
Senang rupanya nak buat ‘Knoted Headband’ ni tak sampai 5 minit dah boleh siap! Mak-mak yang ada anak perempuan, mesti suka gayakan dengan headband comel-comel macam ni, lebih-lebih lagi kalau sedondon dengan baju. Tapi kalau nak beli macam-macam warna & jenis boleh tahan juga harganya.
Mak-mak boleh cuba buat sendiri je ‘Knoted Headband’ ni untuk anak ikut tutorial yang dikongsikan oleh Yuslina Yusof. Customade ini. Boleh beli kain ikut pilihan corak yang kita suka atau boleh je guna perca kain yang ada kat rumah & jadikan knoted headband untuk anak.
Berikut antara perkongsian tersebut:
Bahan-Bahan:
Kain – seeloknya kain yang jenis (strechtable) mudah meregang seperti lycra
Gunting
Mesin jahit
Cara Membuat:
1.Potong kain dalam ukuran 20″ panjang x 8″ lebar.
2.Kemudian, lipat dua kain dan jahit bahagian dalam kain tersebut.
3.Setelah itu terbalikan kain tersebut bahagian luar.
4.Kemudian ikat/ simpulkan pada bahagian tengah.
5.Jahit pula dan cantum bahagian sisi.
6.Gerakkan ikatan tadi ke arah jahit cantum tadi.Pastikan cantuman jahitan tadi bersembunyi di sebalik ikatan.
7.Tada!! tak sampai 5 minit dah siap!
Selamat Mencuba!
Sumber:Yuslina Yusof. Customade
Rawatan Ukup Wangi Rahsia Harumkan Tubuh, Anak Dara Sampailah Mak Bersalin Sesuailah Mencuba

‘Ukup Wangi’ Dengar namanya pun jarang-jarangkan? Apatah lagi nak kenal jenis rawatannya. Buat mak-mak generasi baru terutama yang umur 30-an itu, ukup wangi ini lebih kurang macam bertangas basah.
Bagi wanita bersalin, ukup wangi akan digunakan dalam aktiviti penutup pantang. Penyediaan ukup wangi ikut perbidanan adat Melayu, bidan akan menggunakan bahan-bahan yang wangi. Misalnya:
Bunga-bungaan
Limau purut
Daun pandan dan sebagainya.
Menurut Perunding Jamu, Norliza Mohd Salleh, ukup wangi sesuai dilakukan oleh anak dara. Biasa bagi orang dulu, ukup wangi akan dilakukan kepada anak dara yang bakal mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.
Cara Penyediaan Ukup Wangi
1. Rebus air bersama daun pandan sehingga menggelegak.
2. Selepas itu barulah letakkan bahan-bahan seperti bunga dan limau bagi mengekalkan kesegaran ketika berukup.
Ukup wangi dilakukan seperti bertangas basah. Sama ada kain diselubung dari satu badan atau hanya paras pinggang ke lantai saja. Wap ukup wangi akan dihalakan ke daerah miS V.
Khasiat ukup wangi : melancarakan perjalanan darah, memberi keharuman dan sebagainya.
Sumber/Foto : Norliza Mohd Salleh
Manakala daripada sumber Ensiklopedia Perbidanan Melayu, Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan Dan Penjagaan Kesihatan, karya Anisah Barakbah pula menjelaskan rawatan ukup wangi dapat membantu menghilangkan bau badan, terutama di bahagian ketiak dan bahagian alat sulit di samping memberi kesan kesegaran dan mengharumkan seluruh badan.
Kaedah rawatan yang dikongsikan ini turut memberi bahan-bahan penyediaan ukup wangi:
2 – 3 botol air mawar
7 helai daun pandan – hiris halus
3 biji limau purut – potong nipis
1 genggam akar wangi
1 genggam bunga melur
1 genggam bunga mawar
Cara menyediakan :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk tanah dan tutup dengan daun pisang sebelum didihkan.
