Ibu 7 anak ini, Rohamiah Muda berkongsi tip mendidik anaknya yang ramai. Ada juga tip yang diperoleh dari seorang ustazah. Inilah zikir dan doa malah amalan yang boleh ibu lakukan bila-bila waktu.
Lagi-lagi bila ada anak ramai, cabaran ibu semakin berganda. Itu orang fikir, pandangan ibu ini yang telah melalui nyata berbeza. Anak ramai semakin memudahkan kerjanya.
Haa.. macam mana ibu ini buat. Dengan amalan, doa dan zikir yang ibu ini catatkan.
Saya hanya senyum mendengar komen daripada kawan dan sahabat tentang perkara ini.
Sebenarnya, ketika saya anak dua dahulu pun begitu juga. Saya kagum dengan ibu-ibu yang dikurniakan anak yang ramai.
Tetapi, apabila saya sendiri dikurniakan anak yang ramai, terasa mudah. Dan, hakikatnya ketika anak pertama hingga ketiga masih kecil terasa agak susah dan agak penat
Namun, apabila anak pertama, kedua dan ketiga semakin membesar, urusan saya sebagai ibu semakin mudah.
Kenapa?
Kerana anak pertama sudah boleh diharap untuk menolong kita apa yang patut.
Kemudian, anak kedua dan ketiga semakin besar, mereka dapat adik lagi. Urusan juga semakin senang.
Hinggalah sekarang, apabila semua anak semakin besar, mereka sudah pandai urus diri dan berdikari.
Saya sebagai ibu memberi tunjuk ajar dan arahan sahaja.
“Baju sekolah jangan lupa gosok!”
“Baju lipat sendiri!”
“Kemas ruang tamu!”
Ads
Ibu anak 7, Rohamiah Muda
Ibu Perlu Jadi Teladan Yang Baik, Baru Anak Mudah Ikut Arahan
Alhamdulillah, jika kita sebagai ibu memberi contoh teladan yang baik, anak-anak mudah mengikut arahan yang diberi
Mudah, kan?
Jika kita fikir mudah, ia akan menjadi mudah. Jika kita fikir susah, ia akan menjadi susah.
Begitulah cara mendidik anak yang seterusnya.
Bahkan, anak ramai ni mereka sudah ada kawan bermain di rumah. Tidak perlu keluar rumah lagi untuk mencari kawan.
Seperkara lagi, ibu-ibu yang mempunyai anak yang ramai mesti ada satu sifat iaitu sabar, sabar dan terus sabar. Itulah yang Islam ajar.
Setiap hari, ibu-ibu berhadapan dengan karenah anak-anak yang sama seperti bermain, bergaduh, bergurau dan juga usik-mengusik. Sekejap ketawa, sekejap lagi menjerit.
Ads
Telinga yang mendengar pun rasa sakit. Lama-lama ibu juga bertempik.
Itulah rutin saya setiap hari. Saya angggap ia sebagai suara-suara yang sedang menyanyi. Kerana saya fikir, tanpa mereka, pasti rumah akan sunyi. Itulah dunia untuk mereka nikmati.
Semakin anak membesar, semakin mudah diurus.
10 Amalan, Doa Dan Zikir Agar Direzekikan Mudah Urus Anak
Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tip dalam pendidikan anak:
1. Selepas berwuduk, lapkan air basahan wudhuk pada wajah dan kepala anak-anak sambil membaca selawat.
2. Mengulang zikir ‘Ya Latif Ya Latif ketika membuat air dan memasak.
3. Memeluk dan mencium mereka ketika mereka bergaduh.
Ads
4. Ucapkan mama sayang ….(sebut nama anak)
5. Doakan anak-anak dan sebutkan nama setiap anak.
6. Sebelum mereka ke sekolah atau ke asrama, bacakan surah Ar-Rahman ayat 1-4 ke ubun anak-anak. Kemudian zikirkan “Ya Hafiz Ya Muhaimin”. Boleh juga letakkan tangan di kepala mereka sambil membaca ayat dan zikir di atas.
