Sebelum bersalin, sebolehnya mak inginkan hospital yang memberi perkhidmatan terbaik untuk melancarkan proses kelahiran bayi. Tak kiralah hospital kerajaan mahu pun swasta.
Tak kisah hospital mana sekali pun, kerajaan atau swasta, bergantung kepada kemampuan masing-masing, asalkan sebelum, sepanjang proses bersalin dan bila pulang ke rumah nanti dengan semangat baru untuk lalui proses berpantang pula.
Kadang-kadang, perkara yang kita tidak jangka boleh berlaku kepada sesiapa saja. Mungkin ada sesetengah kes yang boleh membuatkan mak-mak serik untuk bersalin di hospital tertentu, mungkin dari segi perkhidmatan yang diberikan atau paling ditakuti pertukaran bayi.
Bukan nak salahkan pihak hospital atau mak itu sendiri, tapi perkara yang tidak dijangka walaupun sudah berhati-hati dan teliti. Perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat ini boleh membantu mak-mak yang bakal bersalin untuk mengetahui peranan dan tanggungjawab daripada hospital apabila ibu selamat bersalin sebelum dicaj keluar.
Proses untuk ibu bersalin discaj bersama bayi (lebih kurang macam ni, lain tempat lain caranya, tapi asasnya tetap sama) :
1) Postnatal round – Dr O&G check ibu, Dr Paeds check baby. Ada sesetengah hospital Dr yang check ibu tu akan check baby sekali. Address all the concerns, start semula ubat si ibu makan sebelum mengandung, periksa penyusuan, tanya pasal family planning, tanya pasal darah nifas, pegang abdomen tengok rahim contracted ke tak. Baby pula check secara luaran dan tengok sama ada baby dah kencing atau belum. Kalau kuning kurang 24 jam tu – nak kena refer Dr pediatrik.
2) Biasa saya check luka episiotomy dan buat swabbing sendiri. Ada sesetengahnya misi buat swabbing dan check episiotomy wound.
3) Injection BCG bagi kat baby. Ni biasa Misi buat – jururawat masyarakat (reben purple) atau jururawat terlatih (reben biru). Kalau kat private tak ada reben.
4) Selesaikan kan ubat si ibu perlukan. List ubat ni biasa dah siap-siap masa postnatal round. Jadi, misi akan maklumkan pada farmasi, ibu sekian nak discaj dia ada ubat sekian sekian. So farmasi akan siapkan ubat. Kalau ada ubat yang perlu diajar – contoh macam insulin atau inhaler atau ubat cucuk cairkan darah farmasi akan naik wad untuk ajar bagaimana nak guna. Kalau hanya ubat cuci luka, biasa ada stock wad – so farmasi tak naik la. Pakai je apa yang ada
Ads
5) document berikut akan diberikan pada ibu
a) Borang Pendaftaran Kelahiran / Kelahiran Mati JPN LM01
b) Borang Pengesahan Kelahiran (berwarna putih).
c) Buku Rekod Kesihatan Bayi & Kanak-kanak 0-6 tahun.
d) Buku Antenatal KIK/1(a)96 ( buku pink )
e) Kad Temujanji ( kalau ada appointment)
f) Borang Kepingan Caj Hospital jika berkenaan ( ni kena settle dgn unit hasil )
g) Borang Pemeriksaan Pengawal Keselamatan
6) Ada 3 checkpoints untuk baby discaj :
Pertama – kaunter misi.
Sini misi akan check nama mak dan IC, nama baby ( follow tag kaki ). Ada sorang lagi kat sini biasa misi juga yang jadi saksi. Bila 2 orang tengok beserta mak baby, so kuranglah risiko lakukan kesilapan. Pampers akan dibuka untuk tengok jantina baby betol ke tak. Jadi, bila semuanya puas hati, baru lah mak dan baby lepas ke checkpoint seterusnya.
Kedua – entrance wad Kat sini ada guard jaga. Pengawal ini dah dilatih untuk selak kain baby tengok tag kaki dan tag mak serta IC, juga periksa dokumen yang ada dan baru dilepaskan ke lift. Jadi, ibu boleh terus ke checkpoint seterusnya
Ketiga – lobby hospital ( sebelum keluar hospital ) Di sini ada guard lagi. Pengawal sini check semula tag kaki baby dan tag mak beserta IC. Kan ada borang untuk pengawal keselamatan dapat dari wad tu, so ibu kena serahkan borang itu pada guard. Pada checkpoint ini, tag pada ibu dan tag pada baby akan dipotong. Ada sesetengah guard akan call ward dari lobby untuk confirmkan dengan misi kaunter – pesakit sekian sekian balik dengan baby. Just untuk double check, sebelum mereka potong tag.
