Ramai yang tahu bahawa bahaya ambil gula secara berlebihan namun sering buat tak kisah dan tak ambil peduli akibatnya pada diri sendiri. Sehinggalah bila macam-macam penyakit dihidapi, barulah rasa menyesal terkesan dalam diri. Menurut perkongsian oleh Dr Hafiz Sulaiman, terdapat 7 sebab kita kena elakkan pengambilan gula tambahan berlebihan yang boleh menjadi toksik sekaligus bagi menguatkan imuniti badan.
LANGKAH UTAMA KUATKAN IMUNITI BADAN, 7 SEBAB KENA ELAKKAN GULA TAMBAHAN.
1. GULA MAKANAN KUMAN
Gula merupakan makanan kuman bakteria dan kulat. Semakin banyak gula kita ambil, semakin pesat kuman ini membiak.Gula berlebihan juga meningkatkan stres dalaman yang merendahkan imuniti. Virus, bakteria, kulat dan parasit badan jadi kuat apabila imuniti badan lemah.
2. GULA MAKANAN KANSER
Bagi pesakit kanser, gula terbukti secara saintifik merupakan makanan bagi sel kanser.Pesakit kanser juga senang mendapat jangkitan kuman apabila imuniti badan lemah.
3.MENINGKATKAN KERADANGAN @ KEBAKARAN DALAMAN
Gula berlebihan meningkatkan aktiviti sel penyebab keradangan. Keradangan ini umpama “kebakaran dalaman” badan kita.Akibatnya, sel-sel badan termasuk saraf, otot sendi dan juga sistem pertahanan badan akan berada dalam keadaan tertekan kerana kebakaran dalaman ini.
4.GANGGU KUMAN USUS
Gula juga menganggu keseimbangan persekitaran (mikrobiom) sistem pencernaan yang merupakan pusat imuniti badan. Kuman “baik” jadi lemah dan kuman penyakit jadi kuat.Gula ringkas berlebihan juga meningkatkan endotoksin (LPS) oleh “kuman penyakit” yang merosakkan lapisan usus dan organ hati.Apabila makanan utama kulat iaitu gula itu banyak..musuh ketat kulat iaitu kuman baik usus pula mati,Kulat akan berpesta. Kulat biasanya jarang keluar kecuali bila imuniti lemah dan gula tinggi..
Contohnya : Penyakit diabetes selalu dapat jangkitan kulat.
Ads
5.BEBANKAN ORGAN HATI
Organ hati penting untuk detoks dan menghasilkan sel imuniti badan contohnya makrofaj.Gula berlebihan terutamanya fruktosa meningkatkan beban di organ hati dan menyebabkan hati jadi berlemak.Hasilnya, fungsi detoks badan jadi lemah dan imuniti badan merosot.
6.SEBABKAN GANGGUAN HORMON
Hormon kenyang (leptin) jadi tak sensitif : kita jadi lapar sokmo. Hormon insulin jadi tak sensitif : Kita jadi penat sokmo sebab gula tercicir kat dalam salur darah saja, tak dapat masuK sel. Penat otot, penat otak, penat jiwa dan “batin”.Gula berlebihan juga meningkatkan risiko gangguan kepada hormon kewanitaan secara tidak.langsung.
7.MENGURANGKAN ZAT BADAN
Bila dah minum manis, makan karbohidrat kosong kurang nutrisi macam mee, roti, pasta, makanan ringan..anak-anak kita jadi ketagih gula dan selera pada makanan berkhasiat jadi kurang. Salah siapa?
Makan bergula ini juga mengurangkan 5 nutrien UTAMA dan PENTING dalam badan kita.Vitamin C, Vitamin D, magnesium, kalsium dan boron. Zat-zat di atas ini merupakan yang terpenting dalam menguatkan ketahanan badan melawan penyakit.
Ads
Gula itu perlu untuk kehidupan. hanya 5 gram (sesudu) diperlukan dalam darah.Bila berlebihan ia jadi toksik. Bila toksik, ia melemahkan imuniti badan.
# Bila toksik, senang dapat jangkitan kuman.
# Bila toksik, lemak badan berlebihan petandanya.
# Bila toksik, organ detoks sendiri kena serang.
# Bila toksik, kuman usus lemah, kuman jahat jadi kuat dalam badan.
# Bila toksik, badan jadi “terbakar” keradangan. Semua sistem badan jadi lemah.
JOM PERANG MELAWAN GULA TOKSIK
SHARE kepada keluarga, sahabat, rakyat Malaysia antara negara pengguna gula yang tertinggi di dunia.
Ads
Ramai tidak tahu, tidak sedar, tidak serius..walhal isu gula toksik ini SUPER SERIUS.
Semoga sedikit usaha kita ini menjadikan masyarakat kita lebih sihat fizikal, mental dan emosi dan diberi ganjaran di akhirat insha Allah.
Dr Hafiz Sulaiman
Pengerusi,
Kelab PERDIM Wellness
Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM)
“Syawal Akan Lebih Gembira Dan Tenang, Tahun Ini” itulah luahan pelakon Puteri Sarah Liyana apabila berkongsi tentang perasaanya untuk sambutan Aidilfitri ini.
Seperti yang diketahui Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah bersetuju untuk bercerai cara baik dan aman pada 18 hb April ini.
Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah menetapkan prosiding kes lafaz cerai Syamsul terhadap isterinya, Puteri Sarah akan disebut pada 18 April ini.
“Syawal Akan Lebih Gembira Dan Tenang, Tahun Ini
Puteri Sarah sejurus selepas prosiding menyatakan rasa kesyukuran kerana urusan perceraiannya dipermudahkan.
“Syawal akan lebih gembira dan tenang, tahun ini,” luah Puteri Sarah seperti mana dilaporkan Berita Harian.
Puteri Sarah juga menerangkan dia tidak mahu berdendam dengan sesiapa dan hanya mahukan ketenangan.
“Apa yang penting, saya tidak mahu bermusuh dan berdendam, itu sahaja. Sebelum ini, banyak perkara yang tidak terjawab.
“Sekarang ini segala-galanya sudah terjawab, jadi saya hanya mahu ketenangan.
“Alhamdulillah, saya sudah menemuinya,”sambungnya.
Anak-Anak Tak Ada Masalah Beraya Dengan Syamsul
Berkongsi tentang sambutan Aidilfitri, Puteri Sarah menyatakan anak-anak tiada masalah untuk beraya bersama ayah mereka.
“Anak-anak tiada masalah beraya dengan bapanya.
“Jika Syamsul beri kerjasama, saya tidak akan menolak.
“Tiada apa nak bermusuh dan bergaduh. Semuanya selesai demi kebaikan anak-anak.
“Saya okay sahaja, tak nak lebih-lebih. Apa yang penting, Syamsul dapat jumpa anak-anak,” kongsinya lagi.
Berkat Ramadan Semuanya Dipermudahkan
Puteri Sarah juga memberitahu perbincangan berlaku pada saat akhir semalam dan segalanya dipermudahkan.
“Berkat Ramadan dan solat tahajud segala-galanya dipermudahkan, hari ini,” katanya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak dapat bayangkan perasaan seorang ayah yang menanti kehadiran anak-anak untuk dijemput pulang setiap hari, tetapi akhirnya kecewa. Hingga ke akhir hayatnya anak-anak tetap berdegil tidak mahu luangkan masa mengambil ayahnya yang negatif covid-19.
Apalah kesalahan sang ayah hingga diperlakukan demikian rupa, bukannya dia positif, kalau bimbang dijangkiti sekali pun dia tetap darah daging kalian.