7. Setiap hari, sedekahkan al-fatihah untuk setiap anak.
8. Sentiasa berkata yang baik dan tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
9. Jika anak-anak bergaduh, sama ada di dalam rumah atau di dalam kereta, ibu boleh laungkan azan di hadapan anak. Kerana anak yang sedang bergaduh, sebenarnya sedang diganggu syaitan. Apabila azan, syaitan akan lari. Tapi, dengan syarat lafaz azannya mesti betul ya.
10. Ilmu ini saya dapat daripada seorang ustazah di sekolah anak saya. Ketika anak tidur, bacakan ayat Qursi dan surah Al-Insyirah serta tiupkan pada ubun-ubun anak.
Insya-Allah, Allah akan mudahkan urusan kita dalam menjaga anak-anak. Sebagai ibu, kita bukan sahaja menjaga fizikal anak, bahkan rohani dan jiwa mereka perlu diberi keutamaan.
Fasha nasihat wanita perlu miliki duit simpanan sendiri. Benarlah apa yang diperkatakan oleh Fasha ini.
Keberaniannya menghadapi liku-liku kehidupan, termasuk mengharungi pelbagai ujian dan kontroversi, menjadikan Fasha sebagai contoh wanita cekal yang tidak mudah mengalah.
Keperibadiannya yang mesra dan rendah hati, serta keupayaannya untuk bangkit dari sebarang kesulitan, adalah contoh nyata seorang wanita yang berdikari dan penuh inspirasi.
Fasha Nasihat Wanita Perlu Miliki Duit Simpanan Sendiri
“Sebagai seorang wanita kita harus berdikari dan memiliki duit simpanan sendiri. Binalah kerjaya agar kita tidak mudah ditindas oleh sesiapa saja. Jika jatuh kita perlu bangkit dan jangan lemah.
“Semua wanita termasuk suri rumah perlu ada pendapatan peribadi. Dunia sekarang ni banyak yang dah berubah jika duduk di rumah sambil jaga anak pun boleh jana pendapatan. Percayalah kita akan gembira dan hidup bahagia jika ada simpanan.
“Masalah yang datang kadangkala pahit tapi sebagai wanita kita kena lalui dan pengalaman itulah yang akan membawa kehidupan menjadi manis,“ ujarnya.
Dibesarkan oleh ibu tunggal, Hatijah Teh Man, Fasha mengimbas kehidupannya sewaktu zaman kanak-kanak yang agak susah. Ibunya bekerja keras untuk membesarkan anak-anak dan ini memberikan kekuatan kepada Fasha untuk terus berusaha dan berdisiplin dalam hidup.
“Mama ibu tunggal. Masa kecil mama bekerja keras siang hingga ke petang setiap hari mencari nafkah tanpa dibantu papa. Ketabahan mama menjadi faktor saya berjiwa kental, kuat dan berdikari.
“Masa kecil kami terpaksa catu makanan, bukan seperti kanak-kanak lain. Kami adik-beradik kena berjimat sebab hidup serba kekurangan. Masa sekolah rendah, ingat momen pada waktu itu mama beli coklat dan kami akan kongsi adik beradik. Mama juga ajar agar kami bersyukur dengan rezeki yang datang,” luah Fasha yang sangat mengagumi ketabahan ibunya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Lisdawati,40 dan suaminya, Fauzi Nawawi,45 yang baru sahaja menimang cahayamata keempat mereka malam tadi.Tidak seperti kebanyakan para selebriti yang suka mengumumkan kehamilan di awal trimester, bagi Lisdawati lebih selesa ‘merahsiakan’ kehamilan tersebut sehinggalah bayi selamat dilahirkan.
Pengumuman kelahiran bayi lelaki mereka dikongsikan didalam akaun Instagram Lisdawati sendiri apabila memuat naik, tag bayi memaparkan maklumat kelahiran bayi.Lisda telah melahirkannya secara normal (SVD) di Hospital Pakar Al Islam pada jam 10.23 malam tadi dengan berat bayi 3.54kg.
