post partum healing

Kadangkala, mak-mak yang lepas bersalin lebih selesa berpantang sendiri di rumah sendiri. Bukan apa, lebih kepada keselesaan berada di rumah sendiri dan tak nak menyusahkan sesiapa. Ia tak salah, apa yang penting perlu ada kerjasama dan tolak ansur daripada suami agar saling membantu dalam urusan rumah tangga.

Namun begitu, jangan risau jika mak-mak perlu melalui proses berpantang sendiri di rumah dan perlu menyediakan menu berpantang sendiri. Ini kerana berpantang sendiri dan memasak makanan sepanjang tempoh berpantang boleh jadi lebih mudah jika ikut ‘strategi’ seperti yang dilalukan doktor Norshazwani Othman ini. Berikut merupakan perkongsian pengalaman beliau yang ketika ini, masih dalam tempoh berpantang sebagai rujukan.

Pantang DIY- Make It Easy For Dummy

Alhamdulillah, hari ini genap sepurnama saya melalui tempoh “post partum healing”. Berbanding perkataan berpantang, saya suka gunakan term “pemulihan selepas bersalin” kerana ia memberi konotasi yang lebih positif dan santai. Perkataan berpantang semacam memberi mood serius, strict dan bosan kerana semestinya terbayangkan ibu berkain batik, comot dengan kerak kerak pilis dan param, terbaring sahaja dan makan makanan yang terhad menunya.

Alhamdulillah, kali ini saya berpeluang untuk berdikari dalam melalui tempoh post partum di rumah sendiri bersama suami dan anak. Hanya pada minggu pertama, saya dibantu sepenuhnya oleh ibu dan suami. Baki 3 minggu, saya dan suami mengelolakan urusan hal ehwal rumah.

Dalam melalui tempoh ini, kami suami isteri banyak bertolak ansur dan saling membantu dalam urusan rumah tangga. Antaranya penyediaan makanan. Kami memilih untuk penyediaan makanan yang sihat, ringkas dan mudah.

Apatah lagi, sesudah seminggu bersalin, saya mula kembali ke ruang bilik study untuk menyiapkan pelbagai assignment, learning activity dan assessment untuk post graduate course saya.

Hampir 2 minggu lamanya saya bertungkus lumus menyempurnakan tugasan itu.Alhamdulillah selesai sudah dengan jayanya.

Prinsip Post Partum Healing saya sangat mudah;

A) Tuntut ilmu kesihatan yang betul daripada pembacaan yang betul dan sahih.

B) Jangan amalkan ikut ikut cakap orang tanpa tahu signifikan tindakan anda. Kalau nak ikut pantang tradiosional, silakan. Tapi ikut yang selaras dengan ilmu kesihatan yang betul dan murni sahaja.

Kalau orang sekat minum air secawan sehari, forget it.
C) Jangan stress. Positif dan ceria.

D) Rancang masa dengan baik. Siapa kata, bercuti waktu pantang boleh buang masa? Habiskan dengan scroll fb atau usha lazada sahaja? Come on, we are better than this.

Hidup terlalu mahal dan singkat utk dibazirkan. Nak masak, mandikan baby, breastfeed semua menggunakan masa. Jadi atur jadual hidup anda.

Strategi Yang Digunakan;

Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak strategi saya untuk memudahkan urusan makanan post partum healing. Makanan ini dimasak sepenuhnya oleh saya dan dibantu dengan penuh dedikasi oleh suami tercinta.

1. Rancang menu mingguan. Suami haruslah ke pasar setiap hujung minggu. Dah boleh google dan kenali ikan dan sayur sebelum isteri anda bersalin.

2. Menu yang dirancang harus mudah dan menggunakan prinsip masakan yang senang dan sihat. Seperti panggang, bakar, steam, rebus, sup. Sayur pula steam/rebus sahaja. Beli sayur tahan lama seperti carrot/brokoli.

3. Hujung minggu, bekerjasama dengan suami untuk sediakan “pek makanan frozen”. Perapkan ayam,ikan, daging dengan rempah/rencah yang sudah dirancang. Contoh, perapan ayam panggang, black pepper, masak halia , sup etc. Bersihkan sayur dan cuci. Masukkan dalam pek yg bersih dan asingkan ikut jenis atau hari. Kupas dan bersihkan atau kisar bahan asas spt bawang, halia.

