DIY Repair Pintu Plywood Kos RM70, Puas Hati Sangat Takda Kesan Pecah! Bila pintu plywood rumah di rumah berlubang-lubang dan pecah sebenarnya kita boleh baiki sendiri je. Lebih jimat bajet dan tak perlu nak tukar pintu rumah baru. Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak malah cara nak baiki pun mudah.
Boleh cuba baiki sendiri pintu Plywood yang pecah ikut cara yang dikongsikan oleh Abu Aqil sebagai panduan;
Hari Ini Tukang repair plywood door pecah.
Kos barang dalam ±RM70.Harga pintu plywood ni RM200. Mahal banding pintu plywood biasa sebab kat bahagian bawah pintu ni ada louver untuk ventilation.
Potong 45° keluar, di keliling lubang. Ini supaya wood filler yang akan digunakan nanti akan lebih mencengkam ke plywood pintu ni dan kurangkan risiko rekahan di keliling lubang.
Gosok dengan kertas pasir di keliling lubang.
Langkah 2:
Sumbat potongan kotak di dalam pintu di keliling lubang. ini bagi membantu penggunaan PU foam selepas ini.
Ads
Langkah 3:
Spray PU foam sehingga ia memenuhi ruang dalam lubang.
Langkah 4:
Selepas beberapa jam PU foam mengeras (tak keras mana pun, jadi macam span yang agak tumpat je) Potong lebihan foam supaya rata dengan pintu.
Gunakan scrapper yang lebih lebar daripada lubang sebagai rujukan. pastikan foam tu ada gap 2-3mm daripada scrapper supaya wood filler yang akan digunakan selepas ini dapat betul-betul rata dengan permukaan pintu.
Langkah 5:
Ads
Guna scrapper untuk ratakan wood filler. Pastikan guna scrapper yang lebih lebar daripada lubang dan masa tarik scrapper tu, terus tarik dari kanan ke kiri, jangan berenti tengah jalan. ulang banyak kali sampai rata.
Tunggu sehingga wood filler ni kering. Sebab lepas kering, mungkin ada rekahan seperti dalam gambar ni. Ulang semula proses ratakan wood filler.
Langkah 6:
Ni wood filler dah kering dan takda rekahan lagi.
Gosok kertas pasir sehingga halus mulus.
Ads
Langkah 7:
Terus boleh cat! gambar ni cat basah lagi. Lepas kering dah takda beza.
Puas hati sangat ni first time buat..langsung takda kesan pecah tu. Alhamdulillah!
Mingguan Wanita: Begini rupanya, nak baiki sendiri pintu plywood yang pecah. Memang jimat kos. Takda kesan pecah pun dan paling penting tak perlu tukar pintu baru.
Ayam boleh dikatakan barangan mentah wajib ada dalam peti sejuk setiap kali beli ‘lauk’ di pasar. Jika selalu ayam yang dibeli diasingkan dalam beberapa bekas dan disimpan terus dalam peti sejuk. Namun, bila simpan cara begini ayam beku tersebut jadi keras, melekat dan lambat dicairkan.Sebenarnya ada cara mudah untuk simpan ayam dalam peti sejuk. Barulah ayam elok seketul-seketul tak melekat, senang direndam dan cepat dimasak.
Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Suzana Zainal ini.
Saya nak berkongsi cara saya simpan ayam atau daging atau ikan
Cara-Caranya:
1.Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2.Selepas itu letak dalam dulang, pastikan tak melekat antara satu sama lain.
3.Masukkan dalam tempat beku dalam 2 hingga 3 jam.
4.Selepas dah beku ambil satu persatu dan masukkan dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang, tak payah rendam semua, cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
MW:Setiap orang ada cara dan tip yang tersendiri. Menarik juga cara simpan ayam begini.Elok seketul-seketul tak melekat dan senang nak masak. Jadi tak perlu rendam semua, ambil beberapa ketulan yang di mahu dimasak sahaja. Malah ayam beku pun cepat cair dan tak keras bercantum-cantum.
Sumber: Suzana Zainal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Buah Strawberi antara buah yang cukup sensitif, mudah lembik, berair dan rosak jika disimpan begitu sahaja dalam peti sejuk.Jika mak-mak selalu beli buah Strawberi dalam jumlah yang banyak, baik untuk makan sendiri atau untuk hiasan pada kek jualan sebaiknya ikut cara simpan yang betul untuk buah ini. Barulah buah Strawberi boleh bertahan lama dan kekal segar sehingga dua minggu.
Berikut tip perkongsian daripada Puan Rahayu Ruslisebagai panduan.
“Mesti ada yang penggemar strawberry atau bakers-bakers yang selalu guna strawberry dilema untuk simpan buah strawberry supaya tahan lama kan.”
Meh sini sis nk share cara simpan buah strawberry supaya tahan lama, tak berkulat dan berair.Insya Allah boleh tahan satu minggu hingga dua minggu (bergantung pada kesegaran buahnya).
Tip untuk tahu buah segar atau tak, kena tengok daunnya.Kalau daun masih hijau, takde kuning-kuning atau hitam, Insya Allah buah masih segar.
Benda pertama kena buat mesti lah kena pergi beli buah strawberry dulu. Terpulang la nak gi beli kat mana. Asalkan buah strawberry tau.
Boleh tengok step pada setiap gambar ye.Moga bermanfaat.
Bahan Diperlukan:
Buah Strawberry
Tisu
Bekas Untuk Simpan
Kita perlukan buat Strawberry, tisu (tisu yang tebal ye, nak guna tisu dapur pun boleh. Supaya air-air wap boleh meresap pada tisu dan tisu tak cepat lembik).
Bekas untuk simpan. Saya guna bekas yang letak kek je. Bekas tu make sure berlubang ye.Supaya udara dapat keluar masuk. Nanti takde la air bertakung dalam tu. Saya tebuk bekas guna pemutar skru suami.
Cara-Caranya:
1. Basuh tangan bersih-bersih. Ambil buah, sebolehnya buah dalam keadan kering letak atas tisu.Pastu balut ikut kreativiti.
2. Janji buah berbalut macam ni.
3. Habis semua, susun dalam bekas tadi. Susun elok-elok supaya tak terbuka.
Kediaman harus dijaga rapi. Setiap insan sememangnya mahukan keselesaan kedaman. Apatah lagi buat mereka yang sudahpun mendirikan rumahtangga. Begitu juga dengan pendirian Siti Aisya Kamaruddin, 28, dalam menguruskan rumah tangganya dengan baik, bukan sahaja suami dan anak yang perlu dijaga, bahkan kediaman juga harus dijaga rapi.
Bak kata pepatah ‘Rumahku Syurgaku’, maka tidak hairanlah Siti Aisya dan suaminya, Mohamad Fahmi Misroh, 28 ini sanggup berhabis untuk rumahnya bagi mendapatkan keselesaan dan ketenangan.
Kediaman Harus Dijaga Rapi
“Alhamdulillah, rumah kediaman kami ini mencukupi untuk kami sekeluarga berehat. Malah saya juga bersyukur akhirnya saya dapat memiliki rumah pertama dan baru saja berpindah beberapa bulan yang lalu,” ujar Siti Aisya memulakan perbualan.
Ketika melangkah masuk ke kediaman ini sememangnya, penulis berasa agak kagum, walaupun ruang rumah sederhana namun susun atur cukup moden dan menarik.
“Kami meminati konsep ringkas, minimalis dan moden. Tidak terlalu feminin ataupun maskulin. Kami memberi kebebasan kepada syarikat pereka dalaman yang dilantik iaitu ADCS (AD Creative Studio) untuk menghasilkan rekaan yang sesuai untuk kami berdasarkan konsep yang dipilih,” ungkap ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini.
Sanggup Berhabis Demi Keselesaan Kediaman
Mengeluarkan kos sebanyak RM60,000 untuk pengubahsuaian Siti Aisya mula minat melakukan dekorasi rumah dari rancangan TV, Casa Impian. Sejak daripada itu, dia juga telah berhasrat untuk mendapatkan rumah idaman apabila sudah memiliki rumah sendiri.
“Sumber inspirasi banyak datang dari media sosial seperti Instagram, Facebook dan Pinterest. Alhamdulillah, bajet kami cukup untuk menghasilkan sentuhan sebegini buat kediaman kami.Tidak salah untuk berbelanja sedikit demi kediaman idaman. Kami juga tidak perlu meluangkan masa yang banyak untuk membersihkan dan mengemas rumah,” sambung Siti Aisya.
Ditanya tentang ruang kesayangannya, Siti Aisya menerangkan ruang vanity di bilik tidur utama menjadi kegemarannya. Manakala suami pula gemarkan panel helmet di ruangan makan.
Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung oleh seorang isteri. Itulah yang kini dilalui oleh Datin Seri Zizie Ezette, 47, apabila pemergian...