Memulakan ukup wangi
1. Letakkan periuk di dalam tong tangas.
2. Tebuk daun pisang untuk mengambil wapnya.
3. Bagi memastikan wap tidak keluar, berselimutlah dari paras leher ke lantai dalam posisi di atas tong tangas.
Lakukan Senaman Tarik Nafas Semasa Bertangas
Mak-mak yang nak dapatkan kekuatan otot saluran sulit dan rahim dinasihatkan amalkan senaman tarik nafas semasa bertangas.
Caranya, mulai kiraan sedaya yang mampu sehingga mencapai kiraan kemutan melebihi 30 kali.
Tarikan nafas hendaklah melebihi 30 kali dilakukan dari ari-ari serta perut dan dilepaskan dengan lembut melalui mulut dalam keadaan rehat.
Jangan lakukan tarikan nafas dan melepaskannya secara gopoh atau pernafasan biasa.
Cara yang baik adalah dengan menarik nafas panjang, kemudian tahan nafas sambil mengempiskan perut (kiraan hingga 10) dan dengan lembut lepaskan.
Rehat seketika dengan bertenang. Seterusnya ulangi hingga kiraan mencukupi.
Rujukan : Ensiklopedia Perbidanan Melayu, Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan Dan Penjagaan Kesihatan
Tip Pilih, Cara Ukur Masa Nak Beli Bra, Rahsia ‘Aset’ Nampak Cantik Terletak

Tip Pilih, Cara Ukur Masa Nak Beli Bra, Rahsia ‘Aset’ Nampak Cantik Terletak.
Setiap wanita mempunyai saiz dan jenis payudara yang berbeza. Memilih bra bukan sekadar cantik pada pandangan mata. Faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukuran yang tepat serta keselesaan.
Sebenarnya masih ramai melakukan kesalahan ketika memilih bra yang sesuai dan selesa walaupun telah meningkat usia. Kesannya ‘aset’ anda lari bentuknya.
Bagi wanita selepas bersalin, ukuran aset anda juga akan berubah. Maka sebab itulah pentingnya anda memilih bra dengan saiz yang betul. Pernahkah anda mengalami kesukaran dalam memilih bra?
Buat wanita yang telah bergelar ibu amat penting untuk anda memilih dan memakai bra yang betul. Ini bagi memastikan agar aset anda akan kelihatan ‘elok terletak.’ Tentu anda tidak mahu aset anda yang satu ini nampak ‘jatuh’ bukan?
Berikut dikongsikan tip bagi memudahkan anda memilih bra yang tepat.
CARA UKUR SAIZ BRA MENGGUNAKAN PITA UKUR
Anda boleh mengukur saiz bra sendiri di rumah dengan mengambil dua ukuran yang dinyatakan sebelum ini dengan pita ukur.

1. UKUR LILIT BAJU DALAM
Ukur (inci) kawasan pinggang yang terletak betul-betul di bawah lilitan bra anda, bahagian bawah dada. Pastikan anda menarik pita pengukur dengan ketat tetapi jangan terlalu ketat.
2. UKUR SAIZ CUP
Kemudian, ukur di sekeliling badan pada bahagian payudara (di mana puting anda berada). Juga jangan terlalu ketat, cukup pastikan ia tidak terlalu longgar. Catat ukuran dalam inci.
3. KEPUTUSAN (A, B, C ATAU D)
Sebaik sahaja anda mempunyai dua nombor, anda perlu mencari perbezaan antara mereka untuk menentukan saiz cup anda. Saiz cup tolak saiz ukur lilit, perbezaan yang dicatatkan adalah saiz cup anda.
*Jika saiz cup sama dengan saiz ukur lilit, anda adalah cawan A.
*Jika saiz cup 1 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan B.
*Jika saiz cup 2 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan C.
*Jika saiz cup 3 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan D.
*Jika saiz cup 4 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan DD.
*Jika saiz cup adalah 5 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan E.
*Dan sebagainya.
Ukuran ini adalah titik permulaan sahaja. Anda mungkin perlu mencuba banyak bra untuk mencari yang sesuai.
