Ada sebab mengapa perlu beri lebih perhatian jika mempunyai garisan lurus berwarna gelap pada kuku. Ramai yang menganggap ia perkara biasa, tidak berbahaya dari segi kesihatan namun sebenarnya ia juga salah satu petanda mengalami kanser melanoma.

Sila baca perkongsian ilmu kesihatan mengenai perkara ini daripada Dr Khairul Faizie sebagai rujukan;

Aku pernah jumpa, 2 – 3 kes patient yang ada garisan (line) berwarna coklat gelap / kehitaman pada kuku jari nya. ( Lihat gambar). Keadaan ini dipanggil LONGITUDINAL MELANONYCHIA.

Longitudinal Melanonychia – kes yang biasa, bukan kanser.

Garisan itu wujud sebab kehadiran pigmen melanin pada kuku. Melanin ialah pigmen yang beri warna pada kulit, rambut & mata.. Pigment melanin ini dihasilkan oleh sel Melanocytes (sejenis sel kulit).

Tanda Kanser

Kalau anda ada garisan ini pada kuku (tak kisah jari tangan atau kaki), beri perhatian. Walaupun majoriti kesnya ianya keadaan yang tak bahaya / benign (bukan kanser), ia boleh juga jadi satu tanda kanser, dipanggil Melanoma of the nail unit.

Melanoma ialah kanser yang timbul dari sel Melanocytes, yang selalunya melibatkan kulit. So kerana itu Melanoma sinonim dengan nama kanser kulit ( walaupun sebenarnya ia boleh juga melibatkan organ lain seperti usus & di dalam mulut, dan juga kuku).

Sebelum kita nak teliti pasal Longitudinal Melanonychia, kita fahamkan dulu punca punca biasa kenapa kuku ( jari tangan & kaki) boleh ada stain / kesan warna. Ini kita panggil Melanonychia.

Antara Punca Melanonychia:

1. Sebagai tahi lalat ( mole ) atau freckle ( lentigo )
2. Kesan tabiat suka gigit kuku ( nail biting)
3. Geseren pada kuku, contohnya kasut ketat atau bentuk kaki yang abnormal.
4. Faktor keturunan /genetik – mereka yang berketurunan kulit gelap lagi ramai ada garisan hitam / brown ini.
5. Mengandung ( perubahan fisiologi)
6. Penyakit kulit seperti Psoriasis.
7. Penyakit berkaitan hormone, eg Hyperthyroid, Cushing, Addison disease, etc.
8. Penyakit sistemik seperti SLE, Systemic Sclerosis, etc
9. Tindakbalas Xray atau rawatan Phototherapy.
10.Kesan sesetengah ubat seperti ubat malaria / kemoterapi.
11.Pewarnaan berpunca dari bahan asing – contohnya tembakau (merokok), henna ( inai).

Ini Longitudinal Melanonychia yang disahkan kanser ( ACRAL LENTIGINOUS MELANOMA. ALM)

Longitudinal Melanonychia

OK, kalau kesan warna pada kuku itu ialah satu garisan lurus menegak ( vertical), kita panggil Longitudinal Melanonychia. Longitudinal Melanonychia majoritinya tak bahaya (wujud sebab salah satu dari 11 punca yang di list tu).

Yang bahaya bila Longitudinal Melanonychia ini ialah simptom kanser Melanoma pada kuku. Selalunya ia melibatkan ibujari tangan atau ibujari kaki. Kuku pada jari lain boleh juga terlibat.

Kanser Melanoma ada 4 kategori utama, yang mana bila ia melibatkan kawasan kuku ini, ia di bawah kategori yang di panggil:

ACRAL LENTIGINOUS MELANOMA ( ALM)

ALM ni berada di kawasan yang orang susah nak perasan ia wujud, iaitu di kawasan kuku, tapak kaki dan tapak tangan. Ia biasanya di kawasan tangan berbanding kaki. Orang selalu tak perasan / atau abaikan sebab permulaannya ia hanya nampak sebagai satu tanda warna hitam / coklat gelap pada kuku/ tapak kaki/ celahan tapak.

*** Antara mereka yang terkenal ada ALM ialah Bob Marley. Beliau meninggal dunia pada usia 36 tahun kerana kanser ALM ini. ALM Bob Marley bermula hanya sebagai tanda gelap pada kuku kakinya. Tak dirawat betul, ia merebak.

So, katakan anda ada tanda line hitam / coklat gelap ini pada kuku jari atau tangan, wajarkah anda risau ianya kanser?

Apa ciri ciri yang buat doktor suspicious ianya mungkin kanser?
Melanoma / kanser melanoma pada kuku / ALM boleh melibatkan kes kanak kanak.

Kanser ALM.

Antara Cirinya:

1. Saiz pigment itu makin melebar.
2. Warna pigmentasi nya mula berubah ubah / bercampur aduk, ada yang hitam, ada yang coklat cerah.
3. Pigment itu merebak melibatkan kulit berhampiran kuku.
4. Kawasan pigment itu mula melecet / berdarah.
5. Kuku menjadi rosak seperti rapuh / pecah berserpih / menipis

Dr Khairul Faizie

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sila beri perhatian jika ada garisan lurus pada kuku ia mungkin antara pentanda mempunyai kanser Acral Lentiginous Melanoma. Apa-apa pun, sebaiknya segera berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Baca Lagi Di Sini: Gara-Gara Tabiat Suka Gigit Kuku, Gadis Ini Kena Kanser Kulit Hingga Akibatkan Ibu Jari Terpaksa Dipotong!

Sumber: Dr Khairul Faizie