“Doktor larang ibu ambil suplemen dan hanya sarankan diet seimbang.” Wanita derita masalah tulang menang saman berjuta atas kesalahan doktor tersebut.
Seorang wanita di London yang menghidap spina bifida menang saman berjuta-juta pound sterling terhadap seorang doktor kerana ‘membenarkan’ dia dilahirkan.
Wanita Derita Masalah Tulang Menang Saman Berjuta
Evie Toombes, 20, memenangi saman difailkan terhadap seorang doktor yang menasihati ibunya bahawa wanita itu tidak perlu mengambil suplemen tambahan.
Suplemen itu dikatakan boleh menghalang kecacatan pada Evie.
Portal Mirror melaporkan Evie dilahirkan dengan spina bifida iaitu keadaan di mana tulang belakang dan saraf tunjang bayi gagal berkembang dalam rahim.
Ia menyebabkan jurang di tulang belakang dan Evie hidup dengan tiub sepanjang masa.
Walaupun dengan keadaannya itu, Evie, dari Skegness, Lincolnshire berjaya sebagai atlet dalam acara sukan lompat kuda (show jumping).
Dalam acara itu, wanita berkenaan bersaing sama ada dengan atlet kurang upaya dan atlet normal.
Dia memenangi Anugerah Orang Muda Inspirasi di acara amal Well Child pada 2018, dan muncul dalam rancangan ITV Hidden Disabilities: What’s The Truth? serta pernah bertemu dengan Putera Harry dan Meghan.
INFO Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah). Ia adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan.
Dia juga mendidik kanak-kanak mengenai penyakit itu dan bekerja di Universiti Nottingham.
Doktor Larang Ibu Ambil Suplemen
Evie mendakwa Dr Philip Mitchell bertanggungjawab atas ‘konsep yang salah’ selepas gagal menasihati ibunya, Caroline Toombes untuk mengambil suplemen penting sebelum hamil.
Dia mendakwa, sekiranya dinasihatkan untuk mengambil suplemen itu sebelum hamil, ibunya akan melahirkan bayi yang ‘normal dan sihat.’
Ini diterima oleh sebuah mahkamah di London, yang mendengar saman berkenaan.
Tetapi, Dr Mitchell menafikan dakwaan itu dengan menyatakan dia memberikan Toombes ‘nasihat yang munasabah.’
Mahkamah Tinggi mendengar bagaimana Toombes yang berusia 50 tahun pergi melawat Dr Mitchell di Skegness untuk menjelaskan rancangannya untuk melahirkan bayi pertamanya pada Februari 2001.
“Ini adalah keputusan sangat penting untuk membina keluarga kerana dia sendiri kehilangan ibu bapanya ketika dia masih muda,” kata Rodway kepada hakim.
Tetapi walaupun membincangkan asid folik semasa perbincangan, Toombes menegaskan, dia tidak diberitahu oleh Dr Mitchell mengenai kepentingannya dalam mencegah spina bifida.
Pentingnya Asid Folik
“Dia memberitahu saya bahawa ia tidak perlu,” kata Evie kepada hakim.
“Saya dinasihatkan jika saya mengamalkan diet yang baik, saya tidak perlu mengambil asid folik.”
Ads
Seorang saksi menegaskan, Dr Mitchell memberikan ‘nasihat yang munasabah’ mengenai suplemen asid folik.
Mingguan Wanita : Ramai mak-mak mengetahui bahawa pentingnya asid folik buat ibu hamil, malah digalakkan kepada wanita yang mengambil keputusan untuk hamil. Kadang-kadang saranan doktor adalah untuk kebaikan. Tetapi sebagai manusia kadangkala berlaku kesilapan sepertimana yang berlaku pada doktor ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Selalunya, ramai beranggapan murid kelas belakang dilabelkan sebagai kurang cerdik, banyak main-main, malas belajar dan sebagainya. Semua ini bukanlah kehendak mereka.
Sebagai guru, jangan sesekali beranggapan murid kelas belakang membebankan dan sukar untuk dibentuk. Sebaliknya ada cara, taktik dan strategi untuk memastikan murid ini rasa seronok untuk belajar dan mendapat ilmu yang sebaiknya.
Kelas Belakang, Ini Trik Ajar Murid
Ada 5 trik untuk guru untuk membantu murid belajar, rasa seronok dan tidak merasakan rendah diri walaupun berada di kelas belakang.
Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk guru-guru nak tarik perhatian murid-murid, terutamanya apabila terdapat banyak gangguan pada masa kini, bayangkan betapa banyak usaha yang guru lakukan untuk memastikan bahawa generasi akan datang mendapat pendidikan yang terbaik demi masa depan mereka juga.
5 Trik Guru Beri Perhatian Murid
1. Ketahui kebolehan Murid
Mereka ini bukan otak tak cerdas tapi banyak main. Setiap latihan dalam kelasa kena sesuai dengan kemampuan mereka.
2. Tak Perlu Kejar Silibus
Setiap tahun, guru kena habiskan silibus tapi bila terlalu mengejar, ia boleh membuatkan murid tercicir dan tidak faham. Peperiksaan bukanlah pengukur segalanya kerana proses pembelajaran itu sangat lama dan perlukan komitmen.
3. Beri Hadiah
Sekali sekala, berilah kuiz untuk ujian kefahaman mereka. Bila dapat jawab, beri hadiah sebagai salah satu kejayaan mereka. Ini pun dah cukup buat mereka seronok.
4. Jadikan Mereka Kawan
Wujudkan suasana positif, sentiasa bergurau dan bertanya khabar keluarga. Mereka pun mahukan perhatian. Boleh juga bercerita dengan perkara di luar kelas.
5. Jangan Ungkit Kesalahan Murid
Elakkan dari mengeluarkan kata-kata yang menguris perasaan terutamanya yang melibatkan keluarga. Berilah mereka hak untuk belajar.
Hargai Pengorbanan Seorang Guru
Selalu kita lihat di media sosial tentang kejayaan murid adalah hasil usaha mereka belajar bersungguh-sungguh. Ada masanya mereka lupa untuk menyebut pengorbanan guru yang berhabisan mencurahkan ilmu untuk mereka berjaya.
Falcon Jadi Pilihan
Sempena Hari Guru ini, hubungi dan bertanya khabar. Tentunya cara ini sudah cukup untuk membuatkan mereka rasa dihargai. Semua kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa ilmu yang dicurahkan.
Baik guru mahupun murid, masing-masing ingin mencapai impian. Guru untuk meihat murid berjaya dan murid pula ingin buktikan kejayaannya adalah berkat ilmu yang diajar oleh guru.
Semua ini bukan hanya dengan ilmu yang diberikan tapi kehadiran murid dengan segak berpakaian uniform sekolah dan tentu sekali peranan penyedia pakaian seragam sekolah yang sedaya upaya menyediakan produk berkualiti terbaik supaya anak-anak boleh pergi ke sekolah dengan selesa dan yakin.
Semua ini pasti akan menjadi satu pengalaman pembelajaran di sekolah. Malah, kenangan indah pasti tercipta dengan kehadiran murid berpakaian sekolah dari FALCON.
Jenama ini tidak asing lagi untuk mak ayah menyarungkan pakaian sekolah untuk anak menuntut ilmu. Jenama yang ditubuhkan sejak tahun 1964, sudah lama bertapak dengan jenama baju sekolah yang diyakini.
FALCON adalah buatan Malaysia, menggunakan kualiti terbaik yang ada di pasaran, rangkaian produk dan saiz yang besar yang sesuai untuk hampir setiap pelajar.
Terdapat lebih 100 jenis produk seragam sekolah yang meliputi pelbagai jenis kelengkapan. Jenis material dan fabrik yang berkualiti tinggi, bahkan jahitan baju sekolah juga diperincikan dengan jahitan mengikut standard agar lebih kemas dan tahan lasak untuk kanak-kanak.
Suami Ina Naim, Suhaimi Saad Meninggal Dunia. Al-fatihah dan salam takziah diucapkan buat Ina Naim atas pemergian suami tercinta.
Sangat menggemparkan apabila dikhabarkan bekas anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.40 malam tadi.
“Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.
“Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga,” begitulah yang dipetik dari Facebook Munsyid Malaysia.
Allahyarham Suhaimi meninggalkan balu (Ina Naim) beserta empat orang anak hasil perkahwinan arwah dengan Ina Naim pada tahun 2007.
Salam Takziah Buat Ina Naim
Sebelum ini Allahyarham Suhaimi difahamkan ditidurkan dan bergantung bantuan pernafasan di ICU di sebuah hospital di Johor.
Sebelum ditidurkan Allahyarham Suhaimi sempat memohon maaf pada 5 November lalu menerusi akaun TikTok miliknya.
“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang (anda) semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang,” tulis Suhaimi.
Bekas anggota nasyid kumpulan In-Team itu dilaporkan sudah ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor kerana mengalami kegagalan organ dalaman.
Khabarnya Suhaimi mengalami masalah batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit sejak tiga bulan lalu serta berat badannya turun mendadak.
Dek kerana keadaanya yang amat membimbangkan bapa Ina telah membawa Allahyarham Suhaimi ke Johor untuk mendapatkan rawatan.
Salah seorang daripada tiga bayi kembar perempuan dilahirkan pramatang di Hospital Melaka berada dalam keadaan membimbangkan. Ketahui perkembangan terkini bayi kembar tiga pramatang kepada pasangan Mohd Fikry Amri dan Sabrina Hakiem.