Kelmarin tular di facebook apabila seorang jururawat memuat naik status tentang betapa kesalnya dia dengan kejadian yang berlaku. Setiap hari berdepan dengan pesakit sudah tentu membuatkan jururawat ini muak dengan segelintir sikap sambil lewa anak-anak terhadap kebajikan mak, ayahnya.
Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua. Berkali-kali hubungi anak beritahu ayah nak balik tak mahu datang ambil, bila meninggal tiga anak datang serentak.
Something bad to share today.. Datang kerja shift pagi hari ini dapat news ada patient meninggal. Yang mana sepatutnya patient sudah boleh discharge dua hari yang lalu sebab covid swab negative.
Call relative (anak lelaki), beritahu tak boleh datang ambil ayah, tengah kerja. Seterusnya call anak lelaki yang lain, wife jawab husband tengah terawih, tak boleh datang ambil juga, call lagi sekali engaged.
Call esoknya pun sama hingga kita ugut hendak report polis, tapi still tidak ada feedback… So terpaksa tunggu plan doctor.
Sekali petang, ajal patient tiba.. So, bila kita call relative beritahu ayah diorang sudah tiada, tiba-tiba tiga orang anak boleh saja datang serentak cepat-cepat…
Kenapa masa call untuk jemput ayah pulang tiada yang datang? Arwah hari-hari tanya anak dia ada call ke tak.. Come on Malaysian…
Pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain, janganlah ada macam ni.. Nanti diri sendiri terkilan.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi pengajaran dan peringatan buat diri kita dan keluarga. Sayangilah mak, ayah selagi mereka masih ada. Bimbang bila mereka tiada mereka di dunia, kita kesal buat selamanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Aktiviti mendaki (Hiking) sejak kebelakangan ini menjadi satu fenomena ataupun hobi yang sangat menarik buat mereka yang suka cabaran dan aktiviti lasak. Tidak hairan juga kalau dahulu tidak ramai orang yang tahu tempat-tempat menarik untuk melakukan aktiviti ini tetapi sekarang? Lihat sahaja di laman sosial media. Ada sahaja tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi untuk melakukan aktiviti mendaki ini.
Tidak pernah takut untuk terokai cabaran baharu, Adam Azrulkhan Hasrullah tekad untuk mencuba aktiviti mendaki ini walaupun dirinya serba kekurangan. Bagi dia, aktiviti mendaki ini merupakan yang memuaskan tanpa boleh diungkapkan dengan kata-kata sebagai gambaran.
Kegagalan tidak mematahkan semangat dia apabila pernah gagal untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Cubaan kali kedua dia berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan bantuan kawan-kawan pendaki yang lain.
Pemburu Puncak (Hiking) Risiko menjadi pendaki gunung adalah tajuk kupasan topik menarik dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi di saluran Astro Prima 105 dan Prima Hd 121 pada jam 11 pagi hingga 12 tengahari. Antara tetamu jemputan, Nabila Huda, pelakon, Adam Azrulkhan Hasrullah dan Encik Mohamad, Timbalan Pengerusi Mencari & Penyelamat Gunung Malaysia (MOSARS).
Antara tip menarik yang dikongsikan oleh Encik Mohamad ialah:
Sentiasa bertenang dan jangan cemas.
Kumpul segala maklumat (seperti: kawasan sekeliling anda, cuaca, dan keadaan sekeliling).
Bawa powerbank bersama anda ketika mendaki.
Lari dalam larian zig zag jika anda terserempak dengan binatang buas dan tinggalkan segala barangan atau beg yang anda bawa.
Bagi yang ingin menonton siaran ulangan atau terlepas menyaksikan siaran langsung program bual bicara Mingguan Wanita, saksikan siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Astro Prima Hd 121 pada jam 5 petang nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bekas suami Kim Seri sah ke penjara, "terima kasih Kim Seri, kau kejam, Allahuakbar... Kes penipuan jenayah melibatkan Kim Seri yang menipu pelancongan ke...