang bernama H, yang dikenali ketika mula-mula menjejak arena sukan badminton negara di Bukit Jalil. Dan sampai hari ini, perasaan hormat pada tindakan rakannya itu tidak pernah luntur dari pandangannya.
Kongsinya,
“Happy Ramadan kepada sumer umat Islam seluruh dunia, terutamanya di Malaysia. Bulan puasa 2020 mmg special. I pasti sumer rakyat Malaysia akan ingat selama-lamanya, dan dicerita kepada anak-anak cucu-cucu nanti masa akan datang.
Walaupun I tidak mengamalkan ibadat puasa, tapi I harap kawan-kawan sumer dapat berpandangan positif berpuasa MCO kat rumah dengan keluarga tersayang. Bersyukur kerana ramai yang tidak dapat bersama keluarga akibat Covid-19 ni.”
Lepas Habis Lari 12km, Kepenatan Di Sudut Stadium – Lee Chong Wei
“I selalu ingat time masih belasan umur, baru masuk Bukit Jalil. Bulan puasa. Training penat gila. Matahari terik gila. Coach time tu tak tahu lah kenapa, gaduh ngan bini atau kalah stok market, marah sajer hari tu. Bawak team pemain pelapis termasuk saya gi trek balapan. Suh lari 12 km terus. Punyerlah panas….
Sambil I lari I toleh belakang, hati kesian kat teammate muslim H yang usia jambu macam I. Tanya dia, ok tak? Dia jawab ok walaupon muka pucat. Lepas habis 12km, tercangkung penat kat corner stadium, minum air sambai basahkan muka sebab panas. H pun sampai. Ingatkan nak minta air, kita pun standby nak hulur. Tapi dia hanya senyum, basuh muka dan beransur balik ke hostel. Respek sangat.
Masa buka puasa bersama, terlihat wajah “kepuasan” H apabila terdengar azan. Respek I untuk dia sampai sekarang tak luntur.”
Selamat Berbulan Puasa, kawan-kawan semua! Bersama Kita pasti Menang!
Chong Wei mendirikan rumah tangga dengan Datin Wong Mew Choo dan mendapat dua orang cahayamata, Kingston Lee dan Terrence Lee.
MW : Walau apa pun cabaran yang dialami sepanjang Ramadan ini, kekal lah tenang dan berdoalah sentiasa. Lagipun doa orang-orang yang berpuasa ini mustajab.
Akaun Instagram pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, kini menjadi ruang limpahan doa dan kata-kata semangat daripada peminat selepas kisah rumah tangganya menjadi perhatian...