Disamping gambar tersebut; Lisda turut berkongsi kapsyen pendek “Syukur Alhamdulillah Atas Doa Semua..”
Didalam posting sebelum ini, Lisdawati juga ada memohon maaf jika ada sebarang kesalahan mahupun kesilapan dirinya, serta meminta agar mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
“Assalamualaikum semua.. dikesempatan ini saya nak minta maaf pada semua yang mengenali diri kerdil ini . Jika ada kesilapan atas kekhilafan saya sebagai hamba Allah swt.Mohon seribu kemaafan.Doakan saya di permudahkan segala urusan.”
Ramai yang mendoakan pelakon ini selamat bersalin tidak kurang juga mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi keempat tersebut.
Terdahulu, pasangan bahagia ini telah 11 tahun mendirikan rumahtangga dan memiliki 3 orang anak, Nur Aina Farhana, 10 dan Nur Aina Fazneesya, 9 dan Ahmad Nur Fyrdaus,4. Mingguan Wanita mendoakan semoga dengan kehadiran cahamata keempat ini menambahkan lagi rezeki dan kebahagiaan buat keluarga ini.
Bayangkan.. nak berjalan pun sampai tak lepas nak jejak lantai tu. Sebab dikelilingi permainan anak yang banyak. Bukan tak boleh belikan anak permainan, cuma ada panduannya.
Ibu ini, Hanisah Zulkifli berkongsi cara dan tip mengurus permainan anak yang banyak tu. Dan mengapa permainan yang terlalu banyak ini menjadi punca ibu stress.
Minimalis : ‘Permainan Anak Yang Banyak’ Rupanya Ini Punca Stress Ibu
Baru saya tahu selama ni, inilah punca stress saya. Mainan anak yang terlalu banyak!
Saya akan jadi stress bila anak mula sepahkan mainan. Penuh di lantai. Sampai nak jalan pun kadang-kadang terpijak. ‘Nikmat’ terpijak tu hanya Allah saja yang tahu. Lagi bertambah stress dibuatnya!
Jadinya saya terus ambil mainan anak-anak, letakkannya di dalam plastik dan simpan di dalam setor untuk sementara waktu.
Saya hanya tinggalkan 3 jenis mainan sahaja untuk Shahid. Blok kayu, Knob Puzzles dan Stacking Cup.
Permainan yang sesuai dengan umur Shahid sekarang. Cukup satu bulan nanti, saya akan gantikan pula dengan mainan yang lain.
Tip Susun, Elak Permainan Bersepah
Tips ini saya dapat daripada Dr. Nabilah Solehah di seminar minggu lepas. Bila saya aplikasikan tips ni di rumah, nampak lapang bilik kanak-kanak bijak soleh solehah tu sekarang.
Dan tiada lagi mainan bersepah di sana sini. Hati pun tenang tak perlu kutip mainan setiap pagi.
Jangan risau ibu ayah, anak akan jadi lebih kreatif bila mainan terhad kerana mereka akan cenderung meneroka keadaan sekeliling dan mampu untuk merangsang daya imaginasi mereka nanti.
Daya imaginasi ini amat penting bagi anak-anak. Memetik kata-kata Einstein,
“The true sign of intelligence is not knowledge, but imagination.”
“Tanda kecerdasan yang sebenar bukanlah pengetahuan tapi imaginasi.”
Selain daripada itu, daya fokus anak juga akan lebih panjang kerana apabila terlalu banyak pilihan mainan, anak akan mencari mainan yang lain jika permainan sebelum itu memerlukan penyelesaian masalah dan mereka tak dapat selesaikannya.
Nak kurang stress rumah bersepah dengan mainan anak, ibu ayah bolehlah guna tips ini. Dan seronoknya apabila mainan terhad, anak-anak akan lebih menghargai mainan yang ada.
Sharekan tips awesome ini pada ibu ayah yang lain supaya kita dapat mendidik anak tanpa rasa stress.
MW :Dah faham kan mak ayah, sebenarnya banyak cara nak bagi anak seronok dan berkreatif.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!