IKLAN

Doktor Ini Kongsi Strategi Mudah, Nak Sediakan Makanan Sendiri Ketika Post Partum Healing

4. Labelkan pek perapan bahan mentah dengan tarikh/hari yang nak dimasak.

5. Kalau anda ada alat elektrik steamer, pemanggang, oven atau air fryer, itu bonus. Petik je suis dan tunggu makanan masak. Makanan saya dimasak oleh air fryer atau steamer semasa saya mandikan bayi. Jimat masa.

6. Minum air 3 liter sehari. Air masak sahaja. We dont need fancy water. We just need water.

Doktor Ini Kongsi Strategi Mudah, Nak Sediakan Makanan Sendiri Ketika Post Partum Healing

  • a)Untuk berjaya minum 3 L air, saya labelkan setiap 500 mls air di botol dan gunakan bekas yang berstraw. Anda tidak perasan anda sudah minum 1 L dalam masa setengah – 1 jam.
  • b)letakkan botol air di tempat strategik. contoh, 1 botol 500 mls di tempat pam susu. seusai bangun, saya terus ke bilik study , minum air , pam dan menelaah pelajaran.
  • 2 L botol air saya letakkan di ruang tamu.
    sebotol 500 mls air lagi saya letak di bilik tidur.

7. Waktu anda bangun malam untuk pam and susukan anak, keluarkan frozen food pack dari peti ais. Esok pagi, anda sudah boleh masak terus tanpa menunggu untuk defrost. Jimat masa.

8. Makan makanan sihat dengan betul dalam kuantiti yang betul.Ketahui apa yang anda makan, kuantiti yang anda makan.
Suku suku separuh adalah idea yang sangat bernas. Tapi saya tiada pingan model malaysia tu, jadi untuk mudahkan saya guna pinggan ber kompartment.

IKLAN

Doktor Ini Kongsi Strategi Mudah, Nak Sediakan Makanan Sendiri Ketika Post Partum Healing

-Nasi hanya secawan / sebesar buku lima.
-protein 1 hidangan utama.(kukus/bakar/atau goreng dengan minyak paling minimum)
-sayuran/buah 3 hidangan.

Dah pakai model pinggan Malaysia ni, jangan mengada nak tambah. Konsisten dengan kuantiti yang dirancang.
Guna pinggan kompartment ni memudahkan sebab hanya basuh 1 pinggan sahaja. Jimat masa.

Doktor Ini Kongsi Strategi Mudah, Nak Sediakan Makanan Sendiri Ketika Post Partum Healing

9. Banyakkan makan sayuran dan buahan untuk bekalkan vitamin dan serat. Tak payah beli supplement. Vitamin c lah, b complex lah, omega lah, shake lagi.. 2-3 botol tu dah beratus ringgit. Simpan duit itu untuk tabung haji bayi anda. Jika kita ada pilihan yang lebih baik dan cost effective, mengapa perlu membazir?

Pemakanan Betul,Hilangkan Berat Badan

Dengan pemakanan yang betul, mudah untuk kita hilangkan berat dengan cara yang santai. Dalam masa sebulan, saya sudah hilang 12 Kg daripada 15 Kg yang dikumpul selama 40 minggu mengandung. Saya perlu berusaha lebih keras untuk membakar lemak-lemak jahat yang tersemadi sejak mengandung anak pertama dulu. Doakan ya?

IKLAN

Sebelum saya bersalin, suami saya cakap, “ummi tak payah buat apa-apa.Biar baba masakkan untuk ummi 40 hari”.

Tapi melihatkan suami saya terkial kial mengambil masa berjam jam menyiang bahan mentah , saya cakap , tak apalah baba. Baba tolong ummi potong sayur je. Yang lain tu, ummi buat. Dalam sejam, siap semuanya.

Namun, saya tetap menghargai kemurnian hati suami saya untuk meringankan tugas dan memberi keselesaan kepada isteri yang sudah berjuang bermati matian melahirkan zuriat.

Toleransi suami isteri itu penting apatah lagi ketika isteri sedang melalui tempoh penyembuhan.

Berkata lah yang baik baik dan saling membantu.
Moga dipermudahkan untuk ibu ibu sekalian.

Akhir kata,

Berpantanglah dengan ilmu.

Ibu anak dua,
Dr Norshazwani Othman.

Sumber: Norshazwani Othman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI