Kecantikan

DIY Tutorial ‘Knoted Headband’ Comel, Senang Nak Buat & 5 Minit Siap!

Share

Senang rupanya nak buat ‘Knoted Headband’ ni tak sampai 5 minit dah boleh siap! Mak-mak yang ada anak perempuan, mesti suka gayakan dengan headband comel-comel macam ni, lebih-lebih lagi kalau sedondon dengan baju. Tapi kalau nak beli macam-macam warna & jenis boleh tahan juga harganya.

Mak-mak boleh cuba buat sendiri je  ‘Knoted Headband’ ni untuk anak ikut tutorial yang dikongsikan oleh Yuslina Yusof. Customade ini. Boleh beli kain ikut pilihan corak yang kita suka atau boleh je guna perca kain yang ada kat rumah & jadikan knoted headband untuk anak.

Berikut antara perkongsian tersebut:

Bahan-Bahan:

Kain – seeloknya kain yang jenis (strechtable) mudah meregang seperti lycra
Gunting
Mesin jahit

Cara Membuat:

1.Potong kain dalam ukuran 20″ panjang x 8″ lebar.

2.Kemudian, lipat dua kain dan jahit bahagian dalam kain tersebut.

3.Setelah itu terbalikan kain tersebut bahagian luar.

4.Kemudian ikat/ simpulkan pada bahagian tengah.

5.Jahit pula dan cantum bahagian sisi.

6.Gerakkan ikatan tadi ke arah jahit cantum tadi.Pastikan cantuman jahitan tadi bersembunyi di sebalik ikatan.

7.Tada!! tak sampai 5 minit dah siap!

Selamat Mencuba!

 

Sumber:Yuslina Yusof. Customade

 

IKLAN