TIP MEMILIH BRA
1. Pastikan jalur memanjang di sekeliling belakang anda berasa tegang tetapi tidak terlalu ketat kerana ia merupakan sumber sokongan utama daripada bra anda. Kebanyakan sokongan harus datang dari jalur bra bukan tali bra.
Pemilihan bra yang salah, akan membuatkan anda berasa sangat tidak selesa dan akan menyebabkan bonjolan atau tanda yang tidak sedap dipandang.
2. Jika cup pada bra kelihatan berkedut atau mempunyai ruang di bawah lengan, kemungkinan saiz cawan terlalu besar untuk anda. Manakala sebaliknya, jika isi di bawah lengan atau bahagian atas cup bra membonjol, itu tandanya bra yang anda pakai terlalu kecil.
3. Kalau anda memakai bra berwayar, jalur bawah di bra harus diletakkan dengan kemas pada sangkar rusuk dan harus duduk tepat di antara payudara anda untuk memberikan ruang pemisahan dan sokongan yang baik.
4. Cuba pasangkan bra pada cangkuk tengah untuk memberi banyak ruang pelarasan, kerana badan anda mungkin berubah.
5. Jangan lupa untuk melaraskan tali bra untuk mencari kedudukan yang paling selesa.
Anda sudah pun tahu cara mengukur dan memilih bra yang betul bukan? Jadi selepas ini tiada lagi masalah untuk membeli bra. Tiada lagi masalah beli bra tapi tak selesa dipakai!
Kredit foto (top image): Pexels
Anak Dah 3 Tapi Macam Anak Dara, Amalkan Minum Susu Kunyit Untuk Awet Muda & Tubuh Kekal Ramping!

Ada pelbagai cara yang mak-mak boleh amalkan untuk menjaga kesihatan dalaman, kekal awet muda dan bertubuh badan langsing. Salah satu cara tradisonal yang boleh dicuba adalah dengan mengamalkan minuman ‘Susu Kunyit’.
Menurut perkongsian Nurul Arija, amalan minum susu kunyit mempunyai pelbagai khasiat dan banyak kelebihannya. Antaranya ia adalah untuk kekal awet muda, malah dikatakan baik untuk percernaan dan berkesan untuk pembuangan angin dalam badan .
Berikut antara perkongsian beliau sebagai panduan;
“Cara nurul jaga penampilan untuk kekal awet muda , anak dah 3 orang tapi macam anak dara.”
“Ya korang, selain jamu nurul ada amalkan beberapa tips untuk menjaga kesihatan dalaman dan kekal langsing.”
“Tak kira yang belum kahwin atau sudah punyai anak, SUSU KUNYIT ni bagus untuk pencernaan dan sangat berkesan untuk pembuangan angin dalam badan dan juga mampu mencegah kanser.”
Paling berkesan untuk pecahkan lemak bagi yang mahu kurus! Nurul lebih memilih cara tradisional berbanding yang moden. Dengan rela hati nurul nak share air Susu kunyit untuk sesiapa yang nak sentiasa awet muda dan body kekal ramping .
Rasa dia sangat sedap krupp krapp tergigit badam yang rangup rasa lemak-lemak manis susu campur badam.Serius sedap ! tak meloyakan, minum pagi sampai ke tengahari masih lagi kenyang .
Bahan-Bahan:
1 gelas susu segar
2 sudu madu Asli
4 biji badam (ditumbuk kasar)
2cm kunyit hidup (ditumbuk kasar)
Cara Membuat:
1.Panaskan susu segar dalam periuk dengan api sederhana.
2.Masukkan kunyit hidup dan badam yang telah ditumbuk kasar.
3.Tuang susu tersebut didalam gelas dan masukkan madu asli, serta kacau sebati.
Siap! Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Minum ketika suam dan amalkan sebelum tidur 4 kali seminggu.
MW: Jadi mak-mak yang nak cantik dan sihat, bolehlah amalkan minum susu kunyit ini selalu. Bukan sahaja sedap malah berkhasiat untuk tubuh badan.
Sumber: Nurul Arija