Ada tu siap buka pampers nak confirmkan jantina baby
Maka berangkatlah pulang si ibu dengan baby memasing. Semua proses ni kekadang ada PPK ( attendant ) atau misi yang ikut sama. Semua steps ni penting untuk pastikan baby yang betul kepada mak yang betul. Orang nak culik baby pun susah la kan, dengan 3-tier security macam ni
Hanya ibu sahaja boleh pegang baby. Mak Su, Mak teh, Mak long – takboleh. Suami pun tak boleh pegang baby. Hanya ibu sahaja.
Zaman covid ni biasanya memang ibu sorang la, dari admission sampai la proses discaj tu.
Ada satu kes dahulu, tag baby tertanggal dan terjatuh masa dari checkpoint 2 ke checkpoint 3.
Ads
Maka pengawal kat checkpoint 3 pelik la kan baby dah tak ada tag masa sampai kat dia
“Mana tag baby?” “Eh tadi ada tau kat atas, maybe dah tercicir”
Jadi, si suami pun bergegas naik semula cari tag. Nasib baik jumpa. Saya kebetulan masa tu memang ada kat lobby, so saja la tengokkan bising-bising, ibaratnya ada pertelingkahan,
“Mak guard tu bising seolah-olah saya nak culik baby plak. Takut saya Dr” Boleh nampak berpeluh dahi mak masa tu.
Mingguan Wanita : Itulah yang biasa mak-mak akan lalui bila bersalin di hospital kerajaan. Mungkin hospital swasta caranya lain, maklum saja bersalin tempat berbayar dengan harga pun boleh tahan tentulah istimewa sikit. Kalau ada kes tertentu itu, semua tidak dijangka, walaupun pihak hospital sudah buat sebaiknya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Sungguh aturan jodoh itu adalah dibawah kekuasaanNya. Bagaimana kita berusaha untuk mencari terbaik dan pasangan yang lebih ‘sempurna’, namun jika sudah takdir, tiada mampu menolaknya.
10 tahun merupakan satu tempoh yang panjang buat pasangan ini. Ditakdirkan pernah berkahwin dan berpisah sebelum ini, namun ikatan jodoh yang kuat menyatukan mereka kembali baru-baru ini.
Perkongsian kisah pasangan Wan Arnie Wan Yusoff dan Mohd Redha Jalil ini viral di Tik Tok menyentuh hati ramai. Hasil perkahwinan mereka pada 2009 dikurniakan cinta hati Adly Rafeq, hanya mampu bertahan setahun lebih, sebelum membawa haluan masing-masing. Selepas 10 tahun pasangan ini diijabkabulkan kembali pada 20 Mac baru-baru ini.
Berikut catatan yang dikongsikan oleh Arnie Yusoff
Hampir 10 tahun, berpisah.
Mencari haluan masing-masing.
Membina dan mencari cinta yang lebih sempurna.
Mengenali yang lain, mengharungi dugaan hari demi hari.
Hampir 10 tahun juga tak putus doa pohon dariNYA.
“Ya Allah, KAU dekatkanlah aku dengan orang yang baik untukku, agamaku, keluargaku. Jika sebaliknya, KAU jauhkanlah. Berikanlah yang terbaik untukku dunia & akhirat”
Hampir 10 tahun, sayang dan cinta pun sudah beralih arah dengan harapan mencari yang lebih sempurna dari sebelumnya.
Hampir 10 tahun, jika Allah dah katakan “Kun Faya Kun”
Jika Allah SWT berkehendak dan mengkehendakinya dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu, MAKA terjadilah ia.
Lain yang dirancang, lain yang jadi.
Hampir 10 tahun juga, akhirnya kami masing-masing berhenti mencari yang lebih sempurna.
Jika ini takdir DIA, kami cuba melengkapi.
Kami percaya dengan aturan DIA.
DIA yang lebih MAHA MENGETAHUI.
Halal yang indah.
Adly Rafeq, ibu hadiahkan ayah untuk awak yang selama 10 tahun ini, awak memahami ibu dan menemani ibu. Sekarang kita dah bertiga.
MW: Tahniah buat pasangan ini. Alhamdulillah walaupun berpisah hampir 10 tahun, jodoh menyatukan mereka kembali.Semoga ikatan yang baru dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Berita baik buat wanita yang ingin berkunjung ke Arab untuk melakukan ibadah umrah mahupun haji, namun sering ‘terhalang’ sebab tiada mahram.. Alhamdulillah, kini tiada lagi halangan berkunjung ke Tanah Suci.Memetik laporan Agensi (Arab News), kini wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi tanpa mahram menggunakan visa pelancong, kata jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH).
Hanya 25 Tahun Ke Atas
Namun, kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah, dan mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk masuk ke negara itu. Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata: “Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari.
“Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah”.
Baru-baru SCTH berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini.
“Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamadkan.
“Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini, dengan kerjasama wakil Pusat Maklumat Kebangsaan dan Kementerian Luar,” kata Omar kepada Arab News.
Sistem Visa Pelancong
Sementara itu, pelaksanaan sistem visa pelancong sepanjang 2008 hingga 2010, berjaya menarik lebih 32,000 pelancong mengunjungi Arab Saudi.
Ketika ini, prosedur pengeluaran visa itu dikendalikan beberapa syarikat pengendali pelancongan yang diberikan lesen oleh SCTH.
Inisiatif visa pelancong ini bertujuan menaik taraf sistem visa pelancong sedia ada bagi membolehkan orang ramai meneroka destinasi baharu pelancongan di Arab Saudi. Ia sekali gus bertujuan menjana sektor pelancongan dan membangunkan perkhidmatan pelancongan serta warisan di negara itu.
Dalam pada itu, ia juga sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kebangsaan 2020 untuk mencapai Wawasan 2030 yang memberi tumpuan kepada industri pelancongan.
Dengan pengumuman ini, semoga lebih ramai wanita dapat merasai peluang kemanisan beribadah di Tanah Suci.
Sebaknya perkongsian penyanyi Di Persimpangan Dilema, Nora Ariffin tentang anak keduanya yang telah kembali ke rahmatullah, Muhammad Sukiyaki Alif Johan.
“Saya ampunkan segala dosa anak saya. Selama 20 tahun, tidak pernah meninggi suara kepada saya. Tiap-tiap hari dia akan bertanya khabar saya.
Anak yang selalu ingin lihat saya bahagia. Alif pergi jumpa papa ye?
Rehatlah di sana Semoga Allah tempatkan Alif bersama orang-orang yang beriman. Al Fatihah”
Akan Dikebumikan Berhampiran Kubur Papanya
Maklum Nora lagi, jenazah anaknya itu akan disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku sekitar jam 3 petang ini.
Dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, berhampiran dengan kubur suaminya, Johan Nawawi.
“In Shaa Allah malam ini lepas Isyak, tahlil di Masjid Kampung Tunku.”
Sebelum itu, Nora juga menulis di instagramnya dengan caption yang cukup meruntun hati disertakan dengan gambar kenangan bersama anak keduanya.
Tulisnya, “Alif pergi jumpa papa.. Dia tak balik dah.”
Alif Johan Bagai Pengganti Arwah Suami
Maklum Nora lagi, arwah anaknya itu ibarat pengganti arwah suaminya. Lagi-lagi sejak anak sulungnya, Muhammad Syakir Iman berkahwin dan berpindah rumah. Alif lah yang banyak membantunya menguruskan rumah dan dua orang adik yang masih menetap bersamanya.
Arwah Alif juga selalu beritahu sebaik tamat belajar dia mahu cari kerja bagi membantunya. Minat nya dalam bidang muzik, membuatnya memasang impian menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkenaan.
Sebelum ini, anak keduanya itu tinggal di asrama. Masih belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
“Kadangkala dia masak untuk kami semua. Bila dia tak dapat pulang, saya akan hubunginya bertanya khabar. Tak sangka kali ini dia tak pulang selamanya.”
Alif meninggal dunia di rumahnya selepas rebah. Pembantu rumah kemudian minta bantuan jiran dan menghubungi abang sulung Alif sebelum ambulans membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
MW :Semoga Allah memberi ketabahan kepada Nora Ariffin dan ahli keluarga yang lain menghadapi ujian besar ini.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.