Dilema Mana Lebih Bagus, Basuh Tangan Dengan Sabun ATAU Hand Sanitizer

Share

Basuh tangan menggunakan sabun dipercayai lebih berkesan membunuh kuman. Malahan jika amalan membasuh tangan dijadikan tabiat atau rutin sudah tentu mak,ayah serta keluarga terhindar daripada jangkitan penyakit-penyakit lain, bukan sahaja Covid-19 semata.

Sememangnya sedari awal timbul dilema mana lebih baik antara membasuh tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer. Membasuh tangan menggunakan sabun digalakkan jika mak,ayah berada di rumah kerana lebih mudah untuk mengakses air dan juga sabun.

Namun jika berada di luar rumah, mak, ayah digalakkan menggunakan hand sanitizer kerana agak sukar mendapatkan sumber air.

Ikuti perkongsian Dr Man Aris ini dan fahami penjelasannya :

๐ƒ๐ˆ๐‹๐„๐Œ๐€ ๐‚๐”๐‚๐ˆ ๐“๐€๐๐†๐€๐

๐asuh tangan dengan sabun lebuh bagus daripada hand sanitizer?

Bahasa Inggerisnya lebih kurang seperti โ€œSoap water hand washing is better than alcohol-based hand sanitizer?โ€

Dalam kehidupan kita seharian, dari kecil lagi kita sebenarnya sudah diajarkan kaedah mencuci tangan apabila melakukan suatu aktiviti yang melibatkan kebersihan dan kesihatan, contohnya mencuci tangan sebelum makan agar terhindar dari penyakit acute gastroenteritis (jangkitan kuman saluran pencernaan).

Bahkan kalau kita melihat dari aspek agama pula, agama Islam sudah mengajarkan kita tentang kebaikan dan pentingnya cuci tangan ini sebelum dan selepas beraktiviti. Mengambil wuduk yang bertujuan mensucikan diri sebelum solat juga diawali dengan mencuci kedua belah tangan sebanyak 3 kali sebelum membersihkan anggota badan lain.

Baiklah, mari kita baca beberapa info tentang penggunaan hand sanitizer dan cuci tangan dengan sabun, adakah ianya memberi kesan kepada kuman virus dan bakteria, salah satunya adalah kuman Coronavirus, Covid-19 ini.

๐๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐Š๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐›๐š๐ซ?

Harus kita tahu dahulu bahawa kuman boleh menyebar dari orang atau permukaan benda lain apabila kita:
1. Sentuh mata, hidung, dan mulut anda dengan tangan yang tidak dicuci.
2. Menyediakan atau makan makanan dan minuman dengan tangan yang tidak dicuci.
3. Sentuh permukaan atau objek yang tercemar.
4. Batuk atau bersin ke tangan dan kemudian sentuh tangan orang lain atau permukaan benda.
.
.
Mencuci tangan dengan baik dapat membuatkan kita sihat dan mencegah penyebaran jangkitan saluran pernafasan (Cth, Influenza, Bronchiolitis) dan cirit-birit (diarrhea) dari orang ke orang, dan keseluruh komuniti.

Jika anda sering mengamalkan kaedah cuci tangan dengan sabun, baik di rumah atau tempat kerja, ini sudah terbaik. Tahniah! Anda betul-betul mementingkan kebersihan. Bahkan anda juga telah menyelamatkan ahli keluarga atau rakan sekerja yang lain dari menyebarkan kuman kepada mereka.

๐Œ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฉ๐š ๐œ๐ฎ๐œ๐ข ๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐š๐ข๐ค ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฌ๐š๐›๐ฎ๐ง?

Lebih 6 juta orang di seluruh dunia dijangkiti COVID-19 dan daripadanya hampir 400 ribu orang menjadi korban Covid-19. Struktur kuman covid-19 ini terbungkus dalam sampul lipid โ€“ pada dasarnya, ianya lapisan lemak.
(The viral envelope consists of a lipid bilayer, in which the membrane (M), envelope (E) and spike (S) structural proteins are anchored)

Pertama, kerana sabun boleh memecahkan lapisan lemak tersebut dan menjadikan virus tidak dapat aktif dan mengjangkiti kita.

Kedua, secara mekanikalnya sabun dapat menjadikan kulit kita licin sehingga dengan cara menggosok yang cukup (7 langkah cuci tangan dalam masa 15-20 saat) kita dapat mengeluarkan kuman dan membilasnya keluar dari permukaan kulit.

Cuci tangan dengan sabun telah dibuktikan ianya dapat menghilangkan kuman virus dan bakteria jahat dari permukaan kulit tangan kita hampir 92%.

Cuci tangan dengan sabun menjadi pilihan utama jika keadaan tangan kita kelihatan sangat kotor, contohnya terkena darah, minyak atau debu yang tebal. Kerana hand sanitizer tidak sesuai dan efektif pada tangan yang kelihatan kotor.

Setelah selesai mencuci tangan, jangan lupa untuk menggosok tangan anda dengan tuala bersih atau tisu kertas. Ianya akan menghilangkan lebih banyak kuman daripada hanya mencuci sahaja. Tangan kering kurang cenderung untuk menyebarkan โ€˜โ€™jangkitanโ€™โ€™ daripada tangan yang sedang basah.
.
.
Dr. Arisman, MD
โ€˜โ€™Sama-sama belajarโ€™โ€™
Member ofย Medical Mythbusters Malaysia

MW: Langkah terbaik adalah jadikan amalan membasuh tangan dengan tujuh langkah sebagai kemestian dalam kehidupan barulah mak, ayah terhindar daripada penyakit. Ketahuilah membasuh tangan menggunakan sabun adalah lebih baik daripada menggunakan hand sanitizer.ย 

Sumber: Dr Man Aris

IKLAN