Bagus anak ini, ada inisiatif memberi keselesaan dan kemudahan untuk mak ayahnya. Bila mana Raja Nurhazwani melihat dapur mak ayah yang kurang selesa, segera dia ambil pendekatan bagi kemas dan atur semula ruang dapur agar luas dan selesa untuk kegunaan orang tuanya.
Dan dikongsikan semula agar menjadi inspirasi dan panduan untuk anda yang sedang mencari idea menyusun dan mencantikkan kembali ruang dapur sedia ada.
Kongsinya, “Saya pasti ramai yang buntu bila masuk ke rumah yang dapurnya tidak selesa pasti akan hilang mood untuk memasak, kan?
Jadi saya akan kongsikan susun atur dapur di rumah mak ayah saya. Setiap PENERANGAN insyaAllah ada saya sertakan di caption gambar jadi saya mohon kawan kawan luangkan masa untuk baca.
Sebelum saya mulakan, setiap gambar sebelum di makeover adalah keadaan semasa proses untuk makeover, jadi agak berselerak.”
Susun Atur Semula Ruang Dapur Mak Ayah Versi Bajet
Sebelum
Keadaan sebelum memulakan makeover.. Terdapat 3 masalah utama yang saya kenalpasti iaitu:
1. Kurang pencahayaan 2. Ruang dapur sempit 3. Kedudukan barang tidak tersusun 4. Bajet
Selepas
Untuk mengatasi masalah ini saya telah menghadkan bajet untuk projek ini sebanyak RM800.
Dengan kawalan bajet yang dihadkan, saya yakin saya mampu siapkan keperluan dapur ini dengan bajet dari RM 800! ‘’Biar betul ko ni bajet RM 800 satu dapur ni ?’’- mungkin itu lah yang ada di dalam fikiran acik acik dan akak akak sekalian. Percayalah, itulah anggaran untuk peralatan utama yang saya gunakan :
• 4 roll plain wallpaper ( RM 17/each @ Shoppe)
• 2 roll brick wallpaper ( RM 16/each @ Shoppe)
• 1 set meja & kerusi ( RM 350 @ Shoppe)
• 1 set blind ( RM 45 @ shoppe)
• 2 Unit rak Hyllis saiz besar ( RM 60.00/each @ Ikea) saya beli dengan personal shopper
• 3 liter Cat (RM15. 10/each @ Hardware)
Ads
• Storage (RM80 @ Ecoshop)
TOTAL : RM 740.30
Di bahagian ini terdapat 1 rak yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan stok barang serta tempat penyediaan keperluan memasak. Kedudukan rak ni sangat tidak praktikal kerana saiz nya yang agak besar menyebabkan ruangan dapur menjadi sempit. Selain tu juga stok barang yang disimpan sukar untuk diambil.
Set meja & kerusi ini digunakan bagi menyelesaikan masalah ruang yang sempit.. Selain itu juga ianya memberikan mood yang segar di ruangan ini. Baru lah bersemangat nak masak kan.
Untuk ruangan ini pula terdapat 1 lagi rak 3 tingkat yang digunakan untuk meletakkan barangan masakan yang sering digunakan. Jika dilihat keadaan ni memang menyukarkan proses memasak disebabkan susunan yang tidak teratur.
Bagi memudahkan proses memasak saya menggunakan hyllis dari ikea supaya bahan-bahan masakan yang digunakan boleh dilihat serta mudah dicapai secara tidak langsung masa memasak pun menjadi cepat. Tak gitu makcik kiah.
Ads
Untuk rak 3 tingkat ni pula saya gunakan untuk meletakkan pinggan mangkuk serta alatan harian yang sering digunakan.. Pastikan alatan yang tidak digunakan disimpan dalam almari supaya nampak lagi kemas & teratur.
Rak pinggan dibeli di kedai perabot.
Pasang Zebra Blind Di Tingkap Lebih Kemas Jadinya
Jangan pandang rendah pada bahagian tingkap ye.. Ini lah kawasan yang paling penting bagi mendapatkan pencahayaan yang baik.. Tapi jangan pula kita gunakan sebagai tempat mengeringkan alatan dapur.. tak manis dipandang orang.
Kenapa perlu pasang Blind sedangkan dapur memerlukan pencahayaan yang baik? Haa ni jawapannya, blind ni digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja sebagai contoh bila masak di waktu siang orang luar boleh nampak kita, jadi blind digunakan untuk mengelakkan orang luar nampak kita & angin pun dapat masuk, kan nyaman macam tu.
Cari sini untuk belian zebra blind online : Shoppe, Lazada
Di sudut dapur ni terdapat 1 lagi rak yang digunakan untuk meletakkan barang masakan seperti kicap sebagainya.. Tetapi kedudukan ni tidak begitu sesuai & menjadikan kawasan sudut nampak sempit.
Ads
Untuk bahagian sudut saya gantikan dengan meletakkan minyak serta sudip supaya kerja memasak menjadi mudah & kawasan menjadi luas.. Nak lagi menarik boleh la letak pokok-pokok hijau kat situ ye.
Wallpaper Ubah Penampilan Ruang Dapur
Ni adalah bahagian dapur yg mempunyai 2 corak mozek yang berlainan. Ia menjadikan tempat memasak tidak seragam.
Untuk mengatasi masalah tadi saya menggunakan wallpaper brick pvc untuk bahagian mozek. Jangan risau wallpaper ni kalis air & juga tahan panas. Tak lupa juga bahagian pintu almari saya gunakan wallpaper putih untuk menjadikan ruangan dapur nampak luas & bersih.
Cari di sini untuk belian wallpaper brick di online : Shoppe, Lazada
Di bahagian ini pula terdapat 1 rak yang tidak digunakan & diletakkan di ruangan kosong ni.
Untuk bahagian ini saya letakkan 1 lagi rak hyllis dimana ia boleh memuatkan air fryer & barangan lain serta hiasan supaya ruang ni tidak nampak bosan. Saya tidak meletakkan semua barangan elektrik pada rak ni sebab kebanyakan barang elektrik semua berat-berat.
Bagi mak-mak yang ada anak kecil, sediakan bubur setiap hari bagaikan satu kemestian. Tapi nak masak bubur tu, makan masa juga sebab perlukan tempoh yang lama nak tunggu beras benar-benar hancur dan bubur betul-betul masak.
Rupanya ada cara mudah untuk sediakan bubur ekspress untuk anak.Hanya perlukan 10 minit sahaja untuk beras cepat masak dan hancur. Tipsnya adalah gunakan beras yang dibekukan dalam air.
1.Basuh beras bersih-bersih, masukan dalam bekas dan isikan air.Bekukan beras Untuk bagi cepat masak dan hancur.
2.Simpan beras tadi dalam peti sejuk beku semalaman,sebelah tu ayam untuk masak bubur anak,pack siap-siap senang nak masak nanti.
3.Time ni boleh letak sayur atau apa-apa bahan lain, agak mengelegak terus masukan beras yang beku tadi.
4.Semua dah bersatu macam ni tunggu 10 minit pastikan api sederhana kecil tau.
5.Kejadian bubur selepas 10 minit
6.Dah siap masak tadi blend dan masukan dalam bekas macam ni.Simpan dalam peti sejuk,time anak nak makan keluarkan satu bekas rendam guna air panas.Sehari 3 kali anak makan, sebekas beras tadi boleh dapat 5 bekas.
Siap! Semoga bermanfaat!
Mudah sangat rupanya mak-mak nak buat bubur ekspres untuk anak. 10 minit dah siap tak perlu nak tunggu, biarkan masak lama atas dapur.Kena cuba cara yang dikongsikan ini.
Kebiasaannya bila siang udang, kulit dan kepala udang kita buang begitu sahaja, ataupun dijadikan ‘stok’ penambah rasa menyedapkan lagi masakan. Rupanya selain digunakan dalam masakan, kepala dan kulit udang ini juga boleh dijadikan baja organik yang bagus untuk tanaman. Sebagai antibodi menguatkan pokok.
Nak tahu caranya bagaimana buat baja dengan kulit dan kepala udang ni, boleh rujuk perkongsiaan daripada Azuan Abdullah ini.
Bila siang udang tu, kepalanya jangan buang ya. Boleh buat baja power tau.Sesuai untuk semua jenis pokok. Ada 3 cara nak buat baja kepala udang/kulit udang ni.
1. Rebus Kepala Udang
Yang paling mudah, kita rebus kepala udang tu hingga mendidih. Lepas tu biarkan sejuk. Asingkan air dan kepala. Air tu boleh siram terus atau nak simpan pun boleh.
Saya suka simpan dulu sebab ia jadi lagi power. Bau pun boleh tahan. Masa nak siram tu kena buat pencairan dulu ya. Kepala yang direbus tadi nak letak pada pokok terus pun boleh. Syaratnya kena kambus dengan tanah ya.
2. Sangai/ Jemur
Cara yang kedua, kita tak rebus pun kepala udang tu. Kita sangai/jemur terus hingga ia rapuh. Lepas tu tumbuk atau blender. Yang ni lagi power dari cara no 1. Boleh simpan lama buat macam ni.
3. Peram Gula Merah
Nak paling power boleh peram ia dengan gula merah. Kepala udang tadi tak perlu sangai/jemur, memadai tos je hingga air kering. Lepas tu peram dengan gula merah.
Lepas sebulan, tapis ambik airnya sahaja. Air ni memang padu sangat buat sembur kat pokok. Pokok cili kalau kena air ni, dia punya antibodi tu jadi kuat tau.
Nak guna kena tambah air 2-5 ml untuk 1 liter air bergantung pada umur pokok.
InsyaAllah, bila ada stok kepala udang/kulit udang lagi, saya akan story detail satu persatu cara diatas ya.
Info Ekstra!
Kulit udang memang bagus sebab mengandungi citosan. Pokok yang sakit cepat pulih.
Mingguan Wanita : Menarik juga buat baja organik daripada kulit dan kepala udang ni. Sebelum ni selalu guna kulit telur, kulit bawang, air basuhan beras dan ikan, jadi boleh cuba kulit dan kepala udang pula nanti. Semoga pokok makin sihat dan subur hendaknya.
Tak semua mak-mak tahu cara tanam bawang. Mungkin ada yang hanya setakat tumbuh daun dan lepas itu mula layu dan mati. Tak sempat untuk makan hasilnya.
Tak kurang juga, mak-mak merasakan agak remeh untuk tanam bawang, jadi, paling mudah dan senang beli saja bawang di kedai.
Perkongsian daripada Umi Asiah ini boleh memberi panduan buat mak-mak untuk tanam bawang di rumah. Tidaklah susah sangat, dalam 3-4 bulan sudah boleh makan hasil.
Kena tahu tip-tip yang dikongsi oleh Puan Umi Asiah supaya tanam bawang ini hidup dan menjadi.
Saya kongsikan cara tanam bawang mengikut pengalaman saya sendiri. Moga bermanfaat.
1. Pastikan di bahagian tengah bawang ada warna kehijauan.
2. Kalau tak ada warna hijau macam ini di bahagian tengahnya, biasa saya tanam tak keluar daun.
3. Benamkan ke dalam tanah 3/4 bahagian bawang.
4. Pastikan sebelum tanam, potong sedikit bahagian atas dan bawah bawang. Fungsinya untuk bawang bertunas lebih dari 1 labu bawang.
5. Dari sebiji boleh bertunas menjadi 2 ke 9 labu bawang.
6. Jangan ambil daunnya.. nanti bawangnya buruk dan jangan biarkan berbunga sebab bawangnya akan lambat membesar. Sebelum ini, guna baja tinja ayam, tapi boleh juga guna baja 15:15:15. Air jangan kerap sangat siram.
7. Ini adalah bawang yang ditanam 3 bulan, tunggu dau menguning sedikt, barulah boleh tuai.
8. Hasil nya. Sepatutnya, boleh lagi tunggu satu bulan lagi.
9. Lagi satu, biarka bawang itu terdedah, tunggu keluar daun antara 3-4 inci barulah kambus atau tutup bawang sepenuhnya dengna tanah.
MW: Buat mak-mak yang nak tanma bawang sendiri kat rumah. Boleh jadikan panduan.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...