mulut berbau

Berpuasa mempunyai banyak kelebihannya dan merupakan kewajipan dalam rukun Islam yang ketiga. Sehinggakan bau mulut orang berpuasa dikatakan lebih baik dan seharum kasturi disisi Allah apabila dibangkitkan dihari kiamat kelak.

Dari Abu Hurairah, Bersabda Nabi SAW:

“Demi diriku berada ditangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi. HR Bukhari No: 1771”

Namun demikian, berpuasa bukanlah alasan untuk tidak menjaga kebersihan diri sehingga mengakibatkan mulut berbau.Ini kerana bau mulut ini sangatlah menggangu orang sekeliling ketika bercakap, membuatkan rasa tidak selesa dan boleh merendahkan keyakinan diri.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ada kongsikan 6 cara bagi mengelakkan mulut berbau sepanjang berpuasa.

1. Minum Air Secukupnya

Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.

Doktor Ini Kongsi 6 Cara Elak Mulut Berbau Ketika Berpuasa!

IKLAN

2. Elakkan Minum Kopi Atau Teh Di Waktu Sahur

Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.

3. Kurangkan Bercakap

Kurangkan makan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang boleh buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap(membawang) pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.

Doktor Ini Kongsi 6 Cara Elak Mulut Berbau Ketika Berpuasa!

IKLAN

4. Makan Karbohidrat Secukupnya

Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa bulan Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Keadaan ini menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit ya!.

5. Gosok Gigi Dan Bersihkan Lidah

Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Oleh itu, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan juga floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.

Doktor Ini Kongsi 6 Cara Elak Mulut Berbau Ketika Berpuasa!

IKLAN

6. Pastikan Tiada Masalah Mulut Dan Hidung

Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada hidung, sinus, gigi, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Biar doktor periksa ya!

Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi dalam pada kita berpuasa, kebersihan dan bau mulut juga perlu dijaga untuk keselesaan orang sekeliling.

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI