kanser hidung

Rakyat Malaysia pernah dikejutkan dengan berita jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei,36 yang disahkan menghidap Kanser Hidung peringkat awal. Ramai yang bersimpati serta tertanya-tanya apakah antara penyebab kepada kanser ini.

Menerusi perkongsian thread di Twitter daripada Dr Mohd Shaiful Nizam yang merupakan doktor bahagian telinga, hidung dan tekak (ENT) ada menjelaskan mengenai kanser pangkal hidung ini atau dalam istilah sains dikenali sebagai Nasopharyngeal Carcinoma(NPC).

Doktor ENT Ini Jelaskan Selain Merokok, Ikan Kering & Makanan Awet Antara Penyebab Kanser Hidung!

Rokok & Makanan Diawet

Menurut Dr Shaiful, kanser hidung terjadi di bahagian berhampiran pangkal tengkorak yang disebabkan oleh jangkitan virus Epstein Bar serta berisiko dihidapi oleh kaum cina. Kanser ini menduduki tangga kelima selepas kanser payudara, usus, paru-paru dan lymphoma. Penyakit ini berpunca daripada amalan gaya hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet seperti sayur jeruk dan ikan kering.

IKLAN

Doktor ENT Ini Jelaskan Selain Merokok, Ikan Kering & Makanan Awet Antara Penyebab Kanser Hidung!

3 Simptom Utama

Terdapat tiga gejala atau simptom utama bagi penghidap kanser hidung ini. Antaranya bengkak di leher namun tidak sakit, pendarahan hidung/ hidung tersumbat serta kurang pendengaran sebelah telinga.

IKLAN

Doktor ENT Ini Jelaskan Selain Merokok, Ikan Kering & Makanan Awet Antara Penyebab Kanser Hidung!

Cara Rawatan

Umumnya rawatan utama bagi penyakit kanser pangkal hidung ini adalah menerusi Radioterapi & Kemoterapi. Manakala pembedahan pula hanya bergantung pada kes-kes tertentu. Kadar kelangsungan untuk terus hidup pula adalah 5 tahun jika dapat dikesan dan dirawat awal.

IKLAN

Doktor ENT Ini Jelaskan Selain Merokok, Ikan Kering & Makanan Awet Antara Penyebab Kanser Hidung!

Semoga perkongsian ini bermanfaat.Menambah pengetahuan ilmu kesihatan kita mengenai penyakit kanser. Sama-sama doakan wira negara kita, Datuk Lee Chong Wei kembali sihat dan cepat pulih dan boleh beraksi di pentas badminton lagi.

Sumber: Dr Mohd Shaiful Nizam

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI