Jaga aurat bukan hanya bila berada di luar rumah tapi ia juga bila berada di rumah terutamanya ipar duai, sepupu lelaki dan sebagainya. Jangan ingat ia tidak penting sebab ia berkaitan dengan dosa dan pahala.
Begitu juga bila wanita berkahwin, mungkin suami selesa mengajak isteri tinggal bersama ibu bapanya. Dari sinilah boleh timbul konflik sebab isteri kena jaga aurat, di mana ada abang atau adik lelaki yang belum berkahwin dan tinggal bersama-sama.
Jadi, suami jangan pandang ringan dan terlepas pandang bab-bab isteri kena jaga aurat ini. Bukannya nak dikatakan warak sebab bertudung 24 jam tapi ia berkaitan dengan dosa pahala.
Inilah pendapat bagi Akhtar Syamir tentang apa yang dikatakan dengan jaga aurat oleh seorang isteri bioa tinggal dengan keluarga ipar. Ada betulnya.
Emosi dan tekanan isteri yang mungkin suami terlepas pandang.
Jika anda pasangan yang baru berkahwin, sediakanlah tempat tinggal yang sesuai untuk isteri anda. Sebaik mungkin cubalah untuk menyewa sendiri. Biar apa pun terjadi, biar susah macam mana pun, ini adalah pengalaman baru bersama.
Kenapa perlu tinggal sendiri? Tak bagus ke tinggal dengan ahli keluarga? Tak bagus ke tinggal dengan mak kita?
Bab tinggal dengan ibu sendiri akan saya ulas nanti. Hari ini kita akan fokus keadaan dan betapa tertekannya seorang isteri apabila suaminya tidak memahami kenapa isterinya yang sedang mengandung tertekan dengan hidupnya semenjak selepas berkahwin lagi. Ia dikongsikan sendiri oleh sahabat saya.
Isteri ini tiada masalah dengan suaminya, masalah utamanya ialah keadaan di rumah apabila mereka ini tinggal sekali bersama keluarga kakak kepada suaminya. Kita biasa dengar kan, 2 hingga 3 keluarga dalam satu rumah? Kita juga biasa dengar yang ianya tidak digalakkan.
Ads
Kenapa?
Kerana bila tinggal dengan keluarga ipar, akan ada anak buah. Tambahan pula, ada adik ipar yang lain tinggal sekali. Nampak seperti tiada masalah kan? Sebenarnya ada. Kerana anak kepada kakak iparnya seorang lelaki yang sudah habis SPM, seorang lagi lelaki tingkatan 4 dan adik iparnya juga seorang lelaki yang sudah bekerja.
Ape masalahnya tinggal dengan ipar ni? Masalah sangat. Masalah paling utamanya ialah AURAT. Adik ipar dan anak buah suaminya bukan mahram. Isteri ini perlu menjaga auratnya
Bukan Perkara Mudah
SETIAP MASA semasa berada di rumah. Keluar sahaja pintu bilik, isteri ini perlu berpakaian seperti mahu ke kedai.
Nampak macam mudah. Tetapi ianya menjadi satu perkara yang amat menyusahkan bila perlu dibuat setiap saat dan ketika tidak kira nak pergi masak ke, basuh pinggan ke, basuh baju dan semua perkara asas yang lain.
Ianya umpama tinggal di penjara. Setiap gerak geri perlu dijaga. Bayangkan berada di tempat isteri ini yang berpeluh-peluh dengan tudung dan baju lengan panjang setiap kali berada di rumah. Tambahan pula dengan cuaca yang panas sekarang waktu itu.
Akhirnya, si isteri akan menghabiskan banyak masa di dalam bilik sahaja. Tv pun tiada untuk aktiviti isteri apabila pulang dari kerja. Termenunglah si isteri di bilik dengan permainan telefon zaman dahulu sambil mengira waktu suaminya pulang dari kerja untuk dijadikan teman bercakap.
Takkan nak lepak di luar berbual-bual dengan ipar lelaki setiap masa pulak kan? Lagilah tak sesuai.
Ads
Si isteri telah berbuih meminta diusahakan tinggal di rumah sewa sendiri namun tidak diendahkan. Sehingga si isteri mengalah dan tidak lagi berharap untuk dapat tinggal di rumah sendiri dan keluar dari penjara yang didudukinya.
Emosi dan hormon wanita mengandung ini amat tidak stabil. Suami wajib ambil berat. Perlu sangat utamakan emosi yang stabil buat isteri. Sepatutnya pada waktu ini, suami perlu memainkan peranan yang lebih dalam menjaga keperluan isteri tetapi sebaliknya yang terjadi.
Isteri terus memendam rasa setiap hari.
Melayan suami dan adik beradik sendiri itu lain dan jauh berbeza dari melayan ipar dan anak buah kepada suami yang sudah dewasa. Perkara normal seperti mengemas rumah dan dapur pasti menjadi masalah.
Situasi di mana rumah dan dapur perlu dibersihkan disebabkan oleh orang lain pasti menjadi perkara yang perlu dihadapi setiap hari. Lepas makan, tinggal. Ini bakal menambahkan tekanan emosi buat si isteri terutamanya bila sedang hamil. Dalam tidak sedar, isteri menjadi seperti seorang pembantu rumah.
Bimbang ianya akan menjadi tidak baik, saya nasihatkan wanita ini supaya tidak berhenti menerangkan kenapa mereka perlu tinggal sendiri. Jika dibiarkan pasti akan menyumbang kepada depresi.
Tanggungjawab Suami
Ingatlah para suami. Menyediakan tempat tinggal sempurna adalah tanggungjawab suami dan tidak termasuk di dalam pemberian nafkah pun lagi. Ini adalah perkara asas. Jangan pandang rendah mengenai hal ini.
Dan janganlah pandang ringan bab AURAT isteri. Suami wajib jaga dan pelihara. Jangan diseksa isteri itu. Menjaga aurat ini bukanlah perkara yang mudah terutamanya apabila ia perlu dijaga setiap masa walaupun semasa di rumah.
Ads
Apa pendapat anda semua mengenai situasi ini? Boleh tak letakkan diri anda di tempat si isteri ini? Saya boleh dan saya faham kerana isteri saya pernah sedikit sebanyak melalui zaman ini hampir 2 tahun lamanya. Memang sangat mencabar.
Kepada keluarga mentua juga, janganlah ditahan-tahan anak yang sudah berkahwin, biarlah mereka hidup sendiri dan menjalani kehidupan keluarga baru mereka. Sudah sampai masanya mereka pula membina dan menulis serta melukis diari hidup mereka sendiri.
Jika ditahan, jangan pula bising bila menantu berkurung seharian di dalam bilik. Fahamilah situasi menantu. Jangan ditambah tekanan yang sedang mereka alami.
Semoga suami seperti ini sedar akan tekanan yang ditanggung isterinya. Kasihanilah isteri anda. Jagalah emosi mereka.
BroOhsem
Mingguan Wanita : Kadang-kadang, orang ambil mudah tentang bab jaga aurat ini.
Kisah susu ibu, penyusuan susu ibu bukan sekadar memenuhi keperluan bayi, tapi penuh dengan kisah suka duka, cabaran dan keajaiban.
Dari zaman Nabi Muhammad SAW hingga hari ini, penyusuan ibu sentiasa jadi simbol kasih sayang, pengorbanan dan kekuatan seorang wanita.
Perjalanan penyusuan susu ibu secara eksklusif adalah satu pengalaman yang penuh cabaran, namun sangat berharga untuk setiap ibu dan bayi.
Selama enam bulan pertama, hanya susu ibu diperlukan untuk tumbesaran dan kesihatan bayi yang optimum—malah, ia juga memberi banyak manfaat kepada ibu sendiri.
Kisah Susu Ibu, Intan Najuwa Nasihat Jangan Takut
Terbaru menerusi perkongsian, pelakon dan pempengaruh media sosial Intan Najuwa yang merupakan ibu muda memberi nasihat kepada golongan wanita di luar sana agar tidak takut untuk berkongsi tentang perjalanan penyusuan susu ibu.
Ini kerana dirinya juga banyak pelajari ilmu penyusuan daripada perkongsian golongan ibu di media sosial. Sememangnya ia cukup membantu untuk dirinya memberi penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada anaknya.
“Ibu-ibu, teruskan berkongsi perjalanan anda, ceritakan kisah anda, sebarkan kesedaran!
“Tak salah pun nak post tentang penyusuan atau perjalanan susu ibu. Sebagai ibu kali pertama, saya sendiri banyak belajar hanya dengan membaca perkongsian orang lain — media sosial memang banyak membantu,” kongsi Intan menerusi platform threads.
Biarlah Ibu-Ibu Di Luar Sana Bahagia & Bebas Kongsi Ilmu Tanpa Rasa Takut
Sememangnya menyusukan anak secara eksklusif penuh dengan cabaran. Tapi dengan sokongan keluarga, displin, dan percaya diri, ramai ibu berjaya melaluinya.
“Biarlah semua ibu di luar sana bahagia dan bebas berkongsi apa sahaja tanpa rasa takut dihakimi.
“Sedih sebenarnya bila sesama wanita pula yang cepat menjatuhkan hukum. Ibu-ibu, teruskan berkongsi perjalanan anda, ceritakan kisah anda, sebarkan kesedaran!
“Tak salah pun nak post tentang penyusuan atau perjalanan susu ibu. Sebagai ibu kali pertama, saya sendiri banyak belajar hanya dengan membaca perkongsian orang lain, media sosial memang banyak membantu.
“Dan untuk sesiapa yang kurang suka, mudah saja, boleh unfollow atau teruskan scroll,” luah Intan.
Sememangnya apa yang dikongsikan sangat bagus ini. Malah apa yang ditulis juga mendapat persetujuan dari netizen.
linazurhan – “Masa 1st born, my keisha time. Bengkakkk susu + nipple luka + 1st time nak belajar pump susu waduhhhhh”
adauwiyahismail – As epmom also I agreed. Kita tak perlukan “perfect feed” untuk jadi ibu yang baik. Kita cuma perlukan ruang dan sokongan. Kalau ada orang tak suka tengok scroll saja. Tiada siapa paksa nak faham perjuangan ibu menyusu, tapi jangan rosakkan semangat yang tengah kuatkan diri hari-hari demi anaknya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mungkin bukan mudah nak tahu apa pantang larang yang wajib dielak tetapi kaum ibu yang beranak czer atau secara bedah patut ambil tahu petua dan cara-cara untuk jaga perut agar kembali pulih dan tidak buncit. Apa larangan dan apa yang kaum mak-mak patut buat, ikuti perkongsian daripada Puan Siti Aishah ini…
Perut si ibu czer.
Masa mengandung merekah kehadapan.
Ketika bersalin dilapah terbuka.
Kemudian di jahit distaple.
Kalau mengandung perut kecik, sikit la bunjutnya.
Kalau mengandung perut besar belanga, terjuih isi perut, berlipat sampai menutup ari-ari.
Bila berjalan, perut membuai.
Luka yang ditoreh berlaga-laga.
Ngilu.
Perit.
Sebab tu kena pakai penampung perut lepas bedah.
Nak kasi selesa ketika berjalan, hatta berdiri.
Duduk menyusu pun jadi selesa
Minggu pertama pakai strap on binder.
Minggu kedua pakai bengkung kain belacu yang diikat.
Jangan ketat-ketat.
Janji perut tak terjuih kebawah.
Ibu yang bersalin czer, yang tak berbengkung, perut dia terlipat ke bawah. Macam apron. Tak pakai panties pun xpe. Tertutup dah depan tu.
Tapi…
Bila makan tahun.
Perut berlipat tu akan jadi accessory yang memalukan.
Spare tyre kiri kanan perut boleh trim down dengan work out.
Perut berlipat tu… tak boleh dipaku kat badan.
Hiduplah dengan perut yang berlipat.
Berbengkunglah selepas czer.
Untuk keselesaan.
Perut pun tak menggeleber.
Takdelah asal pandang cermin je… rasa nak pecahkan cermin tengok perut berlipat sampai tua.
TAPI ADA PANTANG LARANG BUAT IBU CZER YANG NAK PAKAI BENGKUNG
1. Tak boleh berjalan-jalan kehulu hilir takde arah masa bengkung dipakai
2. Tak boleh naik turun tangga masa tengah pakai bengkung
3. 2 minggu kena hadkan pergerakan masa berbengkung sebab risiko luka czer terbuka balik sangat2 tinggi bagi ibu-ibu yang jenis lasak.
Kalau rasa tak mampu nak duduk diam-diam ketika berbengkung lepas czer, tak perlulah berbengkung.
Tetapi…
Tadah ajelah perut yang berlipat macam tu.
Pilihan dah diberi.
Nak mengikut atau nak beralasan lagi?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keputusan berhenti kerja bukan satu tindakan yang mudah. Terutama bagi isteri yang selama ini bekerja dengan niat untuk membantu suaminya. Andai berhenti bekerja jalan terakhir, dengarlah nasihat ini agar ibu berhenti dengan tenang dan bahagia.
Menarik sekali nasihat Dr Hasiba Kamaruddin mengenai ibu-ibu yang mahu, bakal dan sudah berhenti kerja. Apa yang perlu mereka praktikkan agar sentiasa berasa yakin dengan keputusan yang diambil.
Lagipun, wahai isteri kita takkan pernah tahu masa depan yang akan berlaku selepas keputusan berhenti kerja diambil. Namun, usaha dan tindakan itulah yang menentukan kejayaan seorang suri.
“Jika aku bertemu dengan para ibu yang berhenti kerja walau apa jua alasan pun demi menjaga anak – anak sendiri walhal mereka punya pendidikan tinggi dan pernah berkerjaya sebelum ini, aku tumpang gembira buat mereka.
“Pertamanya aku gembira kerana si suami berani menyahut cabaran mencari nafkah keluarga di era ‘seorang bekerja tak cukup’ masakini. Aku tumpang gembira juga kerana para ibu ini sanggup mengorbankan cita – cita dan bakat yang mereka ada dalam membina kerjaya demi menjaga keluarga.
“Ini bermakna lebih ramai ibu–ibu yang ber’isi’ mindanya dalam membina peradaban bangsa yang kian kosong kini.”
Gunakan 8 Nasihat Ini Sebaik Berhenti Kerja
Bagi ibu-ibu yang masih tersimpan ketidakpastian dan kerisauan dengan keputusan yang diambil, ini yang ibu boleh lakukan:
1. Bersyukur sebab ada suami yang sanggup jaga kita seadanya. Terima apa saja yang mampu disediakan oleh suami walau kita sendiri mampu untuk hasilkan lebih dari itu.
2. Always feel good about yourself walaupun kita rasa lebih bagus semasa belajar dan berkerjaya dulu.
3. Jaga anak, jaga urusan rumah tangga pun kerjaya juga.
4. Jangan risau akan rezeki kerana Allah SWT janjikan cukup untuk hambaNya hidup di bumi ini. Cukup, bukan mewah.
5. Sentiasa doa moga Allah SWT mudahkan urusan suami, murahkan rezeki berkat buat dia. Semasa solat atau bila – bila masa saja. Percayalah yang ini akan berlaku.
6. Kalau dulu bekerja tak sempat solat Dhuha, sekarang mesti sudah sempat. Solat Dhuha.
7. Tingkatkan nilai diri. Sambil jaga anak dan rumah, cari aktiviti yang boleh menambah nilai diri dan orang sekeliling.
Contohnya:
a) Baca buku – buku yang baik untuk buka minda. Sekejap pun takpa.
b) Hadiri kuliah-kuliah Dhuha di surau-surau, bawa anak sekali kerana kuliah Dhuha ni kebanyakannya ustazah yang deliver dan mak – mak serta nenek – nenek yang hadir. InsyaAllah tak kena sound kalau anak lasak. Muslimin pun tak ada kalau perlu lebih proaktif dalam mengawal anak – anak.
c) Hadiri kelas – kelas bersiri Bahasa Arab atau Quran, makhraj dan tajwid kerana biasanya kelas – kelas begini percuma di surau2 dan waktunya juga pendek sekitar 2 jam saja. Kelas bersiri begini akan jadikan kita lebih berdisiplin dan terancang.
d) Buat aktiviti yang bermakna dengan anak – anak. Belajar cara berkomunikasi yang sesuai dengan umur anak untuk bantu pembangunan diri mereka.
e) Elakkan menonton rancangan TV yang lagha atau buat aktiviti yang kurang bermanfaat kerana anak – anak ada bersama kita 24/7. Jangan biarkan mereka belajar aktiviti tak bermanfaat itu.
f) Bila anak – anak dah capai umur 5 atau 6 tahun, hantar dia ke tadika atau playschool. Sekejap pun tak apa. Dua tiga hari seminggu pun tak apa. Ini untuk membantu pembangunan sosial dan kendiri mereka.
Walau kita berhenti bekerja untuk jaga dia, anak ini perlu juga belajar berinteraksi dengan masyarakat luar supaya lebih berdikari dan tidak terlalu self-engrossed.
8) Berinteraksi dengan jiran – jiran kerana semasa bekerja dulu, kita tak ada masa. Masak lebih kemudian share dengan jiran juga.
9) Plan aktiviti dengan SAHM (Stay At Home Mom) lain seperti baca Yaasin, usrah etc. Kalau tak boleh deliver sendiri, cari ustazah datang rumah.
10) Kalau rajin menulis, tulislah apa – apa yang bermanfaat. Jika pandai melukis, lukis lah apa – apa yang menenangkan. Andai minat menjahit, jahitlah apa – apa yang berguna.
Cara Mengisi Kekosongan Jiwa
Seorang SAHM (Stay At Home Mom) pernah bertanya pada saya, “Patutkah saya sambung belajar macam akak?” setelah dia menyatakan kekosongan jiwa dek berada di rumah sepanjang masa.
Jawapan saya, “Boleh kalau awak nak dan rasa mampu. Tapi sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat untuk mengisi kekosongan jiwa itu. Awak sebenarnya hanya ingin keluar sebentar saja dari rutin harian itu. ‘Me-time’ itu ada, kita cuma perlu jadikan ia, fleksibelkan ia dan pelbagaikan ia.
Dan sebenarnya yang jauh lebih penting adalah, pandangan kita terhadap diri kita. Do you feel good about yourself?
Sumber/Foto : Facebook Dr Hasiba Kamaruddin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, "Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan...