Setiap pasangan berkahwin pastinya inginkan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat. Namun andai jodoh telah tertulis, mahligai dibina roboh di pertengahan jalan, tiada siapa yang mampu menidakkannya.

Perceraian adalah perkara harus yang paling dibenci oleh Allah. Oleh itu, berusahalah menyelamatkan rumahtangga dan jadikanlah ia sebagai langkah terakhir dalam menyelesaikan segala permasalahan dalam perkahwinan. Namun, bila tiada lagi wujudnya persefahaman, sering bergaduh bertikam lidah, berlaku penindasan, pengabaian nafkah, hak dan tanggungjawab suami isteri, perceraian mungkin adalah jalan yang terbaik.

Namun demikian, dinasihatkan agar solat istikharah terlebih dahulu memohon petunjuk daripada Allah SWT. Bertindak jangan mengikut emosi dan perasaan. Pertimbangkanlah sebaik-baiknya. Jika terus hidup bersama dengan suami adalah yang terbaik di sisi Allah maka mohonkan kekuatan dan ketabahan untuk menjadi isteri solehah sehingga mampu memimpin suami agar menjadi suami soleh seterusnya hidup bahagia dan menyelamatkan rumahtangga.

IKLAN

Sebaliknya andai perceraian adalah jalan terakhir setelah menimbangkan pelbagai aspek buat diri sendiri,anak-anak, keluarga dan baik di sisi Islam mohonlah kekuatan untuk terus tabah meneruskan prosesnya.Jangan terus bersedih dan murung serta rasa diri seorang yang gagal. Segeralah bangkit meneruskan kehidupan, yang masih luas terbentang di hadapan.

Dilema Bila Talak Di Hujung Bibir..

IKLAN

Ikuti kupasan lanjut ‘Talak Di Hujung Bibir’ dalam Mingguan Wanita Talkshow musim baharu di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari bersama Siti Elizad dan Amin Idris serta tetamu jemputan Prof Madya Dr Yasmin Hanani seleberiti Betty Benafe.

IKLAN

Untuk sebarang komen dan persoalan untuk ditanyakan kepada tetamu dan juga pakar, hubungi Talian Teman Wanita Anda di 03-89389647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan. Jangan lupa jumpa esok ye semua!

#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimahd121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI